Tuesday 31 January 2012

BERDAKWAH DAHULU KEPADA IMPUNYA DIRI

Menjaga hubungan dengan Allah SWT adalah  wajib bagi seorang pendakwah

~Berdakwah sememangnya merupakan thoriq untuk kita menyebarkan syiar Islam~

Zaman Rasulullah SAW dan Para Sahabat dahulu
Mereka mengorbankan masa mereka lebih banyak untuk keluar berdakwah
Di Thoriq-thoriq Allah

Kerena mereka merasakan ini merupakan satu Amanah yang sangat Besar daripada Allah SWT
Dan bermacam-macam halangan dan cabaran yang telah mereka lalui
Hanya kerana semata-mata ingin menyebarkan Syiar Islam di seluruh Dunia

Dan apabila kita melihat Sejarah Para Sahabat yang keluar dari bumi Arab untuk menyebarkan Syiar Islam Di
China, Ratusan sahabat yang keluar... 
Namun, Hanya berapa orang sahaja yang betul-betul sampai ke China dan salah-seorang  daripada
Sahabat yang Selamat sampai ke China ialah

Saad Abu Waqas..

Kita dapat Lihat disini bahawa betapa tingginya pengorbanan Para Sahabat dalam medan Dakwah
Baiklah,

Pabila kita lihat konteks Dakwah sekarang tersangatlah mudah
Kerana kita punya Banyak Cara dan tempat dalam menyampaikan mesej dakwah kita
Lebih-lebih lagi dengan kemudahan Internet yang sedia ada yang dapat mempermudahkan kita untuk berdakwah

Tapi,

Apa yang ingin ditekankan disini ialah kita sering menyampaikan mesej dakwah kita
Misal katanya,

"Kita seharusnya berbuat begini..."
"Sebagai seorang Islam kita tidak seharusnya begini...."
"Seorang wanita ibarat begini..."

Dan macam-macam lagi,

Tapi,

Pernahkah kita melihat pada diri kita
Apakah diri kita ini juga sama mengikuti seperti mana mesej yang telah kita postkan??
Adakah Hubungan antara kita dan Allah SWT terjaga??
Kita ingin memberikan peringatan kepada orang tetapi jangan terlupa akan peringatan untuk diri kita...
Kerana Sebagai seorang pendakwah
Perkara asas yang utama perlu ada dalam dirinya 

Ialah,

Menjaga Hubungannya dengan Allah SWT
Saya tidak bermaksud untuk memburuk-burukkan orang yang berdakwah

Atau

Untuk melemahkan Semangat orang-orang yang berdakwah

Tetapi

Saya ingin kita semua untuk muhasabah semula diri kita mencari dimana silap kita dalam berdakwah 
Yang harus kita perbaiki sebelum terjun semula ke medan dakwah

Saya sangat-sangat berterima kasih kepada Sahabat yang menyedarkan saya
dalam medan berdakwah 
kerana apabila direnung-renungkan balik
Banyak kelemahan yang harus saya baiki

Kepada Sahabat-sahabat yang berada dalam medan dakwah
Teruskanlah Usaha dalam menyebarkan  Syiar Islam

dan

Disamping itu juga bersama-samalah kita berusaha
untuk memperbaiki kelemahan kita dan seterusnya menjaga hubungan 
Di antara kita dengan Allah SWT

~Seribu kemaafan saya ucapkan andai post saya ini menyakiti hati mana-mana Pihak~

Monday 23 January 2012

APABILA DIRI MENJADI HAMBA KEPADA ALAM MAYA

Berhati-hati apabila melayani Alam Maya
Berhati-hati ketika melayan Alam Maya
Alam Maya yang ana maksudkan ialah diri kita telah terpengaruh dengan Permainan alam cyber atau sibuk melayan dunia cyber.... Tidak salah untuk bermain di alam cyber tapi berhati-hatilah.. Kerana tanpa sedari kemungkinan kita semua telah menjadi hamba kepadanya...

Dan

Apabila kita menjadi kepada hambanya
Pada peratusnya..
Agak mustahil untuk kita melepaskannya..
Bahkan kita juga mampu untuk melupakan segalanya
termasuklah untuk menunaikan kewajiban kita sebagai Muslim

Namun,

Apa yang paling ana kesal ialah apabila ana sendiri telah menjadi hamba kepada Alam Maya..
Tapi alhamdulillah...ana tidak juga melupakan kewajiban ana sebagai Muslim..
Tapi ana lupa untuk merapatkan ukhwah dengan saudara senegeri dan juga seIslam..
Bahkan...

