Monday 26 March 2012

~KO MAMPU??~


Alhamdulillah
Bersyukur kita kepada Allah SWT
Yang masih lagi memberikan kita peluang dan kesempatan untuk
Menghirup Udara segar di muka bumi Allah
Yang hanya sementara ini
 Kerana, Kita Semuanie bakal-bakal jadi Jenazah
Tinggal tunggu daun di pohon jatuh terukir nama kita
Dan datanglah tetamu terakhir kita yang tiada kuasa kita untuk menghalangnya
Melainkan dengan Izin Allah SWT
Wuallahuallam...

Tapi andaikan Malaikat Izrail datang kepada kita untuk cabut nyawa kita
KO MAMPU nak kata kat Malaikat Izrail
"Tunggu sekejap nak beribadat untuk kali terakhir kepada Allah SWT"
Ha..ha..ha..Sorrylah Bro and Sis..
Ucapkan "ta..ta..ta" jalah
Kerana Saat itu tiada ada gunanya untuk kita bertaubat
Tiada gunanya untuk kita menangis air mata darah
Sebab tempoh yang Allah SWT telah berikan terlalu lama
Banyak peluang untuk kita beribadah kepada Allah tapi kita sia-siakan..

Begitulah manusia,
Tak nak ingat atau jadikan sebagai reminder
Dalam hidup atau ingatan
Ingat 5 perkara sebelum datang 5 perkara
KO MAMPU?? untuk ingatnie semua

5 Perkara.....
1.Kaya sebelum Miskin
2.Lapang sebelum sempit
3.Muda sebelum Tua
4.Sihat sebelum Sakit
5.Hidup sebelum Mati

Ahhh...mampu nak ingat nie semua...ala..skit janie..
5 ja pun...bukan nak hafal 1 buku..andai kita mampu untuk menghafal
Cerita Novel Cinta...kita mampu ingat dari A-Z Cerita novel yang kita baca.
Mustahil Bro..Sis...kita tak mampu ingat bendanie..
Ha3..Ingat memang mampu..
Tapi, untuk kita praktikan amcam..
Untuk kita jadikan sebagai langkah berjaga-jaga kita untuk beribadat kepada Allah
KO MAMPU?? nak praktikan..


1.KAYA SEBELUM MISKIN

Bila Kaya..
Lupa Allah SWT..Sombong dengan Allah SWT..
Padahal semua harta tue datang dengan Izin Allah SWT..
Ada orang yang susah..
Tapi dengan azam yang menggunung nak mencari rezeki..
Alhamdulillah..dapat..
Tapi, pastu terus cakap nie usaha aku sendiri..akhirnya membuahkan hasil..ha3.
hok.ah lo...tak nak ucapkan Alhamdulillah ke pada Allah yang telah memberikan rezeki..
Tapi saya tak kata ramai orang kaya yang begini..
Macam lagu Alif Satar..
"Memang tak ada lelaki seperti aku, tapi yang lebih hebat..Banyak..."
Sama juga..
"Memang tak yang kaya seperti aku..tapi yang lupa Allah..Banyak.."
Tetapi, andaikan tersemat sifat zuhud dalam diri orang ini..
Nescaya, Dunia ini tak dapat menguasai dirinya...
Ingat ya.. Zuhud bukan bermaksud "baju compang-camping, kusut masai, sederhana"
Tapi maksudnya ialah "Dunia ini tidak dapat menguasai dirinya"


2.LAPANG SEBELUM SEMPIT
 
Baiklah..
Panjang lebar lah plak ana menaip dalam blognie..
ha3..macam2..Lihat pula Lapangnie..
Bila kita lapang..kita selalu suka menangguh-nangguh kerja..
Kita cakap..lek lu..masih awal..ala..kejap gi aku watlah..lah atau ayat paling power
"Life is Short but night is long"
Amboih...nak wat waktu malam lah plak..last2..
Bila Allah SWT berikan kesempitan..barulah ingat Allah..
"Allah..aku lum siap gi kerja aku.."
"Allah bantulah aku..lembutkanlah hati lecturer ku untuk maafkan aku..Sebab..tak siap Assignment"
KO MAMPU???..buat gitu..bukan setakat mampu
memang dah sebati...
Dalam al-quran pun ada sebut
Di dalam Surah Al-'Ars

 
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

 
Demi Masa!  

Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian - 

 
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.  

