Pada Hari ini berapa ramai antara kita
Umat Nabi Muhammad SAW
Mengatakan bahawa kita Cinta akan Rasulullah SAW
Kita Ingin mendampingi Rasulullah SAW
Kita Ingin Sentiasa bersama dengan Rasulullah SAW
Sangat mudah untuk kita mengatakan CINTA akan kepada Rasulullah
Namun,
Berapa Ramai...Berapa Ramai...Berapa Ramai
Yang dapat membuktikan akan kebenarannya
Bahawa dia cinta akan kepada Rasulullah SAW
Apa Buktinya,
Bagaimana bisa kita berkata bahawa kita Cinta Akan Kepada Rasulullah SAW
Andai kita tidak mengikuti Perintah Allah SWT
Andai kita tidak mengikuti Sunnah Baginda
Andai kita tidak Bershalawat kepada Baginda
Andai kita tidak berakhlak Baik
Jika demikian,
Itu Semua hanyalah Omong-omong Kosong
Hanyalah Dusta semata-mata
Kita telah menipu diri kita sendiri
Hatta,
Berapa Ramai diantara kita apabila disebut nama Baginda
NABI MUHAMMAD SAW
Bergetar hati ini
Berasa sebak di dada
Kerana Sangat Rindu dan Sayang kepada
Baginda
Baginda
Rasulullah SAW
Cuba kita kembali kepada dalam Sirah Rasulullah SAW
Dimana ketika Penduduk Madinah mendapat khabar bahawa Umat Islam telah mengalami
Kekalahan dalam Perang Uhud
Seluruh penduduk Madinah serta merta ingin turun ke medan Uhud untuk membantu Rasulullah SAW dan Tentera Muslimin yang lain
Salah satunya,
Seorang Srikandi Islam
Bernama
Nusaibah Binti Ka'ab
Apa yang telah beliau lakukan
Beliau telah bertanyakan kepada tentera Muslimin
"Di mana Kekasih ku, Rasulullah SAW"
Tentera itu menjawab
"Ayah Mu telah gugur Syahid duhai Nusaibah"
Apa yang dijawab oleh Nusaibah
"Aku tidak menanyakan perihal itu.Tapi, Bagaimana keadaan Kekasih ku, Rasulullah SAW"
Walaupun, Nusaibah Kehilangan Ayah, Suami dan Anaknya
Namun, Kasih beliau terhadap Rasulullah SAW
Tersangatlah Tinggi
...Subahan Allah...
Duhai,
Muslimin dan Muslimat
Yang dikasihi, Sedar tak sedar bahawa kita sebenarnya
Telah terleka dengan Tipu daya Ilusi Dunia
Sehingga kita telah melupakan
Kekasih kita
Rasulullah SAW
Sedarlah dari lamunan buaian Mimpi
Bagaimana keadaan kita
Di akhirat kelak
Apabila Rasulullah SAW
Tidak mengaku kita sebagai Umatnya
...Astaghfirullah al-Azim...
...Renungan ini saya tujukan kepada Diri saya dan kepada Muslimin dan Muslimat untuk kita bersama-sama membaiki diri kita untuk menanamkan Cinta kepada Hamba Allah SWT yang sangat Mulia dan Kekasih kita...
4 comments:
assalamualaikum w.b.t..
"Hatta,
Berapa Ramai diantara apabila disebut nama Baginda
NABI MUHAMMAD SAW
Bergetar hati ini
Berasa sebak di dada
Kerana Sangat rindu akan kepada
Rasulullah SAW"
ada pmbetuln ckit...
"Berapa Ramai diantara kita,apabila disebut nama Baginda..."
"Kerana Sangat rindu akan kepada"
akan kepada x blh dgbungkn krna perkataan akan e2 dgunakan slepas kata adjektif yg brsifat emotif..
kepada pula dgunakan utk mnyatakn sasaran yg mrujuk kpd mnusia...
btw,nie hsil karya sndirika??jika ya,tahniahla....ayat2 yg sungguh brmkna...smoga mnjdi renung2an kpd kita smua... ^__^
Waalaikumsalam w.b.t... Terima kasih Saudara/ri kerana menegur kesilapan Ana...maaflah..ana nie bukan pakar bahasa sangat jd guna bahasa pasar sahaja...dan ini memang hasil karya sendiri itu sebabnya ada kesilapan bahasa...Sekali lagi ana ucapkan Terima Kasih Kerana menegur kesilapan ana..Insya Allah selepas ini ana akan cuba perbaiki..kesilapan ini...(^_^)..Barakallah ke atas mu...
sya bkn berniat nak mmalukn...cuma nak brkongsi ilmu yg ada...sma ada d3ma +ve tau x,alhamdulillah...apa yg psti ilmu yg ada dcurahkn krna Allah S.W.T.. ^__^..-ikhlas dri seorg shbtmu-
Ya..Ana Faham apa yang saudara/ri maksudkan..dan Ana terima ia sebagai satu Tarbiah untuk diri Ana...Memang ilmu yang dicurahkan kerana Allah SWT..kerana Allah SWT yang memberikan ilmu kepada Hambanya...(^_^)..
Post a Comment