Saturday, 4 February 2012

~MAULIDUR RASUL, HARI PENUH MAKNA~


Alhamdulillah
Segala puji bagi Allah SWT 
Kerana masih memberikan saya peluang untuk bernafas
Di Atas Muka Bumi ini
Walaupun,
Ianya bukanlah kekal selama-lamanya

Pada Tarikh Hari ini bersamaan
5 Februari 2012/12 Rabiul Awwal 1443
Hari Ahad
Merupakan Hari yang penuh makna kepada Umat Islam
Iaitu

"MAULIDUR RASUL"

Dalam konteks sambutan Maulidur Rasul ialah
Kita mengimbau kembali sejarah Zaman Rasulullah SAW
Daripada Kelahiran Baginda disambut dengan penuh Barakah daripada Allah SWT
Sehinggalah Baginda diangkat menjadi Rasul untuk menyebarkan Syiar Islam
Baginda menghadapi pelbagai tentangan daripada Musuh-musuh Islam
Dalam Usaha Baginda
Untuk menyebarkan Syiar Islam di seluruh pelosok Dunia

Dengan Jasa dan Pengorbanan Baginda
Para Sahabat dalam memperjuangkan Syiar Islam
Akhirnya Dengan Izin Allah SWT
Islam telah berjaya tersebar di seluruh Dunia
Alhamdulillah

Namun, Kita lihat sahaja Umat Islam di hari ini
Apakah jika Rasulullah SAW ada bersama kita sekarang
Baginda akan gembira melihat keadaan Umatnya sekarang
Dengan Maksiat berleluasa

Wahai Muslimin dan Muslimat sekarang 
Banyak Umat Islam pada Zaman ini
Suka untuk membahaskan Masalah pada Ranting
Sehingga musuh-musuh Islam mudah untuk menghacurkan
Kita semua dari dalam.

Andaikan kita kata
Bahawasanya

"Aku Cinta Akan Rasulullah"

Apa buktinya yang kita cinta akan Rasulullah SAW
Apa Usaha kita dalam membuktikan bahawa kita Cinta akan Rasulullah SAW

Adakah dengan kita menyatakan kita Cinta Rasulullah dari mulut
Cukup menjadi bukti??

Adakah dengan kita menampal-nampalkan Poster Saya Cinta Rasulullah 
Cukup menjadi bukti??

Adakah dengan kita berarak berselawat jauh berbatu-batu
Cukup menjadi bukti??

Sampai bila kita mahu lihat Agama kita yang tercinta
ini menangis....

Peringatan ini juga saya tujukan kepada diri saya yang sering terleka dengan Tipu Daya Dunia

~Renung-renungkan~

No comments: