Thursday 28 November 2013

~JOM BELAJAR DARIPADA CERITA " THE LORAX "~

 


 Alhamdulillah segala puji bagi Allah SWT kerana masih memberikan kehidupan kepada kita semua untuk berkhidmat kepada agama Allah SWT dan menunaikan kewajiban kita sebagai Hamba dan juga Khalifah di muka bumi Allah SWT. Salam dan juga Selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW serta keluarga baginda SAW dan para Sahabat. 

Baiklah, entry saya kali ini adalah ingin berkongsikan tentang sebuah cerita animasi yang banyak pengajaran dan mesej yang boleh kita ambil untuk mematangkan fikiran kita dan memberikan kita satu asbab untuk keluar dari kerangka kotak pemikiran kita yang masih terperap lama di dalam sabut kelapa bukan tujuan untuk memartabatkan filem barat tetapi agar kita dapat mengambil intipati yang bermanfaat untuk diamalkan bersama. Benda yang baik datang dari luar kita haruslah kita ambil meskipun ia bukan dari negara kita kerana semua yang baik itu datangnya daripada Islam, cuma dunia sudah terbalik kita hanya mengambil benda yang buruk dari negara luar sebagai pedoman hidup kita yang akhirnya membinasakan diri kita, Adeiii....

~HIDUPAN DI HUTAN TRUFFULA TREE~
The Lorax, adalah sebuah cerita animasi yang saya lihat mempunyai potensi untuk menyedarkan kita tentang betapa kita amat bergantung harap dengan kurniaan Allah SWT iaini Alam semula jadi yang berada di sekitar kita terutamanya tanaman seperti pepohon kayu atau bahasa kamusnya "Pokok Kayu" he3.. apa ada pada pokok?? Batangnyakah??, Rantingnyakah?? atau Daunnya??.. Well, kesemuanya ada tetapi satu keunikan semula jadi yang ada pada pokok yang telah Allah SWT ciptakan untuk hamba-hambanya ialah pokok dapat menyalurkan udara yang segar untuk tubuh badan manusia disamping menjadi bahan2 sampingan yang lain seperti kayu bagai dan dalam cerita The Lorax mesej yang cuba disampaikan ialah apa yang akan berlaku sekiranya Manusia menjadikan pokok kepada bahan2 sampingan secara berlebihan?? Alam Musnah, udara yang rosak merebak, maka manusia yang tidak bertanggungjawab terpaksa membuat tembok yang besar bagi mengelakkan diri mereka daripada terkena penyakit dan paling penting bagi menutup kesilapan yang telah mereka lakukan dari mata kasar generasi akan datang, dan Udara Bersih merupakan jualan yang paling laku meskipun mahal dan sebesar botol meneral RM1.00 yang telah dimonopoli oleh Syarikat "O'hare Air".Semuanya ada dalam cerita "The Lorax"

~WATAK UTAMA~
Pertama, melihat kepada watak utama ceritanya iaini Ted seorang budak sekolah rendah rasanya kot.., yang pada mulanya cuba untuk memikat hati seorang wanita yang berada di sekolah menengah bernama Audrey. Jadi, sempena dengan birthday Audrey, Ted cuba untuk merealisasikan impian Audrey untuk melihat Pokok yang betul iaini pokok Truffula. Maka, dengan usahanya yang jitu dia berjaya untuk berjumpa dengan seorang yang menyimpan bijih benih pokok yang terakhir iaini The Once-ler orang yang bertanggungjawab memusnahkan Pokok2 Truffula disebabkan kerakusan beliau untuk mengumpul harta kekayaan tapi dia sedar akan kesilapannya dan menyangka iainya sudah terlambat namun, The Lorax selaku penjaga hutan a.k.a Dewa Hutan ya kot... ha3.. cuba untuk menyedarkan beliau dan sering berkata suatu hari pasti ada orang yang akan sedar akan kepentingan pokok dalam kehidupan mereka. Setelah, mendengar kisah duka daripada The Once-ler, Ted sedar akan tanggungjawab besar yang harus dilakukan bukan setakat hadiah untuk wanita yang dicintai tetapi luar dari kerangka  hajatnya iaitu cuba menyakinkan dan menyedarkan masyarakat Thneedville untuk memelihara alam semula jadi.

Makanya, kita sebagai seorang Islam, harus fikir luar dari kerangka pemikiran kita bukan takat berfikir dalam kotak kita sahaja tapi sebaliknya dan sebelum kita melakukan suatu benda yang bermanfaat kita harus ingat bahawasanya niat kita kena betul jika tidak iainya adalah suatu yang sia2 ada lebih baiknya kita mencari kebenaran di atas suatu manfaat atau kebaikan yang cuba kita lakukan. Insya Allah dengan keikhlasan kita mencari kebenaran pasti akan terbukanya pintu-pintu kebenaran untuk kita masuk bagi menyedarkan diri kita, keluarga, masyarakat dan negara kita bahawa ada benda yang lebih penting untuk kita pertahankan dan menjaganya iaini Iman, Agama, Ukhwah dan kesatuan Umat.

~WATAK SAMPINGAN~
Kedua, watak asbab kepada kerosakan alam sekitar The Once-ler, memang itulah namanya lebih lanjut kena refer kepada pengarahlah sebab apa dia bagi nama gtu. Apa masalah dianie, orait pada mulanya beliau hanya seorang anak kampung yang keluar berhijrah ke tempat lain untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya dalam bidang fesyen dan sebagainya. Titik permulaan beliau bermula apabila sampai di suatu destinasi hutan Truffula, pokok yang sesuai untuk produk beliau. Kesalahan beliau menebang pokok tersebut telah memanggil Dewa Hutan iaitu The Lorax yang amat menyayangi alam sekitar untuk menghalangnya tapi peringatan Dewa Hutan tak diendahkan oleh Once. Jadi beliau sentiasa diganggu oleh The Lorax sehingga kehidupannya tak tenteram tapi selepas peristiwa Once menyelamatkan hidupan di hutan tersebut. Once dan Lorax menjadi sahabat dan beliau dibenarkan untuk menggunakan Pokok Truffula bagi menghasilkan produknya dengan syarat dia tidak menebang pokok Truffula kerana pokok tersebut tidak akan tumbuh setelah ditebang. persetujuan telah dibuat tetapi manusia mudah khianati janji bila dihadapannya harta kekayaan yang banyak dan akhirnya membawa kepada kemusnahan alam dan beliau kehilangan segala2nya termasuk sahabat baiknya maka bagi menutup kesilapannya beliau membina satu tembok yang besar mengelilingi bandar agar orang tidak tahu apa yang berlaku kepada pokok2 diluar sana. Nasihat, terakhir The Lorax untuk sahabatnya "Unless"/"Kecuali" ada orang yang menyedari kepentingan alam ini semua akan kembali normal.

What the Point??, Manusia??, Yess, memang itu adalah sifat manusia mencari dan mengumpul harta kekayaan. Tidak salah untuk kita mencari mahupun mengumpul harta kekayaan tetapi jangan sehingga kita lalai akan tanggungjawab kita sebagai seorang hamba kepada yang Maha Esa iaini Allah SWT, Allah telah menjanjikan kepada tiap2 hamba-Nya akan Rezekinya, Jodohnya, Tarikh kematian, Tempatnya di akhirat kelak dan sebagainya. Maka janganlah kita terlalu rakus untuk mengejar dunia semata2 hingga melupakan janji kita kepada Ar-Rahman. "lau dah tau semua tak perlulah kita berusaha, tengok diri kita pun dah tahu dah apa yang Allah SWT akan bagi...huuuu(mengeluh)" No, jangan sesekali kita punya pransangka yang begini tapi sentiasa bersangka baik kepada Allah SWT dan meletakkan niat kita semata-mata untuk menggapai redha Allah SWT dan kita berusaha dan terus berusaha tanpa menghiraukan apa sekalipun halangannya kerana Allah SWT kenal hamba-Nya lebih daripada Ibubapa kita mengenali diri kita. So Keep it Up, dan seterusnya saya ingin sampaikan meskipun kita pernah melakukan kesilapan yang besar jangan sesekali kita merasa down gila2 tapi kita cuba bangkit semula untuk memperbaiki semua kesilapan kita dan ada pun kita tidak mampu lakukannya dan datang seorang yang ingin memperbetulkan segala kesilapan yang dilakukan orang terdahulu maka bantulah dia dengan daya yang kita mampu. kita Insya Allah semuanya akan baik2 sahaja.
~TRUFFULA TREE~
Ketiga, Tentang tanggungjawab Keluarga  Ted dan kawannya, Grammy Norma, Ted's Mom, dan Audrey, bagaimana tiga individu ini yang hanya biasa2 sahaja tetapi menjadi supporter kepada Ted dalam usahanya menyelamatkan masyarakatnya dari terus menjadi mangsa kerakusan individu tertentu dalam memonopoli kekayaan dengan cara yang salah dan dari terus hidup dalam keadaan yang tidak sihat serta hidup dalam kejahilan tentang 'Pokok". Pada Mulanya, ibu Ted berpransangka bahawa anaknya hanya sekadar berjenaka dan bercakap tentang suatu yang tidak logik iaini "Pokok". Tapi, Grammy Norma selaku nenek kepada Ted pernah hidup di zaman ketika bumi masih lagi dipenuhi Pokok2 Truffula dan bila dia melihat timbulnya kesedaran dalam diri Ted untuk mencari kebenaran yang tersembunyi disebalik kemusnahan Pokok dan mengapa keluarnya Larangan dari kerajaannya untuk tidak membenarkan masyarakat Thneedville keluar daripada tembok yang dibina untuk melihat dunia luar. Selepas kedua2 Individu ini mendapat tahu Pokok sebenarnya wujud dan Ted berusaha dalam merealisasikan Impiannya bagi menyelamatkan Masyarakat Thneedville mereka terus berusaha dan menggunakan segala kekuatan mereka untuk membatu Ted. Mala, Audrey selaku sahabatnya juga turut membantu Ted dari segi suntikan moral agar Ted tidak berputus asa meskipun dikecam oleh pihak berkuasa disebabkan dia menyimpan bijih benih Truffula yang terakhir dan akhirnya, Impian mereka tercapai dan masyarakat Thneedville dapat menikmati udara yang segar tanpa bayar sesen pun.

Melihat pada perspektif Islam, bagaimana hebatnya pengaruh dan suntikan semangat yang dapat diberikan oleh keluarga dan sahabat2 yang berada di sekeliling kita di dalam kita berusaha melakukan suatu kebaikkan ataupun suatu penghijrahan ke arah yang lebih baik. Bila dikaji dengan lebih detail apabila seorang ibu sentiasa mendoakan kebaikkan kepada anak-anaknya dan sentiasa memberikan kata2 semangat kepada anaknya untuk terus tidak berputus asa dalam melakukan suatu kebaikkan yang mulia di sisi Allah SWT tanpa henti2, maka si anak tadi Insya Allah akan berjaya dalam melakukan kebaikkan yang diidam-idamkan meskipun seribu halangan yang datang bagi menghalang langkah kakinya. Namun, dengan berbekalkan Doa, semangat, Ijtihad serta Doa dan suntikan semangat daripada seorang ibu, nescaya ia tidak akan gentar tetapi terus mara ke hadapan. Bagaimana pula jika kita melihat dari sudut hebatnya pengaruh seorang sahabat ini di dalam corak kehidupan kita, Allah SWT tidak menciptakan diri kita untuk hidup dengan sendirinya tanpa pergantungan dan bantuan daripada orang lain, Jadi jika kita berjaya memilih sahabat yang betul dan baik nescaya dia akan menjadi "Guide-line" kepada kita untuk terus memperbaiki diri dan menjadi "supporter"  dalam kita melakukan kebaikkan serta memberi manfaat kepada orang di sekeliling kita Insya Allah, maka sebagai seorang manusia kita perlu bijak dalam memilih siapa yang layak kita jadikan sahabat yang baik taklah semestinya kita meninggalkan sahabat2 yang kurang baik tetapi biarlah kita menjadi 'Role model" atau asbab kepada mereka untuk berhijrah dan bersama-sama dengan kita dalam melakukan kebaikkan. jangan saja kita yang terikut jadi tak baik sudah...he3..

~O'HARE~
Dan point saya yang terakhir, ialah Tanggungjawab sebuah pemerintah/kerajaan yang diabaikan. Dalam cerita 'The Lorax" O'hare merupakan orang yang bertanggungjawab dalam memberikan masyarakat Thneedville sumber udara yang bersih tapi semestinya dengan bayaran bukan secara percuma dan juga beliau merangkap sebagai seorang pemerintah/kerajaan untuk menjaga kebajikan masyarakatnya. Namun, lama-kelamaan niat asalya untuk membantu masyarakatnya mula berubah ke arah untuk mengambil kesempatan ke atas masyarakatnya dengan menaikkan kadar harga jualan satu botol udara. Tidak cukup sekadar itu, beliau turut mengecilkan kapasiti udara di dalam botol yang pada asalnya botol besar kepada botol kecil dan melalui perbuatannya ini pengeluaran botol plastik yang banyak telah mengakibatkan pencemaran alam kian bertambah. Bagi menutup perbuatan jahatnya. Dia telah mengeluarkan Larangan kepada masyarakatnya untuk keluar daripada tembok besar yang menutupi bandar mereka dan larangan untuk menyimpan bijih benih pokok Truffula, Serta menyebarkan berita palsu bahawasanya Pokok adalah suatu benda yang boleh membawa kemudharatan kepada manusia. Namun, akhirnya niat jahat beliau berjaya dibongkar oleh Ted, dan masyarakat Thneedville bersetuju untuk menyingkirkannya sebagai Pemerintah/kerajaan..

Kita kaji balik sejarah Islam, Zaman Rasulullah, Khulafah Ar-rasyidin, Empayar Bani Umaiyyah, Abbasyiah, dan Uthmania. Bagaimana Pemerintah pada empat-empat zaman ini telah bertungkus lumus dalam menjaga kebajikan Rakyat mereka, Amanah yang telah diberikan oleh Allah SWT kepada para pemimpin ini, Rasulullah SAW sentiasa mengutamakan umat Islam dalam apa hal keadaan sekalipun biarlah Baginda SAW hidup dalam serba kekurangan yang penting Umat Islam yang lain tidak merana. Bagaimana pula ketika Zaman Saidina Umar Al-khattab, beliau selaku Khalifah/pemerintah/Amirul Mukminin sanggup keluar setiap malam untuk melihat kehidupan rakyatnya dan memastikan tidak ada seorang pun yang merana sehingga ada riwayat yang mengatakan bahawasanya ketika Saidina Umar Al-Khattab mendapati ada sebuah rumah di mana dalam rumah tersebut adanya keluarga yang hidup dalam kedhaiffan tidak punya makan dan minum anak2nya mengangis kelaparan dan si Ibu hanya masak batu untuk memujuk anak2nya agar tidak menangis bila sahaja Saidina Umar Al-khattab mengetahuinya beliau terus pergi ke Baitul Mal tanpa melengah2kan masa dan mengambil keperluan2 asas untuk diberikan kepada keluarga itu tidak cukup dengan itu beliau turut memasakkan makanan untuk diberikan kepada keluarga itu. Betapa hebatnya Pemimpin2 Islam. Saidina Umar Abdul Aziz, Khalifah kerajaan Bani Umaiyyah bagaimana setelah beliau dilantik menjadi khalifah kehidupan beliau terus berubah dari bermewah2 kepada sederhana. sehingga ada riwayat yang mengatakan dalam waktu beliau memerintah tidak ada seorang pun rakyat yang layak menerima zakat kerana kehidupan rakyatnya semua serbah lengkap. Subahan Allah, betapa hebatnya pemimpin2 Islam ketika itu. Namun, agak menyedihkan pada zaman kita ini di mana para pemimpin sekarang lebih mengutamakan diri mereka berbanding rakyat di bawah jagaan mereka dan mereka tidak mengindahkan Amanah yang telah diberikan oleh Allah SWT.( Pemimpin sekarang lebih kurang sama dengan O'hare dalam cerita "The Lorax" suka mengambil kesempatan ) saya tidak maksudkan semua pemimpin begitu tetapi ada sebilangan pemimpin yang bersikap begini tak kisahlah dia Muslim sekali pun..Moga2 Allah SWT memberikan para pemimpin sebegini untuk sedar akan amanah yang mereka pikul dan menjadi seorang pemimpin yang mengutamakan rakyatnya..Insya Allah, Renungan bersama.

~THNEEDVILLE~
Akhir Kalam, Demi Allah SWT saya hanya menyampaikan apa yang terbuku di hati dan pandangan saya untuk kalian para pembaca menilai baik buruknya dan saya juga ingin membawa para pembaca semua untuk berfikir dari luar kotak pemikiran kita bahawasanya Islam adalah suatu agama yang fleksibel dan sesuai dengan peredaran zaman, serta Islam itu mudah tapi janganlah kita permudah-mudahkanya. Dalam kita membuat sesuatu pandangan mestilah tidak lari daripada "Guide-Line" yang telah diberikan dalam Islam iaitu  tidak mencari satu titik kelemahan untuk menjatuhkan orang lain tidak terpengaruh dan berpandukan hawa nafsu tetapi biarlah untuk mencari satu jalan penyelesaian dan adanya ibrah (pengajaran) dan Islah (pembaikkan) buat pedoman untuk memperbaiki diri kita dari hari ke hari, Insya Allah. Saya juga memohon maaf jika entry saya pada kali ini telah menyentuh sensitivi mana-mana pihak dan jika saya memberikan info yang salah silalah tegur saya ("Baru Sweet" orang kata, ha3) agar saya dapat memperbaiki kesilapan saya janganlah dihina mahupun dicaci. Biar kita saling ingat memperingati. Insya Allah moga kita semua dapat manfaat daripada entry yang telah saya nukilkan. Wuallahuallam.