Ingatlah..Muslimin dan muslimat..masa tue ibarat pedang andai kita tak memotongnya..
Dia akan memotong kita..jadi matilah kita kena potong..guna pedang...
(^_^)..


3.MUDA SEBELUM TUA

Nie..paling penting..Untuk kita ingat betul2..
Muda..sebelum kita tua..
Bro..Sis...ingatlah waktu muda hanya sekali..
Nanti bila kita sudah tua..nampak budak2 main2..
Mulalah kita cakap..owh..teringat waktu aku muda2 dulu..
Waktu mudanie..kita masih lagi kuat..ada kekuatan untuk beribadah kepada Allah SWT
Dan berdakwah...dan mencari Ilmu..andai tidak cukup Ilmu di dada manakan bisa
Sampai ke Gunung Everes...
Ingat tue..So..
Gunakanlah..masa muda kita dengan sebaik-baiknya...jangan kita sia-siakan
Waktu Muda yang Allah SWT..berikan kepada kita dalam tempoh yang singkat ini..
KO MAMPU??..gunakan waktu muda kamu dengan Sebaiknya...
Wuallahuallam...


4.SIHAT SEBELUM SAKIT

Begitu juga,,,
Sihat..nie..sebelum kita Sakit..
Waktu kita sihat...Nak beribadah kepada Allah SWT pun malas..
Nak solat di awal waktu pun Malas...
Lagi Haram..tiada keuzuran..tiada halangan..tiada siapa yang mo halang..
tiada siapa juga yang mo bunuh kita..
Masih juga degil untuk turun Solat berjemaah..di Masjid mahupun Surau..
Apatah lagi bila sakit..lagilah malas nak tunaikan Solat...
Bro...Sis..Rasulullah SAW...Kekasih Allah...Allah dah bagi jaminan masuk Syurga..Conform...
Masuk Syurga..Ketika mana baginda Jatuh Sakit...baginda masih menunaikan Solat berjemaah di Masjid Nabawi..Subahan Allah...Selawat ke atas Baginda Nabi Muhammad SAW...Rasul kita....
Jadi kitanie..umat-umat Rasulullah SAW..bila kita sakit..kita lawan juga..semata-mata
Untuk beribadat kepada Allah SWT..KO MAMPU???,.. wat camtu...


5.HIDUP SEBELUM MATI

Nie Lastly...
Nie waktu kita hidupnie...masih hidup laginie...Sebelum jadi Jenazah..sebelum tinggal di
Rumah 8 kaki...sebelum jadi makanan ulat...Apa yang kita buat untuk beribadat kepada Allah SWT
Apa usaha yang kita lakukan untuk Agama Islam...
Nanti kita matikan...Bro and Sis....di akhirat nanti Allah SWT tak tanya apa kejayaan kita....
Di dunia..dapat jadi pelajar terbaikkah...jadi askarkah..jadi bapa Mithalikah..ibu mithalikah...
Tak tanya tue semua...
Tapi, Yang akan ditanya...ialah...
Segala Rezeki, rahmat yang Allah SWT berikan...kepada kita..
Apa yang kita lakukan untuk memperjuangkan Syiar Islam..
Ahh...kita nak jawab apa...
KO MAMPU??? nak jawab soalan camtu..jan risau..
Kita tak mampu nak jawab..tapi seluruh anggota badan kita..seluruh makhluk yang melihat kita
Hatta sebutir nasi pun akan bercakap tentang apa yang kita lakukan di Muka Bumi Allah SWT..
Sepanjang kita hidup...

KO MAMPU??..untuk ingatnie semua..bolehkan..Insya Allah...

Akhir Kalam..tak da niat nak burukkan sesiapa..Sekadar untuk peringatan..agar kita 
Dapat merenung bersama dimana silap kita...dan kita cuba untuk memperbaiki diri kita
Insya Allah..apa yang baik datang daripada Allah SWT..Apa yang buruk..juga datang daripada Allah SWT
Tetapi disandarkan di atas kelemahan diri ana yang kerdil ini..
Wuallahuallam...

Monday 19 March 2012

~PERISTIWA KEMBALI KE SABAH~

Ana dan Kak Senior(Kak Maj)
Alhamdulillah
Ana telah pun sampai ke sabah
dengan selamat tanpa sebarang kecederaan
Ini Semua dengan Izin Allah SWT
kerana telah memudahkan perjalanan ana
Untuk kembali ke pangkuan keluarga
Tapi, biarlah ana kongsi sedikit peristiwa dalam perjalanan balik
Ke Sabah banyak halangan yang tak dapat di elakkan..
Ha3...macam2

Baiklah peristiwa yang pertama ialah
Ketika perjalanan dalam menuju ke airport Terengganu
Pemandu Bas atau lebih dikenali lagi sebagi "Pok Mat"
Tanya kat ana lau ana akan naik bas ke MBKT tapi ana
Tapi ada missunderstanding disana sehinggalah dah dekat dengan jambatan
Barulah Kak Maj bagitau yang salah jalan dan sepatutnya pergi
ke Airport terus..ha3...terpaksa ulang-alik
nasib baik sempat...
Itulah len kali dengar betul2
kan dah "Wrong Information"

(=_=")mcam2

Meninggalkan Terengganu
Sampai airport
Ambil tiket..silap information lagi
Orang kat kaunter tanya satu tiket je??
Tanpa berfikir panjang terus ana cakap
"Ya"
ok dan bila je keluar tiket dia kata
ini penerbangan dari terengganu ke KL..
huh??
Jdi kat sabah mana???
lah kan tadi kata satu penerbangan ja...
ha3...maaf2 tak berapa jelas tadi..
Sekali lagi kena....
ha3... Miss understanding gi...

(T_T)nie boleh sesatnie jawabnya...

Welcome to KLIA
Dan Peristiwa di KLIA pula
ana dan Kak Maj dah keluar daripada pintu menerima bagasi
Jadi ana ikutlah kak maj dan kak maj kata lau nak pi tempat penerbangan 
kena ikut pintu di tingkat atas..sedangkan waktu ana dahulu takda..naik-naik tingkat atau
Jadi ana bingung.. lepas ana Ucapkan selamat tinggal kepada kak maj
Sebab dah nak bertolak ana turun balik nak masuk pintu bawah
Tapi, malangnya, pintu tue bertulis "no entry" Habissss....sesatlah ana
Tak balik sabahlah jawabnya..TIDAAAKKK!!!!!
Dan ana naik atas semula...untuk tanya kakak kat kaunter
Dan Kakak tue kata pergi domestic gate..lau tak silap..
Dan bila ana masuk je..terus ana jumpa pintu tempat 
Perlepasan..Lah gitu....ha3..tak apa..
tak pernah gi KLIAkan..lau p pun 1-2kali je...
Alhamdulillah no need to panik..

(^_^)..Hoorayy!!!

Peristiwa...
Ada juga,
Peristiwa yang lain
Memang betul kata ustaz kazim
lau nampak ja orang berkopiah...conform kena jadi Imam
Ketika ana nak tunaikan solat zohor..
Ada seorang pak cik tengah menyusun sejadah..
Dan ana pun tolonglah..
tapi, bila siap ja..ana baru nak Iqamat..
Terus pak cik tue masuk...Iqamat..
ana..diam je..dan terus pak cik tue
Minta ana jadi Imam sebab kopiah atas kepala..
huuuu...macam2...dan ana pun menjadi Imam..
Kepada mereka semua..
Tapi, Alhamdulilllah ada kelainan yang ana rasa
Sepertinya ana tak berasa takut pun..
Tapi yang ana betul-betul pelik...
Time ana bangun ja untuk solat jamak Asar
semua jemaah buat solat jamak sendiri..
ok ana biarkan jelah...dan meneruskan solat...

(@~@)??...

Welcome Back Zulhilmi
Alhamdulillah,
Dengan jam sudah menunjukkan pukul 2pm
Ana telah bertolak dari KLIA ke KKIA
Semuanya berjalanan dengan lancar..
Rasa sweet je...
Dan ana sampai ke KKIA 
Pada pukul 4.25pm...
Barulah ana tahu..rupanya...
Orang yang bukan asal sabah atau bumiputera
Datang ke sabah perlu ada pasport..
manakala, lau orang sabah hanya perlu
menunjukkan kad pengenalan..
Seperti yang tertulis dalam perjanjian penubuhan Malaysia
Sabah akan kawal imegresen..tapi kenapa ramai orang tak da pasport
Pendatang Haram senang masuk..siap ada kad pengenalan lagi..
Ya Rabbi..tak adill...(seperti dalam lagu Yuna..Ini tidak adil..tidak adil..
bagi ku...)

(>_<)!!! Tak adill!!!....

Dan pendekkan cerita,
Alhamdulillah dengan Izin Allah SWT,
Ana telah sampai ke Rumah,
Peluk ibubapa ana...
Dan Insya Allah..akan menjadi anak yang SOLEH..

 

Sunday 18 March 2012

~SELAMAT TINGGAL SEM 2, KENANGAN TERINDAH DI KHANSA~

Selamat Tinggal Sem 2 dan juga Selamat Tinggal Blok Khansa
Menyimpan Seribu memori yang indah buat diri Ana
Di UniSZA...
Buat Pertama kalinya ana menjejakkan kaki ke Bumi Semenanjung
Di Negeri Terengganu untuk melanjutkan Pelajaran
Di Peringkat Universiti

Buat Kali pertamanya ana Menjejakkan kaki di Khansa
Dan ternanti-nanti siapakah yang bakal menjadi roomate ana 
Akhirnya,
Allah SWT telah menghantarkan Seorang roomate yang berasal daripada
Kelantan dan bernama Afdhal..atau lebih dikenali sebagai Assyahid Afdhal Ismail..
Sila Check nama nie kat Fb untuk lebih kepastian..
Dari kiri Fawwaz, Afdhal, Hilmi(ana), Amin

Pelbagai perkara yang kami lalui bersama-sama di Khansa
Dengan mempelajari sesuatu daripadanya..
Cuba memahami sikapnya yang kadang-kadang sukar untuk difahami
Sampai ana pun naik berang..begitu juga dengan beliau..
Terpaksa cuba memahami apa yang ana katakan..
Kerana beliau hampir sahaja terkena stroke akibat nak memahami
Apa yang ana cuba katakan
ha...ha..ha...

Di Khansa juga ana mengenal seekor kucing jantan
Yang tiba-tiba masuk ke dalam bilik..dan menjatuhkan buku-buku ana,
Muncul secara tiba-tiba daripada almari roomate ana..
Dan Roomate ana memberikan nama Harirah pada
Kucing itu...

Di Khansa juga ana mengenal Sahabat-Sahabat yang baru..
Ana mengenal Fawwaz orang Kedah yang tidak pernah kering 
Dengan Lawak spontan yang sering keluar daripada Buah fikiran beliau..
 Mengenali Zul Amin..Dari Selangor seorang sahabat yang
Yang sering datang ke bilik untuk berkongsi cerita..
Harirah si Kucing Muram
kejutkan kami di waktu Subuh.. Sering mengacau ana...

(^_^)

Begitu juga, dengan Sahabat-Sahabat Khansa yang lain
Antaranya Malik.. sering memperingati Ana tika leka dibuai arus duniawi..
Afiq..sanggup mengorbankan masa beliau untuk menjadi pemandu ana...
Daus..Sering menjadi tempat ana beradu kekuatan 
Dalam perlawanan Fifa..

Banyak lagi..namun,
Ana tidak dapat menyebutkan semuanya..
Kerana Semua Sahabat-Sahabat ana di Blok Khansa
Tersangatlah ramai..dan setiap daripada mereka telah
Mengukir memori indah buat kehidupan ana di UniSZA
 Dan di Blok Khansa..

Namun, 
Setiap permulaan pasti ada pengakhiran
Setiap Pertemuan pasti ada perpisahan
Dan 
Setiap Kehidupan ada penamatnya
iaitu
Kematian

Dan disinilah perpisahan buat ana dan Sahabat-sahabat Khansa
Kerana selepas ini kami mungkin tidak akan dapat lagi
untuk duduk bersama-sama..seperti
Sebuah Keluarga.

Biarlah ana manyimpan Memori Indah ini 
Sebagai kenang-kenangan
Sepanjang ana menjadi penghuni Khansa

Terima Kasih Ya Allah..
Kerana telah memberikan diri ini
Peluang bagi menikmati 
Kenangan yang terindah ini..


PUISI BUAT KHANSA

Akan ku ukir Puisi Buat mu Khansa
Disini Langkah ku bermula
Untuk mengenali erti kehidupan
Ku Mulakan langkah dengan Bismillah
Menjejakkan kaki ke Khansa
Blok kediaman yang Usang

Mengenali Sahabat Baru
Budaya yang berbeda dari
Tempat Asal ku
Namun begitu aku tidak mengerti
Mengapa aku berada disini

Akhirnya
Aku mulai mengerti apa sebabnya
Allah SWT meletakkan aku di Unisza
Di Khansa
Kerana Allah telah merancang yang terbaik buat ku
Aku mulai mengerti
Apakah ia Persahabatan yang sebenar
Apakah ia Pengorbanan yang sebenar

Ku Bersujud pada-Mu Ya Allah
Memanjatkan Kesyukuran ku pada-Mu
Kerana telah merancang yang terbaik
Buat hamba-Mu ini.
Alhamdulillah...

