Friday, 10 August 2012

~TANGISAN ROHINGYA~


Bagaimana rasanya jika kita berada di tempat mereka....
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam tiada yang layak disembah melainkan Allah SWT. Terlebih dahulu ana bersyukur kerana Allah SWT telah memberikan ana ilham pada bulan yang mulia ini iaitu bulan Ramadan untuk melakar Tintah Emas dalam entry ana kali ini...

Baiklah, Muslimin dan Muslimah, Akhi dan Ukhti, dan Saudara seIslam sekalian. Pernahkah kita bersyukur dengan kehidupan yang kita lalui selama ini sebagai Muslim di dalam Negara Malaysia..Negara yang Aman dan Damai.. Terkenal dengan Ukhwah di antara rakyatnya tanpa mengira bangsa dan agama, kita still dapat hidup bersama di dalam sebuah Negara..Alhamdulillah.. Demikian juga, kita dapat beribadah dengan tenang tanpa sebarang gangguan melainkan pada penghujung bulan Ramadan ketika solat tarawih kita akan mendengar dentuman dan sorakan mercun bergema di langit sehingga kita yang bersembayang pun merasakan berada di medan peperangan..dan selepas itu keluarlah di dada akhbar angka maut dan cedera parah disebabkan oleh mercun...Wa Nauzubillah..

Lah Tahzan...Allah bersama Kalian...
Namun, Duhai Saudara seIslam ku... Dalam kita menikmati Keindahan Islam di Negara Malaysia ini.. Dalam kita menjalankan Ibadat Puasa kita di bulan Ramadan yang mulia ini dengan kegembiraan... Tangisan anak-anak Rohingya telah pun kedengaran di seluruh pelusuk dunia. Samada, di dada akhbar mahupun di kaca tv, youtube, papan-papan Blog...yang menceritakan tentang kesengsaraan yang dialami saudara seIslam kita di Rohingya, Myanmar. Mereka tidak dapat menikmati Keselesaan beribadah seperti kita di Malaysia... Kerana, mereka sering dihujani dengan peluru-peluru daripada Extremis Anti-Islam di Mynmar.. Dengan puluhan ribu menjadi tubuh kakuh tidak bernyawa, dengan anak-anak kecil turut menjadi korban meskipun mereka tidak dapat memberi apa-apa ancaman kepada mereka.. Serta wanita-wanita Islam dijadikan pelepas nafsu Syaitan mereka...Astaghfirullah al-azim...Apa yang Kalian lihat pada mata hati kalian...

Namun, Hal sebegini tidak diperbesar-besarkan oleh Media Massa. malah, cuba disembunyikan daripada mata kasar Dunia.. Sehingga Dunia menyangkahkan bahawa rohingya adalah pemberontak yang wajib di hapuskan sehingga memaksa saudara seIslam kita di Rohingya melarikan diri bagi mendapatkan perlindungan.. Masa ini apa yang kita lihat...apa kata hati kita ini... apa tindakan kita... Memang benar..kita tidak mampu untuk membantu mereka dari sudut fizikal.. Namun, Insya Allah kita mampu membuka mata dunia untuk membantu saudara seIslam kita di Rohingya..Insya Allah... kita doakan saudara seIslam kita di Rohingya mendapat perlindungan daripada Allah SWT...AMIN YA RABBAL AL-LAMIN...

Gambaran Pelukis tentang situasi yang dialami oleh umat Islam
yang berada di Rohingya
Akhir Kalam, 
Entry ini tidak bermaksud untuk mennyentuh perasaan mana-mana pihak tetapi sebagai renungan kita bersama. Untuk memberikan kita kesedaran bahawa dalam kita berseronok melihat Atlet-atlet di seluruh negara bertanding dalam Olimpik..seronok melihat mereka mendapat pingat Emas, Perak, Gangsa.. Sehingga membuatkan kita lupa bahawa...Saudara seIslam kita telah merana tetapi dalam mereka merena akibat kekejaman yang dilakukan oleh Musuh-musuh Islam...

Allah SWT telah pun memberikan mereka Pingat Syahid...Lebih bermakna dan berharga daripada pingat-pingat di Olimpik...Wuallahuallam....


DUHAI  ROHINGYA,
USAHLAH BERSEDIH 
BERSYUKURLAH KALIAN KERANA MENJADI INSAN TERPILIH
DIPILIH OLEH ALLAH SWT BAGI MENYANDANG PINGAT SYAHID
YANG MENJADI IMPIAN SETIAP MUKMIN
BARAKALLAH KE ATAS KALIAN SAUDARA SEISLAMKU DI ROHINGYA
ALLAH SWT BERSAMA KALIAN..



No comments: