Monday, 6 February 2012

~JOM BELAJAR DARIPADA GAME HARVEST MOON HERO OF LEAF VALLEY~


Baiklah Para Sahabat yang kasihi
Hari ini saya hendak membawa anda semua untuk
Belajar daripada satu game yang banyak pengajaran bleh kita ambil

Gamenya adalah,

HARVEST MOON HERO OF LEAF VALLEY

Sebenarnya game nie memang tak asing lagi
Kerana kebanyakkan semua orang dah tahu gamenie
Melibatkan kita sebagai watak utama
Orang bandar

Satu Permulaan....
 Tapi Setelah mendapat khabar tentang kematian Datuknya yang tercinta
Dia Telah pulang ke kampung untuk mengambil alih
Ladang Datuknya di Kampung Gula atau Sugar Village
Dan tugas kita ialah menjadi Peladang dan Penternak yang berjaya..

Beberapa Watak-watak dalam Harvest Moon: HOLV

Jadi apa yang menarik disini ialah
Sebuah Syarikat telah datang untuk memusnahkan 
Kampung Gula
Watak Utama telah memainkan peranannya
Untuk menyelamatkan Kampung Datuknya yang tercinta

Samalah juga dengan situasi kita sebagai umat Islam
Andaikan datang satu anasir jahat untuk memusnahkan Islam
Apa yang akan kita lakukan... Mestilah kita akan cuba sedaya upaya untuk
Menyelamatkan Agama Islam yang tercinta

Becucuk Tanam..
Seterusnya, Dalam Gamenie juga watak utama perlu
Menjalinkan ukhwah yang erat di antara penduduk Kampung Gula
Agar mereka turut membantu kita menyelamatkan
Kampung Gula yang tercinta.

Situasi kita pula, dalam perjuangan kita membelah Islam
Kita perlu menjalinkan Persaudaraan dengan Sesama Islam
Kita merapatkan ukhwah di antara kita semua 
Saudara Sesama Islam
Kerana Kapahitan sama-sama kita telan 
Kemanisan sama-sama kita rasa.

Memetik Buah...
Lihat juga pada Satu situasi
Watak utama telah menyelamatkan Musuhnya
Daripada di hempap pokok
Walaupun musuhnya sentiasa mencari jalan 
Untuk memusnahkan Kampung Gula
Tetapi watak utama tetap memberikan Senyuman kepada Musuhnya
Sehinggalah akhirnya, Musuhnya Menjadi Baik

Konteks tetap sama seperti yang Rasulullah SAW telah ajar kita umatnya
Bahawa kita perlu tunjukkan kebaikkan kepada musuh kita
Walaupun kita diberikan najis, kita tetap berikan Bunga kepadanya
Insya Allah...dengan kelakuan kita yang ikhlas seperti ini 
Akan membuka pintu Hidayah Mereka..
Insya Allah

Menternak Binatang..
Aktiviti Lain...
Dalam Game ini juga,
Watak utama perlu berusaha untuk 
Mencari Sumber Rezeki
Seperti Bercucuk tanam, Menternak, Melombong dan memetik Buah-buahan
Bestkan..

Samalah dalam konteks kita sekarang..
Sebagai Umat Islam kita haruslah berusaha
Untuk mencari Sumber Rezeki yang halal meskipun hanya sedikit
Kerana dengan Usaha kita yang berterusan 
Insya Allah...Kita akan mendapat bantuan daripada 
Allah SWT... Yang penting Niat kita
Semata-mata hanya kerana Allah SWT..

Banyak lagi tapi cukuplah Setakat yang dapat dikongsi dan yang terakhir

MY FAVORITE
Pilih Bakal Suri Rumah...

Dan Kahwin...
Dalam Gamenie Watak Utama perlu mencari Seorang Wanita untuk
Dijadikan Suri Rumah atau Isteri yang menjadi peneman sepanjang hayatnya...
Dan yang best dalam gameni... Tak da Istilah Couple
Tapi terus membawa kepada alam Perkahwinan
Ok apa....tapi malangnya takda Poligami..he3

(^_^)
Just Kidding..

Samalah dalam konteks kita Umat Islam
Sebenarnya, Takda Istilah Couple dalam Islam
Kerana Rasulullah SAW mengajar kita untuk terus datang 
Melamar seorang wanita yang telah mengetuk pintu Hati Kita
NO COUPLE BEFORE NIKAH
Ramai para Ustaz, Senior, Kawan 
Cakap Cinta selepas Nikah Sangat MANIS..

So..

Aku pun nak cubalah...He3
Insya Allah

Nak main game biarlah game yang bermanfaat 
Tapi, lau main game sampai lalai
Tak da guna juga

~Jom kita renung-renungkan bersama~

5 comments:

FarhanizaMohammad said...

wauu menarik ko punya post kali neh..msk ngan tema ...seriosly so interesting...wonderful...dakwah in blog..teruskan u good work~~

Ibnu Jaafar said...

Alhamdulillah...terima kasih...Insya Allah..akan dicuba untuk meningkatkan usaha dalam dakwah melalui blog... Insya Allah...Sekali lagi Terima Kasih..

Bukan Bidadari Dunia said...

Alhamdulillah...ada jugak org yang berfikiran jauh cmne...x sangka dari game banyak sebenarnya yang boleh dijadikan pengajaran dan pelajaran...^_^..tQ 4 sharing...

p/s:nak post kat fb boleh?

Scha Raney said...

suka post ni..pngtahuan baru..

Ibnu Jaafar said...

syafazinierra...Terima Kasih..Saya sebagai admin membenarkan...

Anie...Terima Kasih...