Kini,
Tiba masanya untuk ku melepaskannya
Dan membawa semua memori indah ku bersama
Untuk dijadikan pedoman ku
Dalam mencari kebenaran dalam kehidupan
Ya Allah.
Rancangkanlah yang terbaik buat diri Hamba-Mu ini
Kerana Hanya Kau lah yang Maha Merancang
Dan Sebaik-baik Perancang
Amin Ya Rabbal Al-Lamin

Thursday 15 March 2012

~PUISI CINTA~

Saling sayang-menyayangi kerana Allah

~AKU MENCINTAI DIRIMU~

Aku Mencintai Dirimu
Seperti Cintanya Matahari dan Bulan pada titah Tuhannya
Aku Mencintai Dirimu
Seperti Lautan dan Ombak taat pada Tuhannya
Aku Mencintai Dirimu
Kerana Aku Harus Mencintai Dirimu

Hadirnya Dirimu dalam hatiku
Menjadi satu Sumber Kekuatanku
Menatap wajah mu 
Buatkan Hatiku Menjadi tenang
Buatkan Hatiku Menjadi kelam
Kerana
Aku Mencintai Dirimu

Namun,
Aku tidak layak untuk memiliki dirimu
Kerana aku tidak yakin akan dapat memiliki dirimu
Aku tidak tahu andai Dirimu menjadi jodoh ku
Aku khuatir akan melanggar takdir Ilahi

Aku Mencintai Dirimu
Cukuplah Sekadar ku ungkapkan
Biarlah ianya menjadi ayat-ayat cinta
Yang menjadi satu tanda tanya

Aku Pasrah dengan ketentuan Ilahi
Andai Dirimu menjadi Jodohku
Akan ku bersujud dengan penuh kesyukuran
Andai Dirimu bukan Jodohku
Aku terima dengan Reda
Kerana ini semua telah tertulis 
Di dalam kitab Cinta ku

Maafkan diriku
Andai Mencintai Dirimu
Satu penyeksaan buat Dirimu
Menjadi Satu beban buat Dirimu
Maafkan Diri Ku

Aku Mencintai Dirimu


~TAUTAN KASIH SEJATI~

Ini adalah kenangan terindah
Buat sem 2 ana di Unisza
Di mana orang kata bukan senang
Untuk satu Syu'bah dapat
Meluangkan masa bersama-sama
Selain daripada dalam kelas..
Tapi, Alhamdulillah dengan Izin Allah SWT
Selesai sahaja final exam satu Program menjalinkan ukhwah
Telah kami laksanakan..

Program ini kami namakan "Tautan Kasih Sejati"
12 Mac 2012
Tarikh yang dipilih untuk program ini
Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar
Meskipun pada awalnya ada masalah
Pengangkutan yang tak dapat dielakkan..
Dengan Izin Allah kami semua berjaya sampai ke destinasi.

Pelbagai Aktiviti yang telah kami laksanakan
Muslimin dengan Aktivitinya dan Muslimah dengan Aktivitinya
Aktiviti kami selaku Muslimin bermain Bola pantai atau lebih dekat 
Sekiranya ana katakan bola pasir..
Ha...ha..ha..
Banyak edegan-edegan Lucu yang telah berlaku sepanjang kami
bermain bola..macam-macam ragam daripada pihak muslimin
Termasuk ana pun meragam sekali..

...Sedutan-sedutan aktiviti yang berjaya ditangkap oleh Camera Man...

Sepatutnya 3 team bola tetapi 1 kumpulan lagi tak sempat ambil
Permainan Bermula
Aksi-aksi mengagumkan

Gawang Bolos

Keeper punya reaksi
ha3..Banyak event lagi yang berlaku sebenarnya....
Dan selebihnya..

Nie Ragam yang lain-lain
Memang banyak lagi benda lawak yang berlaku disana he3

Selepas pertandingan bola habis...ana pun tak tau siapa yang menang 
Tapi apa yang hendak ana katakan...menang kalah tak penting... apa yang penting
Ialah dapat menjalinkan ukhwah sesama kami Syu'bah SEJATI..untuk di akhir sem 2 ini..

Dan selepas selesai sahaja bermain bola kami berganjak untuk ke aktiviti yang lain iaitu bermandi laut
Nak bagi tengok gambar tak boleh sebab tak sesuai untuk tontonan umum..
Ha3..Tapi cukup sekadar ana bagi cita yang kami semua bermandi laut sangat best..
lebih-lebih lagi ana dah lama tak mandi laut..dan laut kat tempat program kami tue memang
Best...cantik ja suasananya...tenang..diiringi dengan angin sepoi-sepoi bahasa.. Alhamdulillah..
Indahnya Ciptaan Allah SWT..

Dan pada petangnya pula, Kami semua mengadakan aktiviti 
BBQ...ha3..tapi yang sedihnya...oleh kerana ayam lambat sampai..
Dan dengan izin Allah SWT.. cuaca telah bertukar mendung..dan hujan..
Nasib bek ada disediakan tempat membakar BBQ..alhamdulillah...
Ada inesiatif yang lain hu3...

Nielah antara gambar yang berjaya ditangkap

Baru nak bakar...tunggu-tunggu dulu..
Nie baru ayam nak masak..hu3

Jom makan..Mambang-manbang kuning tak sabar nak makan..hu3
Alhamdulillah...semua berjalan dengan lancar cuma ayam tak sempat di bakar maka terpaksalah
Bagi Muslimah dululah makan..kerana hari dah jauh malam tak bek Muslimah duduk lama-lama...
Maka, Muslimah perlu balik dahulu...

Tapi, Perjalanan program.. memang puas hatilah...
Ana sangat berpuas hati..Alhamdulillah...cuma ana kena bagi
Tazkirah..dan tak berapa menarik sebab ana masih lagi gagap..gagap..dalam
Bercakap kat depan tapi ana akan anggap ia adalah tarbiah daripada Allah SWT.
Untuk persediaan di masa akan datang..Insya Allah...

Dengan berakhirnya Program ini,
Maka, tamatlah Perjalanan kami semua di sem 2..
Dan bersedia untuk ke Sem akan datang..
Cuma ana tak yakin andai masih punya masa yang panjang
Di Sem akan datang..Insya Allah..andai ada umur yang panjang kita akan bertemu
Lagi Duhai Sahabat-sahabat.SEJATI yang ana kasihi dan sayangi..Insya Allah..

Peneman dalam perjuangan Ana mencari keredaan Allah SWT...

Sekian,
Selamat Tinggal Sem 2....Tak mudah ana melupakan mu..
Bila kenangan yang ana alami...telah berlaku di sem 2...
Ya Allah.. Kekalkan Persahabatan kami hingga ke Akhirat sana..

AMIN YA RABBAL AL-LAMIN

Friday 2 March 2012

~JOM BELAJAR DARIPADA CERITA PUSS IN BOOTS~


Baiklah,
Dulu Ana pernah postkan kat dalam blog ana macammana kita mengambil pengajaran dalam Game
So, Untuk Hari ini ana nak bawa antum semua untuk sama-sama melihat Kartun Favorite ana
Puss In Boots, Dalam ceritanie ana tengok alhamdulillah tak da unsur-unsur negatif 
Tak pastilah andaikan ana terlepas pandang Wuallahuallam...

Tapi,

Ana dapati dalam ceritanie banyak yang kita boleh ambil sebagai pengajaran
Insya Allah, Ana akan cuba huraikan sedikit demi sedikit mengikut kemampuan ana


Baiklah pada asalnya dalam cerita Puss In Boots
Puss nama watak utama merupakan seekor anak kucing yatim-piatu
Dan dijaga oleh seorang wanita yang digelar "Mama" di rumah anak-anak yatim dan
ketika waktu makan, Puss telah berkenalan dengan seorang Sahabat yang baru iaitu Telur bernama Humpty,
Oleh kerana Humpty seorang yang lemah beliau selalu dibuli dan Puss serta-merta bangkit untuk menyelamatkan Humpty.

