Sunday 27 May 2012

~KERANA NAJIS~


Alhamdulillah...Segala Puji Bagi Allah SWT..Tuhan Yang Esa...Hanya Dia yang selayaknya diberi pujian yang Setinggi-tingginya...Begitu juga...Selawat ke atas Junjungan Rasul kita yang Mulia..Habib Allah...Nabi Muhammad SAW...Semoga kita semua berada dalam Barakallah...dan mendapat Syafaat daripada Rasulullah SAW..
Amin Ya Rabbal Al-lamin...




Baiklah...Entry ana kalinie yang hendak dikongsikan pada antum sekalian ialah tentang Najis...Tapi ana bukan nak cerita apa tue najis...dari awal sampai akhir tapi..Banyak benda boleh berlaku hanya kerana Najis ini..Baiklah kembali pada topik semula..Ana percaya antum semua termasuklah diri ananie..pernah melalui zaman kecil tau Istilah pasarnya "Johnson Baby"..ha3...Time tue hingus still meleleh-leleh..Dan pernah pakai Lampin bukan...Semestinya..tak kiralah lampin jenis apa-apapun...Kain, plastik, tau lampin Teddy Bear(tengok citer Mr.Bean)..he3...Ok...Pada waktu tue...Bila kita meragam tau merengek..kerana terbuang najis dalam Lampin..Ibubapa kita bersihkan tanpa berasa geli-gelian pun..Tanpa keluar perkataan maki-makian pun...mereka releks ja...Kerana itulah Kasih Sayang ibubapa pada anak mereka....

Namun, bila diri kita telah dewasa dah besar panjang..Ibubapa kita bukan still sama..Mereka juga akan berubah menjadi tua....Mereka tidak akan kekal dalam bentuk yang sama...Kerana setiap insan akan melalui proses ketuaan..semua akan menjadi tua..semua akan mati....Kerana dalam Al-Quran dalam Surah Al-Imran 3:185 Allah SWT telah berfirman


Every soul will taste death, and you will only be given your [full] compensation on the Day of Resurrection. So he who is drawn away from the Fire and admitted to Paradise has attained [his desire]. And what is the life of this world except the enjoyment of delusion.

Ayat Allah SWT telah jelas bahawa kita semua yang bernyawa ini pasti akan mati...Cuma waktu kematian kita adalah rahsia Allah SWT..Maka persiapkanlah diri kita untuk memperbaiki diri kita ini dari semasa ke semasa..Insya Allah...Kembali pada Topik...Bila Ibubapa kita sudah tua...pada fikrahnya..mereka akan kembali menjadi seperti seorang kanak-kanak..Namun, adakah kita anak2 mereka yang telah mendapat kasih sayang daripada ibubapa kita yang tak berbelah bagi....Akan memberikan mereka kasih sayang yang setimpal atau sebaliknya...Ok3..jom kita lihat...Berapa Ramai anak2 yang sanggup membersihkan Muntah Ibubapa mereka, berapa ramai anak2 yang sanggup mencuci najis ibubapa mereka...tak perlu lagi ana katakan...Cukuplah kita melihat pada dada-dada akhbar..kita akan mendapat jawapannya..Kerana semua anak-anak lebih rela meletakkan Ibubapa mereka di Rumah Jagaan Orang-orang Tua..Dengan alasan tidak ada masa menjaga ibubapa mereka...mala, ada yang lebih parah lagi siap minta ibubapa tandatangan supaya anak-anak mendapat harta mereka...Astaghfirullah al-azim..Kejamnya...Ana tak kata semua anak-anak begitu, tapi kebanyakkannya begitu...

Dalam Hadis ada menyebut tentang anak-anak yang derhaka kepada kedua-dua orang Tuanya...

Nabi s.a.w. pernah bertanya kepada para sahabat sebanyak tiga kali: “Mahukah aku memberitahu kalian tentang dosa yang paling besar?” Maka mereka (para sahabat) pun menjawab: “Sudah tentu wahai Rasulullah.” Baginda menjelaskan: “Syirik kepada Allah, derhaka kepada ibubapa (perawi menerangkan bahawa baginda ketika itu duduk sambil bersandar, lalu menyambung) dan sumpah yang palsu.” – Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Sahihnya, no: 2654

“Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa.” – Hadis riwayat al-Tirmidzi di dalam Sunannya, no: 1821.

