Saling sayang-menyayangi kerana Allah |
~AKU MENCINTAI DIRIMU~
Aku Mencintai Dirimu
Seperti Cintanya Matahari dan Bulan pada titah Tuhannya
Aku Mencintai Dirimu
Seperti Lautan dan Ombak taat pada Tuhannya
Aku Mencintai Dirimu
Kerana Aku Harus Mencintai Dirimu
Menjadi satu Sumber Kekuatanku
Menatap wajah mu
Buatkan Hatiku Menjadi tenang
Buatkan Hatiku Menjadi kelam
Kerana
Aku Mencintai Dirimu
Namun,
Aku tidak layak untuk memiliki dirimu
Kerana aku tidak yakin akan dapat memiliki dirimu
Aku tidak tahu andai Dirimu menjadi jodoh ku
Aku Mencintai Dirimu
Cukuplah Sekadar ku ungkapkan
Biarlah ianya menjadi ayat-ayat cinta
Yang menjadi satu tanda tanya
Andai Dirimu menjadi Jodohku
Akan ku bersujud dengan penuh kesyukuran
Andai Dirimu bukan Jodohku
Aku terima dengan Reda
Kerana ini semua telah tertulis
Di dalam kitab Cinta ku
Maafkan diriku
Andai Mencintai Dirimu
Satu penyeksaan buat Dirimu
Menjadi Satu beban buat Dirimu
Maafkan Diri Ku
Aku Mencintai Dirimu
No comments:
Post a Comment