Akibat terlalu khusyuk melayanie Alam Maya...
ana melupakan segala-galanya..tentang ukhwah...
ana hanya berukhwah dengan Alam Maya...Seharian..

Hahaha...tak taulah...mungkin inilah akibatnya terlalu melayanie Alam Maya...
Dan disitulah...Syaitan telah berjaya mempengaruhi ana..untuk terus melayanie Alam Maya.
Yang akan merosakkan diri ini sendiri...

Ana bercakap bukan dasar untuk menperlihatkan keaibban Ana...
Tapi..
Untuk renungan buat Sahabat-sahabat, Saudara-saudara SeIslam, Keluarga, Serta semua orang
Untuk membuka mata kalian semua tentang bahayanya...
Apabila diri menjadi Hamba kepada Alam Maya..

Berhati-hatilah...tidak salah untuk melayanie Alam Maya tetapi
Jangan terlalu terpengaruh dengan Keasyikkannya...
Kerana...Syaitan sentiasa mencari peluang untuk menggoda kita agar kita tersasar daripada landasan Islam..Nauzubillah...

"Sesungguhnya Allah SWT sudah memberikan kita dua Jalan, Hanya tinggal diri kita yang menentukan Hala tuju kita"

~Renung-renungkan~

Thursday 19 January 2012

HIDUP MESTI DITERUSKAN

Majulah ke Hadapan tanpa menoleh kebelakang untuk mencari peluang melarikan diri kerana hidup kita di dunia ini hanyalah semata-mata sebagai Melaksanakan Tugas yang telah diAmanahkan kepada kita dan juga untuk beribadah kepada Allah SWT.... TIDAK ADA KEJAYAAN TANPA MUJAHADAH

Well
Berapa Ramai Orang yang Hidup di Muka Bumi Allah SWT
Yang tidak pernah jatuh tersungkur
Di atas tanah

Rasanya... Semua Hamba Allah pernah Jatuh tersungkur
Cium Tanah

(^_^)

Itulah Kehidupan kita
Selalu sahaja mengalami kejatuhan, Kemunduran. Kekalahan. Dan Lain-lain
Kerana kita takkan mengecapi Kejayaan tanpa kita terlebih dahulu mengenal kesusahan
Pabila kita mengenali Susah
Sudah semestinya kita akan terus dapat mengenali kejayaan dan merasa kemanisannya

Namun

(>_<)
Berapa ramai diantara kita pabila Jatuh
Dapat bangkit semula
Punya Kekuatan untuk Berdiri kembali
Berusaha untuk Kembali ke landasan semula

Berapa Ramai???

Kebanyakkan daripada Muslimin dan Muslimat pada masa ini
Pabila Jatuh buat kali pertamanya
Maka Hilanglah semangat Juang Mereka
Untuk meneruskan Kehidupan
Seolah-olah
Inilah penamat bagi segala-segalanya

Hey,
Dont worry be Happy
Jangan mudah berputus asa
Do not Give up so easily
Ada
Hikmah disebalik kejadian yang berlaku

(^________^)

Mungkin
Kita Jatuh
Kerana Allah SWT hendak memberi tarbiah kepada hambanya
Agar kita dapat mempertingkatkan usaha dan keyakinan kepada-Nya
Dan
Mungkin kita ada melakukan dosa tanpa kita sedari
Or
Mungkin juga
Agar kita tidak takabur kepada Allah SWT
Kerana Seandainya kita terlebih dahulu mendapat kemenangan
 Kemungkinan besar kita akan menjadi riak dan melupakan Allah SWT
...Wuallahuallam...

Ingatlah Bahawasanya

Allah SWT telah pun memberikan kita kemenangan

Tak percaya??

Believe it or not

" Sesungguhnya Kami telah memberikan kamu kemenangan yang Nyata"
Surah Al-Fath ayat 1

Jadi tak perlulah nak bersedih

"Lah Tahzan Sesungguhnya Allah Bersama Dengan Kita"

Tapi sebelum kita mendapat kemenangan
Kita kena ada usaha yang Gigih, Doa, Tawakkal
Insya Allah
Kita menggapai sesuatu yang Kejayaan yang punya kemanisan

HIDUP MESTI DITERUSKAN UNTUK MENCARI KEREDHAAN ALLAH SWT...TERUS...TERUS...DAN TERUS...SEHINGGALAH ROH BERPISAH DARIPADA JASAD.