Lihatlah..Betapa besarnya Allah SWT mengangkat martabat kedua-dua Insan yang bergelar Ibu dan Ayah... Sehinggakan Seorang anak langsung sahaja pergi ke syurga atau ke neraka dengan Sikap mereka kepada Kedua-dua orang tua mereka...Subahan Allah...

Ana hendak berkongsikan pada Antum semua tentang satu situasi yang ana alami..Sehingga membuatkan diri ana berfikir dan takut andai ana tidak mampu untuk hadapinya...Di rumah ana..Dulu ada Seekor kucing...Dan Kucingnie..selalu sahaja buang najis merata-rata dalam rumah ana...Dan semestinya diri inilah yang selalunya menjadi mangsa untuk membersihkan Najis-najis tersebut...Tapi dalam ana membersihkan najis kucing tersebut...Ana seringkali hampir termuntah..kerana bau yang sangat teruk..Tapi bila asyik2 bersihkan najis kucing tue...Terfikir pula...Jika Najis Kucing yang Kecil ini tak dapat nak hadapi..bagaimana pula jika berhadapan dengan Ujian Allah SWT dalam menjaga kedua-dua Ibubapa yang uzur...Dan Ana terfikir..adakah diri ini mampu atau tidak..Semoga Allah SWT memberikan diri ini kekuatan dalam menghadapi Ujian Seperti ini...Begitu juga..dengan antum semua..Semoga Allah SWT memberikan kita kekuatan dan kesabaran dalam menjaga kedua-dua Orang Tua kita tanpa berasa sedikit perasaan menyesal pun...Amin Ya Rabbal al-lamin....

Dalam Al-Quran dalam Surah Luqman 31.14 Allah SWT telah berfirman


And We have enjoined upon man [care] for his parents. His mother carried him, [increasing her] in weakness upon weakness, and his weaning is in two years. Be grateful to Me and to your parents; to Me is the [final] destination.


Baiklah, Sebagai seorang insan yang bergelar Anak...Berapa ramai yang sanggup untuk menghadapi kerenah kedua-dua ibubapanya...Banyak anak-anak tidak dapat menghadapi atau gagal bertahan dalam melayan karenah Ibubapa mereka terutamanya jika bab membersihkan Najis..kerana ini banyak berlaku...disekeliling kita..sehingga ramai anak-anak yang mengambil jalan mudah untuk menghantar kedua-dua orang tuanya untuk ke Rumah Jagaan Orang-orang Tua..Ingatlah Allah SWT itu Maha Adil..Jika hari ini kita melakukan hal sedemikian kepada Kedua-dua Ibubapa kita...Tidak mustahil pada keesokkan harinya perkara sama bakal berlaku pada diri kita...Insya Allah....Renung-renungkan....


Para Pembaca yang dirahmati Allah SWT...Adam dan Hawa...Muslimin dan Muslimah..Diri ana bukanlah seorang yang Perfect 100%...Dalam memberi peringatan kepada antum semua...Sebenarnya diri ana juga banyak kecacatan yang ana sendiri tak ketahuinya...Namun, apa yang ana tulis dalam Tintah Emas ini adalah untuk memberi peringatan kepada diri ana dan semua insan yang kadang-kala terleka kepada Allah SWT...Disamping berharap agar mendapat redha Ilahi....Ana memhon maaf...jika ada yang tersinggung dengan entry ana ini...Maafkan diri ini...yang penuh kedaiffan...

~Setiap yang baik itu datang daripada Allah SWT dan Setiap yang buruk itu juga datang daripada Allah SWT. Namun, Ia disandarkan di atas kelemahan dan kedaiffan diri ana yang bergelar Insan..Wuallahuallam..~

Friday 25 May 2012

~PELBAGAI IMPIAN,SATU DESTINASI~



Baiklah...hari ini ana ingin berkongsi tentang satu cerita Anime yang Top...
Dan Semestinya para pembaca sekalian pasti kenal Anime yang bertajuk


"One Piece"





Kenal bukan...Dan sememangnya ia sangat popular dalam kalangan peminat-peminat Anime
Termasuklah Ana sendiri meminati Anime ini...ha3..tak kisahlah walau dah besar panjang
He3...Sebab Jalan ceritanya memang best dan memberikan banyak pengajaran setaraf dengan cerita Naruto dan Dragon Ball..


Baiklah Ana kongsi serba sedikitlah kefahaman peribadi ana mengenai cerita "One Piece" nie...Watak utama ceritanie ialah Luffy..atau nama penuhnya Monkey D.Luffy.. Seorang remaja yang mempunyai Impian Untuk menjadi Raja Lanun...Dan belayar ke Lautan perkuburan Lanun iaitu Grand Line... Impian beliau dah mantap tapi masalahnya...Beliau langsung tak tahu apa2 tentang bab pelayaran dan mengambil keputusan untuk mencari kru2 kapal yang hebat untuk membantunya mencapai Impiannya...Dan yang hebatnya...Setiap kru2 kapalnya ada impian masing2 tetapi Destinasi yang ingin dituju adalah tempat yang sama....




Baiklah Jom kita lihat Luffy...Impian beliau adalah untuk menjadi Raja Lanun bagi menggantikan tempat Gold Roger..Raja Lanun yang telah dihukum bunuh...jadi salah satu cara untuk beliau mendapatkan gelaran Raja Lanun ialah dengan berlayar ke Grand Line..




Roronoa Zoro(Zoro)...Seorang lelaki yang sentiasa serius...Mempunyai Impian untuk menjadi Seorang Pahlawan Pedang yang Hebat di Dunia...Dan saingan beliau adalah Jalquier Mihawk(hawk)..Pemedang Misteri yang sentiasa berada di Grand Line...Meskipun beliau hampir hilang nyawa di tangan hawk..Tetapi Impian beliau tidak pernah goyah dan untuk mendapat gelaran Pahlawan Pedang Terhebat beliau mesti pergi ke Grand Line untuk Tumpaskan Hawk...



Sanji seorang Tukang Masak yang hebat..Dan ingin pergi ke All Blue...Iaitu lautan yang menyimpan Seribu khazanah Hidupan laut...walaupun orang sekelilingnya sering cuba mematahkan semangatnya untuk Berhenti mencari All Blue. Namun, beliau mengendahkannya dan bercadang untuk pergi ke Grand Line bagi mencari All Blue...



Usopp..lelaki yang pakar menipu...tapi impiannya lebih kurang sama dengan Zoro iaitu ingin menjadi Seorang Penembak Tepat yang hebat seperti ayahnya Yasopp...dan dalam perjalanan ke Grand Line.. Beliau sering berusaha untuk membaiki sasarannya...



Dan last sekali...banyak gi tapi cukuplah setakatnie...Nami, Seorang Pakar Pelayaran ... pada asalnya beliau mencuri untuk mendapatkan Wang sebanyak 10 juta beli untuk menyelamatkan kampungnya daripada kekejaman Lanun yang Jahat..dan setelah masalahnya selesai Impiannya bertukar untuk melakar Peta Grand Line...




Panjang lebarnya....Tapi point yang ingin ana sampaikan bukanlah untuk nak memperkenalkan Anime.. One Piece atau nak ceritakan serbah sedikit tentang Latar Belakang Watak2 One piece... Tetapi apa yang ana hendak sampaikan ialah...


Setiap yang bergelar Insan pasti punya matlamat/Impian mereka tersendiri.. Dan dalam mengejar impian masing-masing tak kira apa pun Impian yang hendak kita kejar tau kecapi...Satu destinasi yang perlu kita tuju adalah Satu iaitu Redha Ilahi...Itulah destinasi kita yang sebenar.. dengan mendapat redha Ilahi..Insya Allah segala impian yang kita kejar akan kita dapat dengan Mudah dan ada manfaat yang akan kita dapat daripada-Nya...Insya Allah...


Oleh itu, Marilah Muslimin dan Muslimat sekalian..kita bawa Impian dan matlamat ke arah satu Destinasi iaitu ke Grand Line(Redha Ilahi...)..disana nanti segala yang kita inginkan akan kita dapat..Insya Allah...