Mari pula kita lihat dari perspektif Islam,
Rasulullah SAW telah mengajar kita bahawa yang kuat haruslah melindungi yang lemah
Misalnya saya ambil contoh Muslimin merupakan golongan yang kuat dan Muslimat merupakan kaum hawa
Dan sering menjadi mangsa kepada Anasir-anasir yang jahat.Dengan itu, Sebagai Muslimin Yang diberi 
Kekuatan oleh Allah SWT perlulah menjadi pelindung kepada kaum hawa atas dasar agama Islam itu sendiri
Begitulah juga Ibubapa harus menjadi pelindung kepada keluarganya.


Seterusnya, dalam cerita ini Puss dan Humpty ketika mereka remaja
Mereka sering melakukan kekacauan dalam Kota mereka iaitu San Francisco
Terutamanya dalam bab mencuri sehingga mereka berkali-kali ditangkap oleh pengawal
Namun, akhirnya Puss sedar akan kesilapannya dan serta-merta beliau mengubah nasibnya sendiri untuk menjadi baik.

Baiklah dari pandangan Islam pula,
Pada Asalnya Allah SWT telah menjadikan hambanya sebaik-baik ciptaan
Sebaik-baik sifat yang ada pada seorang hamba yang bersyukur 
Namun, Manusia itu sendiri yang mengubah  nasib mereka manjadi buruk
Bertepatan dengan Ayat al-quran “Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka sendiri yang mengubahnya.” (Ar-Ra’ad: 11)..
Kita sendiri yang menentukan nasib kita menjadi buruk..Oleh itu, cuba renung-renungkan di mana silap kita.
Allah SWT telah memberikan kita dua pilihan sama ada hendak menjadi baik atau sebaliknya, jadi pilihan ditangan kita.

 
Kita lihat pula pada kisah ketika Puss telah dikhianati oleh Sahabat Karibnya Humpty
Seterusnya beliau terus membenci Humpty kerana telah mencemarkan nama baiknya
Tetapi, Puss terlupa akan silapnya ketika beliau telah menjadi feymes dalam masyarakatnya
Dia telah melupakan Sahabat Karibnya yang sentiasa membantunya. Setelah Puss Menyedari akan Kesilapannya
Beliau segera membetulkan keadaan persahabatan yang kian pudar

Sama juga dalam Islam andaikan kita dikhianati oleh Sahabat kita, Janganlah kita terus memasang perasaan dendam, kerana mungkin ada sebab kenapa dia buat sebegitu.
Kita Sebagai Sahabat cubalah untuk memperbetulkan keadaan kerana Rasulullah SAW melarang agar kita
Umat Islam untuk bertelagah sesama sendiri. Namun, Jika kita dikhianati atas dasar dia
Benci kepada kita atas kebaikkan yang kita lakukan..Berdoalah moga Allah SWT memberi Hidayah kepadanya. Insya Allah..

Banyak lagi nak hurai tapi cukuplah sekadar ini sahaja.


Yang Terakhir, Dalam cerita terakhir Puss In Boots beliau telah bergabung tenaga dengan
Sahabatnya Humpty untuk menghalang Angsa Gergasi memusnahkan Kota Mereka
Kerana ingin mencari anaknya yang telah di ambil oleh Humpty..Demikian pula, Humpty yang sedar akan 
Kesilapannya telah cuba sedaya upaya untuk membantu Puss sehinggakan beliau telah mengorbankan dirinya.
Apa yang menarik ialah Humpty sering dihina, dicaci, dibuli kerana rupa parasnya adalah (TELUR)..
Tetapi semasa beliau mati telur yang tadinya dihina kerana tidak ada nilai telah bertukar menjadi Telur Emas yang bernilai.

Apa yang ana nak antum semua ingat ialah, Walau masyarakat menghina dan mencaci kita sekalipun
Jangan sesekali tewas dan berputus asa dengan Allah SWT. Kerana sebenarnya Allah SWT telah menciptakan kita semua dengan Sebaik-baik kejadian. Cuma, Manusia yang berhati buruk dan busuk sahaja yang 
Menilai kita dengan sesuatu yang buruk. Sedarlah duhai Muslimin dan Muslimat bahawasanya,
Allah SWT tidak melihat hambanya daripada paras rupa tetapi Amalan yang telah kita lakukan
Biarlah buruk luaran kita yang penting dalaman kita penuh dengan kecantikan Ibadah kepada Allah SWT.
INSYA ALLAH

Renung-renungkan


~Apa yang baik datang daripada Allah SWT dan Apa yang buruk juga datang daripada Allah SWT tetapi disandarkan di atas kelemahan Ana seorang Insan yang bergelomang dengan dosa~