~Renung-renungkan~

Tuesday 17 January 2012

MAAFKAN AKU KERANA TIDAK BISA MENJADI SAHABAT YANG BAIK

SEORANG SAHABAT YANG BAIK ADALAH APABILA KAMU BERSAMA DENGANNYA, KAMU MERASAKAN DIRI DEKAT DENGAN ALLAH SWT

Diri ini punya seorang sahabat yang telah lama bersama dalam menjalani layar kehidupan
Sejak di bangku Sekolah lagi..
Pelbagai suka dan duka yang telah kami hadapi..
Merasakan Manis dan Pahit sebuah persahabatan yang telah terjalin.
Sedangkan Lidah sendiri tergigit
Inikan lagi

SAHABAT...

Tidak disangka-sangka
Mempunyai takdir yang sama untuk
Masuk ke dalam Universiti yang sama
Hubungan Persahabatan
Alhamdulillah masih dapat dikekalkan

Tapi,

Sebagai sahabat dan saudara se Islam
Dapat dirasakan bahawa diri ini sudah jauh menemui kegagalan
Kerana diri ini tidak bisa untuk menegur seorang
Sahabat yang Sejati
Yang telah hanyut dibuai 
Percintaan yang penuh dengan lorong-lorong Kemaksiatan

Diri ini yakin bahawa 
Si Sahabat bisa menjaga batasnya
Namun,
Adakah pasti seorang sahabat yang hanyut di Lautan
Boleh Survive dengan sendirinya??

Walaupun,

Diri ini tidak bisa untuk menasihatinya
Kesyukuran yang tak berbelah-bagi tetap diberikan
Kepada Allah SWT
Kerana
Telah menghantar
Sahabat-sahabat yang baru
Dan
 Sanggup bersusah payah untuk menarik
Sahabat yang dikasihi
Agar
Kembali ke Pangkal Jalan

Maafkan Diri ini yang Lemah
Kerana tidak dapat bersama-sama
Untuk berjuang 
Bagi memperbetulkan Kompas Cinta Sahabat yang dikasihi

Kerana

Diri ini sudah putus asa
Namun
Insya Allah 
akan dicuba untuk membuka Thoriq-thoriq yang baru 

Untuk

Membantu Kalian Semua dalam usaha menarik semula Sahabat 
Yang di Kasihi
ke 
Pangkal Jalan
Insya Allah


Friday 6 January 2012

AZAM 2012



Tahun 2012
Baru sahaja datang
Belum lagi masuk seminggu.

Dan Kita masih lagi boleh membuat suatu azam yang baru..
Maka banyaklah di antara kita yang memasang azam
yang lebih kurang camni.

Masuk Tahun Barunie..
Saya nak belajar bersungguh-sungguh untuk jadi pelajar Cemerlang..
Bagus satu azam yang baik kerana ingin menjadi Cemerlang..

Saya Nak Ubah Perangai Saya dari Jahat ke Baik..
Alhamdulillah...ada kesedaran untuk mengubah Sikap..

Azam Seorang Peniaga...
(Saya nak melebarkan lagi empayar perniagaan saya)
Wow...Hebat...Sangat Hebat...kerana ada cita-cita untuk memperbanyakkan Sumber Pendapatan..

........................................................................................................

Tapi

.........................................................................................................
Berapa ramai di antara kita yang memasang azam..
Untuk 
Mendekatkan diri kita kepada Allah SWT
Berazam
Untuk Menghafal Nama-nama Allah
Berazam
Untuk Menghafaz Al-Quran
Berazam
Untuk Melipat-gandakan Ibadah kita kepada Allah SWT
Berazam
Untuk Mengejar Redha Allah SWT
Berazam
Mengejar Syahid Allah

Wuallahuallam...

Setiap Perbuatan yang kita lakukan
Bermula Dengan Niat...

"...Barang siapa yang berniat untuk berhijrah Semata-mata kerana Allah dan Rasulnya..maka ia akan dapat Allah dan Rasulnya..Namun, Jika ia berniat untuk berhijrah semata-mata kerana dunia..maka dia akan dapat apa yang dia inginkan..."

Hadis Riwayat Bukhari

Sekadar Renungan Bersama..