Alhamdulillah, Segala Puji bagi Allah. Tuhan kepada
sekalian alam Segala Puji-pujian hanya untuk-Nya, Semoga kita semua sentiasa
mendapat Redha dan Barakah Allah SWT di Dunia mahupun di Akhirat. Amin Ya
Rabbal Al-lamin..
Baiklah apa yang ingin ana kongsikan pada kalinie
ialah tentang pengalaman ana pergi ke masjid untuk menunaikan Solat Fardu
Subuh, Masjid yang ana pergi itulah.. Terus terang ana cakap ia besar. Namun,
semasa ana masuk ke dalam masjid tue satu saf pun tak penuh tapi, itu perkara
yang biasa dan yang paling menyedihkan ialah dalam barisan saf itu, ana boleh
kira berapa ramai anak-anak muda yang datang ke masjid untuk menunaikan solat
subuh berjamaah. Kebanyakkan dalam saf tue semuanya golongan vateran.
Syabab…ohh..Syabab…
Bila lagi kita hendak sedar daripada Lamunan mimpi
indah yang hanya membawa kepada kemudharatan yang berpanjangan... Jika bukan
kita untuk mengimarakkan suasana masjid dikala Subuh menjelang dan Waktu-waktu
solat yang lain… Siapa yang hendak kita harapkan.. Jika kita mengharapkan semua
urusan dalam Masjid hanya untuk golongan Vateren sahaja.... Ana cakap sedia,
harapan mu hanya untuk menghancurkan umat Islam di Bumi ini… Golongan ini,
bukan lagi punya tenaga yang cukup untuk memartabatkan Islam..Namun, Mereka
adalah sebagai pembakar semangat anak-anak muda untuk turun ke medan Jihad bagi
memartabatkan Islam hatta menjulang Kalimah ALLAH di atas langit
Dunia…Syabab…ohhh…Syabab…
Syabab…Syabab…Syabab…
Akhir Kalam
Ana tidak berniat untuk mengguris hati mana-mana
pihak. Ana hanya hendak memberi peringatan untuk diri ana dan semua Insan yang
Allah SWT telah berikan akal untuk berfikir.. Terus terang ana katakan diri ana
bukanlah seorang yang baik.. Ana ini seorang Insan sering melakukan Kezaliman
pada diri dan Insan yang lain.. Oleh itu, Ana memohon maaf…
Segala yang baik itu datangnya daripada Allah SWT dan
yang buruk itu juga datangnya daripada Allah SWT namun, disandarkan ke atas
diri ana yang penuh dengan kedhaiffan dan kelemahan ini…Renung-renungkan…Wuallahuallam…
No comments:
Post a Comment