~Sekadar Renungan bersama...Insya Allah memberikan faedah kepada kita semua...~


P/S:- ~Segala yang baik itu datang daripada Allah SWT..Dan Segala yang buruk itu juga datang daripada Allah SWT tetapi disandarkan di atas kelemahan dan kedaiffan diri ana insan yang lemah....Wuallahuallam..~

Tuesday 15 May 2012

~SELAMAT HARI GURU~


Alhamdulillah...Pada Hari ini..Semua warga pendidik akan menyambut Hari Guru..
Hari gurunie...adalah sebagai tanda kita menghargai jasa Guru yang 
telah banyak berjasa pada semua Insan yang bergelar Pendahaga Ilmu..
Pelajar..yang menuntut ilmu daripada Guru...Tak kisahlah Guru mengajar 
dalam bidang apa pun....Yang penting Jasa mereka sangat besar...

Namun, adakah hanya hari ini..Bila tibanya..Hari Guru..
Baru kita semua yang bergelar pelajar..menghargai mereka..
Bersesak-sesak...untuk memberi hadiah kepada Guru..
Untuk mengucapkan "SELAMAT HARI GURU"
Mengapa tidak kita menghargai mereka setiap saat,minit,jam dan hari.
Hatta...menghargai mereka Selama-lamanya...
Di atas pengorbanan mereka yang tidak berbelah-bagi..

Sangat sedihlah bila kita lihat pada hari ini,
Berapa ramai Guru menjadi fitnah pada pelajar sendiri..
Menjadi mangsa kepada pelajar...Untuk dihumban
Ke dalam penjara...Hanya atas alasan..
Guru itu mencubit,merotan,memukul mereka..
Di sokong lagi dengan cerita tokok tambah..Sehingga
membuatkan IbuBapa terpaku untuk mendengar cerita Legenda Anak mereka..

Tidakkah seorang pelajar itu atau ibubapa....berfikir..
Mengapa Seorang guru berbuat begitu...mungkin si anak
Melakukan Kesalahan dan wajar dikenakan tindakan sebegitu..
Si Ayah dan Si Ibu juga harus ingat..bahawa..anak-anak pada Zaman ini
tidak sama dengan zaman mereka...anak-anak sekarang pandai berbohong..
Dan pandai memutar belitkan cerita...makanya, Ibubapa harus
sentiasa berwaspada..selidik dahulu sebelum membuat tindakan 
Terburu-terburu..

Masyarakat...juga harus berfikir...mengapa selalu sahaja Guru yang dipersalahkan..
Bila seorang Pelajar mendapat keputusan yang Cemerlang..semua memuji pelajar itu..
Memberikan mereka hadiah sebagainya...Guru dipinggirkan..namun, Bila seorang pelajar..
Gagal..Semua menyalahkan Guru atas alasan tidak berkaliber dalam pengajaran..
Tak menyalahkan pelajar yang gagal..di atas kesilapannya sendiri...Saya tak
katakan semua masyarakat kita begitu..tapi kebanyakkannya...
Berperangai seperti itu...

Kepada Warga pendidik..bersabarlah dengan Ujian yang Allah SWT turunkan..
Kerana Kalian adalah Insan yang mulia...Kalian telah banyak
Berbakti pada Agama mahupun Negara...Kalian telah banyak..
Mengorbankan masa lapang..masa bersama keluarga...
Semata-mata hanya untuk mendidik kami para pelajarmu...
Insya Allah...Allah SWT meredhai jasamu kepada kami..
Teruskanlah menyebarkan Ilmu kepada Para pelajar yang dahagakan ilmu..
Kami warga pelajar..mendoakan semoga Allah SWT sentiasa merahmati warga pendidik..

AMIN YA RABBAL AL-LAMIN

~Tanpa mu guru...siapalah kami...tanpa mu guru tidak akan ada Ilmuan di dunia ini, 
tidak akan ada seorang yang bergelar Doktor,Saintis,Jurutera....TERIMA KASIH GURU~

~Sekadar renungan bersama....~

Monday 14 May 2012

~SESUATU YANG KECIL BOLEH MEMBERI IMPAK YANG BESAR~



Alhamdulillah segala puji bagi Allah SWT
Tuhan kepada Sekalian Alam Semesta yang luas ini.
Bersyukur kita kepada Allah SWT... kerana dengan Limpah Kurnianya
Kita masih menjejakkan kaki..Di Atas Bumi Allah SWT ini...

حسبنا الله ونعم الوكيل
Baiklah apa yang ana nak kongsikan pada Kalinie ialah..
Mengenai dengan Sesuatu yang Kecil..boleh membawa kepada Impak yang besar
Dan ini memang terbukti...Sejak dari dulu lagi...
Namun, ramai diantara kita sering mengendahkan Benda yang kecil ini...

Baiklah saya ambil satu contoh..dalam Sirah Rasulullah SAW..
Bagaimana Baginda Menyebarkan Islam dalam Kota Mekah..
Pada Mulanya...Rasulullah SAW dan keluarga terdekat sahaja yang memeluk Islam
Dan Kumpulan orang yang hanya biasa-biasa sahaja..
Dan apa yang dilakukan oleh Pihak Quraisy ialah mengendahkan sahaja kerana
Mereka merasakan Rasulullah SAW bukanlah ancaman yang besar bagi mereka.
Akhirnya, daripada kumpulan Islam yang kecil telah menjadi kumpulan yang besar..
Hatta..Islam telah berjaya menguasai 1/3 Dunia...daripada Kumpulan yang kecil...
Hebat bukan...







Baiklah kembali pada tajuk....
Kita Lihat Saudara SeIslam kita di Luar Seberang sana..
Palestin,Somalia,Afrika..dan seumpanya..mereka menderita..
Dengan adanya..Pihak yang ingin melihat mereka terseksa...
Namun, apa Tindakan kita untuk menolong Saudara-saudara SeIslam kita diluar sana??
Adakah hanya melihat di dalam kaca TV dan berkata "Kecian"...
Tanpa membuat apa-apa Tindakan...


Alhamdulillah...Ana begitu tertarik dengan beberapa kempen yang telah dilakukan..
Oleh Saudara-saudara SeIslam..di Malaysia..seperti mengadahkan Perarakan Pembebasan Palestin,
Dan Seumpanya...Tidak juga ketinggalan ada pihak-pihak yang mengutip derma untuk Disumbangkan
Kepada Palestin...Banyak gi..Kempen-kempen seperti ini yang telah dilakukan...Oleh Saudara-Saudara SeIslam yang Cintakan Saudara SeIslam di Seberang sana..Cuma Ana tidak ada kesempatan untuk
Menyertai kempen-kempen seperti Ini...Kerana Ana tinggal di Sabah dan kebanyakkan Kempen seperti ini
Dilakukan di Semenanjung..Insya Allah andai ada umur yang panjang ana pun nak join gak...

Ada juga yang menggunakan medium FB..untuk menarik Saudara-saudara SeIslam
dalam menyokong Isu pembebasan Palestin..Dan Alhamdulillah...kelihatannya
Ramai yang menyahut suruan untuk menyokong Saudara-saudara SeIslam di sebarang sana..
Insya Allah..Ia akan membuahkan Hasil...

Bila difikirkan balik, Untuk apa kita buat macamnie...andai kita pergi join Perarakan Pembebesan Palestin,
Like Page pembebasan Palestin dalam FB..apa yang akan berlaku..macam tak ada apa2 pun yang berlaku..
Tidak...tidak...jangan fikir begitu wahai saudara-saudaraku....andai kita tidak mampu mengangkat Senjata
Untuk Melawan Musuh...andai kita tidak mempunyai fizikal yang kuat untuk berjuang menentang Musuh..
Dengan Usaha kita..dan komitmen kita dalam menyokong Saudara-saudara SeIslam kita..Di palestin dan Sebagainya..Insya Allah...akan memberi kesedaran kepada Suluruh Dunia..Islam..untuk bersatu membawa
Perubahan yang diidamkan semua Insan Di Dunia ini..Iaitu..

KEAMANAN/PEACE

Aku bukan Seorang perwira yang gagah mengangkat Senjata namun, Hati rela berjuang
Demi mempertahankan Agama ku..Islam...memberi semangat kepada Saudara-saudara ku..
Walau dengan Cara Sendiri...Insya Allah..akan membuahkan Hasil...Insya Allah....

~Sekadar memberikan pandangan..agar dapat kita renung-renungkan bersama..Insya Allah..sama-sama kita mendapat manfaat darinya...Yang baik..datang daripada Allah SWT dan yang buruk juga datang daripada Allah SWT tapi disandarkan ke atas kelemahan diri ana yang penuh dengan kedaiffan...Wuallahuallam..~