Menjaga hubungan dengan Allah SWT adalah wajib bagi seorang pendakwah |
~Berdakwah sememangnya merupakan thoriq untuk kita menyebarkan syiar Islam~
Zaman Rasulullah SAW dan Para Sahabat dahulu
Mereka mengorbankan masa mereka lebih banyak untuk keluar berdakwah
Di Thoriq-thoriq Allah
Kerena mereka merasakan ini merupakan satu Amanah yang sangat Besar daripada Allah SWT
Dan bermacam-macam halangan dan cabaran yang telah mereka lalui
Hanya kerana semata-mata ingin menyebarkan Syiar Islam di seluruh Dunia
Dan apabila kita melihat Sejarah Para Sahabat yang keluar dari bumi Arab untuk menyebarkan Syiar Islam Di
China, Ratusan sahabat yang keluar...
Namun, Hanya berapa orang sahaja yang betul-betul sampai ke China dan salah-seorang daripada
Sahabat yang Selamat sampai ke China ialah
Saad Abu Waqas..
Kita dapat Lihat disini bahawa betapa tingginya pengorbanan Para Sahabat dalam medan Dakwah
Baiklah,
Pabila kita lihat konteks Dakwah sekarang tersangatlah mudah
Kerana kita punya Banyak Cara dan tempat dalam menyampaikan mesej dakwah kita
Lebih-lebih lagi dengan kemudahan Internet yang sedia ada yang dapat mempermudahkan kita untuk berdakwah
Tapi,
Apa yang ingin ditekankan disini ialah kita sering menyampaikan mesej dakwah kita
Misal katanya,
"Kita seharusnya berbuat begini..."
"Sebagai seorang Islam kita tidak seharusnya begini...."
"Seorang wanita ibarat begini..."
Dan macam-macam lagi,
Tapi,
Pernahkah kita melihat pada diri kita
Apakah diri kita ini juga sama mengikuti seperti mana mesej yang telah kita postkan??
Adakah Hubungan antara kita dan Allah SWT terjaga??
Kita ingin memberikan peringatan kepada orang tetapi jangan terlupa akan peringatan untuk diri kita...
Kerana Sebagai seorang pendakwah
Perkara asas yang utama perlu ada dalam dirinya
Ialah,
Menjaga Hubungannya dengan Allah SWT
Saya tidak bermaksud untuk memburuk-burukkan orang yang berdakwah
Atau
Untuk melemahkan Semangat orang-orang yang berdakwah
Tetapi
Saya ingin kita semua untuk muhasabah semula diri kita mencari dimana silap kita dalam berdakwah
Yang harus kita perbaiki sebelum terjun semula ke medan dakwah
Saya sangat-sangat berterima kasih kepada Sahabat yang menyedarkan saya
dalam medan berdakwah
kerana apabila direnung-renungkan balik
Banyak kelemahan yang harus saya baiki
Kepada Sahabat-sahabat yang berada dalam medan dakwah
Teruskanlah Usaha dalam menyebarkan Syiar Islam
dan
Disamping itu juga bersama-samalah kita berusaha
untuk memperbaiki kelemahan kita dan seterusnya menjaga hubungan
Di antara kita dengan Allah SWT
~Seribu kemaafan saya ucapkan andai post saya ini menyakiti hati mana-mana Pihak~
No comments:
Post a Comment