Wednesday, 21 December 2011

APAKAH HIKMAHNYA KU MENDAPAT JAWATAN??


Bertarikh 21 Disember 2011

Ana telah terpilih untuk menjadi Exco Dakwah dan Tarbiyyah
bagi Syu'bah Dip.Pengajian Islam Sejarah Dan Tamadun Islam
(SEJATI)
Bila nampak dari segi Zahirnya..
Memang orang kata baguslah 2..Syukurlah..Alhamdulillah..
tapi pada batinnya..
Jawatan ini adalah amat berat bagi ana untuk menerimanya
bila sahaja ana mendapat khabar bahawa ana bakal menjawat
jawatan ini
Ana terus berasa takut, sedih, dan kecewa.
Bagaimana orang macam ana boleh dipilih oleh kawan-kawan ana
apakah mereka tidak melihat diri ana ini macammana??
apakah mereka hanya melihat ana dari segi luaran yang hanya punya kopiah di atas kepala??
atau..
apakah kawan-kawan ana ingat ananie adalah calon sesuai untuk memberi dakwah dan tarbiyyah??
Sedangkan diri ini punya banyak keaibban yang telah disembunyikan oleh Allah SWT daripada mata kasar sekeliling...
Terus terang ana katakan... Ana tidak suka untuk menyandang..mana-mana jawatan
mahupun sebagai sorang AJK sekalipun.. kerana ana bukannya orang yang boleh melaksanakan tugas..
boleh memberikan komitmen dalam satu Organisasi..
Ana takut dalam menyandang Jawatan sebegini
kerana apa akan ana jawab kepada Allah SWT..
andainya..ana gagal melaksanakan Tugas yang di Amanahkan...
Wahai Sahabat
Benda ini bukannya satu permainan
benda ini punya tanggungjawab yang besar duhai sahabat-sahabat yang disayangi..
Inilah yang membuatkan ana untuk fikir balik..bahawa ana bukanlah orang yang layak dalam menyandang jawatan ini..
Namun, Ana kena akur juga, kerana apa yang ana boleh lakukan sekiranya ini adalah pilihan Allah SWT..
Kerana walaupun kita merancang..Allah SWT juga telah membuat perancangannya untuk kita..
dan sebaik-baik Perancangan adalah Allah SWT..
Ana percaya bahawa setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmahnya..
Tetapi ana sendiri tidak tahu apakah hikmahnya... 
Ana berdoa agar Allah SWT membantu ana untuk mencari dan mendapatkan hikmah tersebut..
dan
Akhir sekali, Duhai Sahabat-sahabat.. sekirannya ana melakukan satu kebaikkan..janganlah diberikan pujian kepada diri ini...kerana ia boleh menyebabkan hati ana berubah.. dan ana tidak mahu itu berlaku...Insya Allah..
dan 
Sekiranya ana ada melakukan kesilapan..janganlah ditengking, dicaci, dihina, dibenci diri ini.. kerana ana juga manusia yang punya perasaan.. tegurlah ana dengan berhemah..Insya Allah ana akan terimanya dengan hati yang terbuka..

RINTIHAN DARI SEORANG HAMBA YANG BERGELOMANG DOSA

2 comments:

Scha Raney said...

sentiasa ingat, Allah SWT membantu mereka yang membantu diri mereka sendiri, jd.. persiapkan diri dan biarkan Allah menentukan segalanya. wallahualam.ok

Ibnu Jaafar said...

Hahaha...Terima Kasih Kak.. atas peringatan ini..Insya Allah Diri ini akan cuba buat yang terbaik...Insya Allah