Friday, 2 March 2012

~JOM BELAJAR DARIPADA CERITA PUSS IN BOOTS~


Baiklah,
Dulu Ana pernah postkan kat dalam blog ana macammana kita mengambil pengajaran dalam Game
So, Untuk Hari ini ana nak bawa antum semua untuk sama-sama melihat Kartun Favorite ana
Puss In Boots, Dalam ceritanie ana tengok alhamdulillah tak da unsur-unsur negatif 
Tak pastilah andaikan ana terlepas pandang Wuallahuallam...

Tapi,

Ana dapati dalam ceritanie banyak yang kita boleh ambil sebagai pengajaran
Insya Allah, Ana akan cuba huraikan sedikit demi sedikit mengikut kemampuan ana


Baiklah pada asalnya dalam cerita Puss In Boots
Puss nama watak utama merupakan seekor anak kucing yatim-piatu
Dan dijaga oleh seorang wanita yang digelar "Mama" di rumah anak-anak yatim dan
ketika waktu makan, Puss telah berkenalan dengan seorang Sahabat yang baru iaitu Telur bernama Humpty,
Oleh kerana Humpty seorang yang lemah beliau selalu dibuli dan Puss serta-merta bangkit untuk menyelamatkan Humpty.

Mari pula kita lihat dari perspektif Islam,
Rasulullah SAW telah mengajar kita bahawa yang kuat haruslah melindungi yang lemah
Misalnya saya ambil contoh Muslimin merupakan golongan yang kuat dan Muslimat merupakan kaum hawa
Dan sering menjadi mangsa kepada Anasir-anasir yang jahat.Dengan itu, Sebagai Muslimin Yang diberi 
Kekuatan oleh Allah SWT perlulah menjadi pelindung kepada kaum hawa atas dasar agama Islam itu sendiri
Begitulah juga Ibubapa harus menjadi pelindung kepada keluarganya.


Seterusnya, dalam cerita ini Puss dan Humpty ketika mereka remaja
Mereka sering melakukan kekacauan dalam Kota mereka iaitu San Francisco
Terutamanya dalam bab mencuri sehingga mereka berkali-kali ditangkap oleh pengawal
Namun, akhirnya Puss sedar akan kesilapannya dan serta-merta beliau mengubah nasibnya sendiri untuk menjadi baik.

Baiklah dari pandangan Islam pula,
Pada Asalnya Allah SWT telah menjadikan hambanya sebaik-baik ciptaan
Sebaik-baik sifat yang ada pada seorang hamba yang bersyukur 
Namun, Manusia itu sendiri yang mengubah  nasib mereka manjadi buruk
Bertepatan dengan Ayat al-quran “Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka sendiri yang mengubahnya.” (Ar-Ra’ad: 11)..
Kita sendiri yang menentukan nasib kita menjadi buruk..Oleh itu, cuba renung-renungkan di mana silap kita.
Allah SWT telah memberikan kita dua pilihan sama ada hendak menjadi baik atau sebaliknya, jadi pilihan ditangan kita.

 
Kita lihat pula pada kisah ketika Puss telah dikhianati oleh Sahabat Karibnya Humpty
Seterusnya beliau terus membenci Humpty kerana telah mencemarkan nama baiknya
Tetapi, Puss terlupa akan silapnya ketika beliau telah menjadi feymes dalam masyarakatnya
Dia telah melupakan Sahabat Karibnya yang sentiasa membantunya. Setelah Puss Menyedari akan Kesilapannya
Beliau segera membetulkan keadaan persahabatan yang kian pudar

Sama juga dalam Islam andaikan kita dikhianati oleh Sahabat kita, Janganlah kita terus memasang perasaan dendam, kerana mungkin ada sebab kenapa dia buat sebegitu.
Kita Sebagai Sahabat cubalah untuk memperbetulkan keadaan kerana Rasulullah SAW melarang agar kita
Umat Islam untuk bertelagah sesama sendiri. Namun, Jika kita dikhianati atas dasar dia
Benci kepada kita atas kebaikkan yang kita lakukan..Berdoalah moga Allah SWT memberi Hidayah kepadanya. Insya Allah..

Banyak lagi nak hurai tapi cukuplah sekadar ini sahaja.


Yang Terakhir, Dalam cerita terakhir Puss In Boots beliau telah bergabung tenaga dengan
Sahabatnya Humpty untuk menghalang Angsa Gergasi memusnahkan Kota Mereka
Kerana ingin mencari anaknya yang telah di ambil oleh Humpty..Demikian pula, Humpty yang sedar akan 
Kesilapannya telah cuba sedaya upaya untuk membantu Puss sehinggakan beliau telah mengorbankan dirinya.
Apa yang menarik ialah Humpty sering dihina, dicaci, dibuli kerana rupa parasnya adalah (TELUR)..
Tetapi semasa beliau mati telur yang tadinya dihina kerana tidak ada nilai telah bertukar menjadi Telur Emas yang bernilai.

Apa yang ana nak antum semua ingat ialah, Walau masyarakat menghina dan mencaci kita sekalipun
Jangan sesekali tewas dan berputus asa dengan Allah SWT. Kerana sebenarnya Allah SWT telah menciptakan kita semua dengan Sebaik-baik kejadian. Cuma, Manusia yang berhati buruk dan busuk sahaja yang 
Menilai kita dengan sesuatu yang buruk. Sedarlah duhai Muslimin dan Muslimat bahawasanya,
Allah SWT tidak melihat hambanya daripada paras rupa tetapi Amalan yang telah kita lakukan
Biarlah buruk luaran kita yang penting dalaman kita penuh dengan kecantikan Ibadah kepada Allah SWT.
INSYA ALLAH

Renung-renungkan


~Apa yang baik datang daripada Allah SWT dan Apa yang buruk juga datang daripada Allah SWT tetapi disandarkan di atas kelemahan Ana seorang Insan yang bergelomang dengan dosa~

No comments: