SEORANG SAHABAT YANG BAIK ADALAH APABILA KAMU BERSAMA DENGANNYA, KAMU MERASAKAN DIRI DEKAT DENGAN ALLAH SWT |
Diri ini punya seorang sahabat yang telah lama bersama dalam menjalani layar kehidupan
Sejak di bangku Sekolah lagi..
Pelbagai suka dan duka yang telah kami hadapi..
Merasakan Manis dan Pahit sebuah persahabatan yang telah terjalin.
Sedangkan Lidah sendiri tergigit
Inikan lagi
SAHABAT...
Tidak disangka-sangka
Mempunyai takdir yang sama untuk
Masuk ke dalam Universiti yang sama
Hubungan Persahabatan
Alhamdulillah masih dapat dikekalkan
Tapi,
Sebagai sahabat dan saudara se Islam
Dapat dirasakan bahawa diri ini sudah jauh menemui kegagalan
Kerana diri ini tidak bisa untuk menegur seorang
Sahabat yang Sejati
Yang telah hanyut dibuai
Percintaan yang penuh dengan lorong-lorong Kemaksiatan
Diri ini yakin bahawa
Si Sahabat bisa menjaga batasnya
Namun,
Adakah pasti seorang sahabat yang hanyut di Lautan
Boleh Survive dengan sendirinya??
Walaupun,
Diri ini tidak bisa untuk menasihatinya
Kesyukuran yang tak berbelah-bagi tetap diberikan
Kepada Allah SWT
Kerana
Telah menghantar
Sahabat-sahabat yang baru
Dan
Sanggup bersusah payah untuk menarik
Sahabat yang dikasihi
Agar
Kembali ke Pangkal Jalan
Maafkan Diri ini yang Lemah
Kerana tidak dapat bersama-sama
Untuk berjuang
Bagi memperbetulkan Kompas Cinta Sahabat yang dikasihi
Kerana
Diri ini sudah putus asa
Namun
Insya Allah
akan dicuba untuk membuka Thoriq-thoriq yang baru
Untuk
Membantu Kalian Semua dalam usaha menarik semula Sahabat
Yang di Kasihi
ke
Pangkal Jalan
Insya Allah
No comments:
Post a Comment