Alhamdulillah, Segala puji-pujian yang tinggi dan agung hanya untuk
Allah SWT Tuhan Sekalian Alam ini. Hidup kita dan mati kita hanya untuk Allah
SWT, Pada-Nya kita dihidupkan dan pada-Nya jugalah tempat kita kembali.
Apa yang hendak ana kongsikan pada hari ini ialah, berkenaan tentang
pengalaman ana melibatkan diri dengan Usrah buat kali dengan Komitmen yang jitu
Insya Allah. Baiklah, pada awal penglibatan diri ana dalam usrah yang kecil
ini, ana tak dapat merasakan apa-apa. Cuma ada perasaan seperti biasa. Bahkan,
ana langsung tak tau apakah sebenarnya yang dikaitkan dengan Usrah sehingga
ramai dikalangan Sahabat-sahabat ana menglibatkan diri dengan Usrah Di Dalam
mahupun Di Luar. Jadi, ana hendak mencari jawapan tentang apa yang ada pada
Usrah sehingga Sahabat-sahabat lain sanggup memberi komitmen yang tak
berbelah-bagi.
Jadi, Bila ana tanpa sengajanya telah mengikuti satu program anjuran
Pihak Pengajian Islam di U. Inilah yang dikatakan Perancangan Allah SWT itulah
adalah yang terbaik untuk Hamba-hambanya kerana pada asalnya niat ana balik
awal untuk buat kerja yang lain. Tetapi setelah sampai awal di U Sahabat
mengajak ana untuk mengikuti program Perkampungan Nuqabah. Program yang dilihat
dengan mata kasar adalah program yang santai-santai belaka. Namun, Pengisiannya
sangat berfaedah buat semua Insan-Insan yang dirahmati Allah SWT.
Dalam Perkampungan Nuqabah, ana banyak mempelajari apa itu Usrah,
Kepentingannya dalam Dakwah. Dan, apa sumber kekuatan yang ada dalam Usrah.
Memang pada dasarnya, ramai orang akan berkata Usrah hanya banyak membuang
masa, Tidak bermanfaat, hanya membazirkan masa. Namun, Semua alasan itu salah
dan jauh daripada apa yang ana alami sendiri. Bak kata pepatah:- “Jauh Panggang
dari Api”, Dengan Usrah kita dapat mengeratkan Silaturrahim sesama kita, Dengan
Usrah dapat menimbulkan Istiqamah dalam diri kita untuk mencari redha Allah
SWT, Dengan Usrah juga hati yang gelap ini Insya Allah boleh dijernihkan
Semula. Dengan Usrah juga Allah SWT akan mengikat hati-hati hambanya diantara satu
sama lain Insya Allah, Allah SWT
berfirman dalam Surah Al-Anfal ayat 63:-
And brought together their hearts. If you had spent all that is in the earth, you could not have brought their hearts together; but Allah brought them together. Indeed, He is Exalted in Might and Wise.
Maka jelaslah, Bahawa Usrah ini banyak membantu seseorang Insan untuk
Istiqamah dalam Islam, Ana sendiri mengalaminya, bila ana berada dalam Usrah
yang kecil ini ana merasakan ada sesuatu kekuatan ukhwah yang lain dari yang
lain. Ana merasakan sangat rapat dengan Sahabat-sahabat di sekeliling meskipun
ana tak pernah berjumpa. Tetapi, bila berada dalam Usrah ana merasakan semua
sahabat-sahabat disekeliling seperti menjadi sebahagian besar daripada Keluarga
Ana, Hebatnya, Kuasa Allah SWT.
Akhir Kalam, Ana merasakan diri ini berasa sangat sunyi…tersangat
sunyi..Bila ana berjauhan daripada Usrah. Ana merindui Sahabat-sahabat dalam
Usrah. Ana Merindui perkongsian Ilmu di dalam Usrah. Insya Allah, Ana akan cuba
memberikan komitmen ana yang tak berbelah bagi pada Squad Usrah yang ana ikuti
ini meskipun kecil dan ana akan cuba mencari satu lagi Squad Usrah di luar sana
untuk luaskan Pemikiran ana, Buka segala kunci-kunci yang membelenggu pemikiran
ana, Dan yang paling utama selama-lamanya, Untuk Mencari Redha Allah SWT kerana
dalam kehidupan ini. Redha Allah SWT adalah Segala-galanya. Wuallahuallam…
No comments:
Post a Comment