Selamat Tinggal Sem 2 dan juga Selamat Tinggal Blok Khansa
Menyimpan Seribu memori yang indah buat diri Ana
Di UniSZA...
Buat Pertama kalinya ana menjejakkan kaki ke Bumi Semenanjung
Di Negeri Terengganu untuk melanjutkan Pelajaran
Di Peringkat Universiti
Buat Kali pertamanya ana Menjejakkan kaki di Khansa
Dan ternanti-nanti siapakah yang bakal menjadi roomate ana
Akhirnya,
Allah SWT telah menghantarkan Seorang roomate yang berasal daripada
Kelantan dan bernama Afdhal..atau lebih dikenali sebagai Assyahid Afdhal Ismail..
Sila Check nama nie kat Fb untuk lebih kepastian..
Pelbagai perkara yang kami lalui bersama-sama di Khansa
Dengan mempelajari sesuatu daripadanya..
Cuba memahami sikapnya yang kadang-kadang sukar untuk difahami
Sampai ana pun naik berang..begitu juga dengan beliau..
Terpaksa cuba memahami apa yang ana katakan..
Kerana beliau hampir sahaja terkena stroke akibat nak memahami
Apa yang ana cuba katakan
ha...ha..ha...
Di Khansa juga ana mengenal seekor kucing jantan
Yang tiba-tiba masuk ke dalam bilik..dan menjatuhkan buku-buku ana,
Muncul secara tiba-tiba daripada almari roomate ana..
Dan Roomate ana memberikan nama Harirah pada
Kucing itu...
Di Khansa juga ana mengenal Sahabat-Sahabat yang baru..
Ana mengenal Fawwaz orang Kedah yang tidak pernah kering
Dengan Lawak spontan yang sering keluar daripada Buah fikiran beliau..
Mengenali Zul Amin..Dari Selangor seorang sahabat yang
Yang sering datang ke bilik untuk berkongsi cerita..
(^_^)
Begitu juga, dengan Sahabat-Sahabat Khansa yang lain
Antaranya Malik.. sering memperingati Ana tika leka dibuai arus duniawi..
Afiq..sanggup mengorbankan masa beliau untuk menjadi pemandu ana...
Daus..Sering menjadi tempat ana beradu kekuatan
Dalam perlawanan Fifa..
Banyak lagi..namun,
Ana tidak dapat menyebutkan semuanya..
Kerana Semua Sahabat-Sahabat ana di Blok Khansa
Tersangatlah ramai..dan setiap daripada mereka telah
Mengukir memori indah buat kehidupan ana di UniSZA
Dan di Blok Khansa..
Namun,
Setiap permulaan pasti ada pengakhiran
Setiap Pertemuan pasti ada perpisahan
Dan
Setiap Kehidupan ada penamatnya
iaitu
Kematian
Dan disinilah perpisahan buat ana dan Sahabat-sahabat Khansa
Kerana selepas ini kami mungkin tidak akan dapat lagi
untuk duduk bersama-sama..seperti
Sebuah Keluarga.
Biarlah ana manyimpan Memori Indah ini
Sebagai kenang-kenangan
Sepanjang ana menjadi penghuni Khansa
Terima Kasih Ya Allah..
Kerana telah memberikan diri ini
Peluang bagi menikmati
Kenangan yang terindah ini..
PUISI BUAT KHANSA
Akan ku ukir Puisi Buat mu Khansa
Disini Langkah ku bermula
Untuk mengenali erti kehidupan
Ku Mulakan langkah dengan Bismillah
Menjejakkan kaki ke Khansa
Blok kediaman yang Usang
Mengenali Sahabat Baru
Budaya yang berbeda dari
Tempat Asal ku
Namun begitu aku tidak mengerti
Mengapa aku berada disini
Akhirnya
Aku mulai mengerti apa sebabnya
Allah SWT meletakkan aku di Unisza
Di Khansa
Kerana Allah telah merancang yang terbaik buat ku
Aku mulai mengerti
Apakah ia Persahabatan yang sebenar
Apakah ia Pengorbanan yang sebenar
Ku Bersujud pada-Mu Ya Allah
Memanjatkan Kesyukuran ku pada-Mu
Kerana telah merancang yang terbaik
Buat hamba-Mu ini.
Alhamdulillah...
Kini,
Tiba masanya untuk ku melepaskannya
Dan membawa semua memori indah ku bersama
Untuk dijadikan pedoman ku
Dalam mencari kebenaran dalam kehidupan
Ya Allah.
Rancangkanlah yang terbaik buat diri Hamba-Mu ini
Kerana Hanya Kau lah yang Maha Merancang
Dan Sebaik-baik Perancang
Amin Ya Rabbal Al-Lamin
1 comment:
Rindu kat KHANSA'...='(
dan Sahabat2..
Post a Comment