Monday 26 December 2011

UKHWAH ADALAH STRATEGI YANG TERBAIK

Ukhwah yang terbina persis sekumtum Mawar yang Mekar

Ramai orang berlumba-lumba dalam menyebarkan Islam
Namun, berapa ramai yang berjuang dengan cara yang betul
Ada orang yang berjuang secara membabi-buta
Sehinggakan agama Islam itu dianggap Agama yang sukar
Walhal, Islam itu adalah suatu Agama yang mudah.

Mari kita lihat kembali Sirah Rasulullah SAW
Setelah Baginda diangkat menjadi Rasul
Baginda telah membuat Strategi yang rapi dan teratur dalam menyebarkan Dakwah Islamiah
Bermula dengan bergerak secara senyap 
Di Rumah Abi Arkam
Sehinggalah dalam menyebarkan secara terbuka
Di Mekah.

Sampai Perintah Allah SWT
Agar Nabi Muhammad SAW
Berhijrah ke Madinah
Setibanya Baginda di Madinah
Perkara asas utama yang Baginda lakukan adalah
Menyatupadukan
Muhajirin dan Ansar
apa yang dapat dilihat disini ialah
Dalam Islam
Ukhwah diantara sesama Islam 
Adalah perkara yang sangat penting
Namun, berapa ramai umat Islam zaman ini yang mementingkan perkara asas ini??
Kita kembali melihat kepada Tokoh Panglima Islam
Salahuddin Al-Ayubbi
Penakluk dan Pembebas 
Jerusalam
Beliau tidak terus pergi menyerang Jerusalam
Tapi strategi yang beliau lakukan ialah
cuba untuk menyatupadukan Umat Islam dibawah Satu Panji
Yang akhirnya,
Membawa kepada Kemangan dalam menakluk 
Jerusalam
Dan ini merupakan Startegi yang paling berkesan
Digunakan oleh Islam

PERSAUDARAAN
ATAU
UKHWAH

Namun
Jika direnungkan seketika
Berapa Ramai diantra kita yang menitik-beratkan 
Hal ini??
Ramai umat Islam sekarangnie
Mengejar Jawatan Dunia.
Bila seorang menjadi Ketua,
akan ada yang tak berpuas hati dengannya,
akan ada yang ingin menjatuhkannya,
Ukhwah tidak ada dalam jiwa Umat Islam Era ini.
Yang ada hanyalah Hasad Dengki.
Saling menjatuhkan sesama Islam

SAMPAI BILA NAK JADI BEGINI???!!!

Duhai Muslimin dan Muslimat
Renung-renungkanlah
Demi
Sampai bila kita hendak melihat Agama Islam itu Menangis
Sedarlah dari lamunan
Kita bukan berada di Alam Fantasi...

WUALLAHUALLAM


Wednesday 21 December 2011

APAKAH HIKMAHNYA KU MENDAPAT JAWATAN??


Bertarikh 21 Disember 2011

Ana telah terpilih untuk menjadi Exco Dakwah dan Tarbiyyah
bagi Syu'bah Dip.Pengajian Islam Sejarah Dan Tamadun Islam
(SEJATI)
Bila nampak dari segi Zahirnya..
Memang orang kata baguslah 2..Syukurlah..Alhamdulillah..
tapi pada batinnya..
Jawatan ini adalah amat berat bagi ana untuk menerimanya
bila sahaja ana mendapat khabar bahawa ana bakal menjawat
jawatan ini
Ana terus berasa takut, sedih, dan kecewa.
Bagaimana orang macam ana boleh dipilih oleh kawan-kawan ana
apakah mereka tidak melihat diri ana ini macammana??
apakah mereka hanya melihat ana dari segi luaran yang hanya punya kopiah di atas kepala??
atau..
apakah kawan-kawan ana ingat ananie adalah calon sesuai untuk memberi dakwah dan tarbiyyah??
Sedangkan diri ini punya banyak keaibban yang telah disembunyikan oleh Allah SWT daripada mata kasar sekeliling...
Terus terang ana katakan... Ana tidak suka untuk menyandang..mana-mana jawatan
mahupun sebagai sorang AJK sekalipun.. kerana ana bukannya orang yang boleh melaksanakan tugas..
boleh memberikan komitmen dalam satu Organisasi..
Ana takut dalam menyandang Jawatan sebegini
kerana apa akan ana jawab kepada Allah SWT..
andainya..ana gagal melaksanakan Tugas yang di Amanahkan...
Wahai Sahabat
Benda ini bukannya satu permainan
benda ini punya tanggungjawab yang besar duhai sahabat-sahabat yang disayangi..
Inilah yang membuatkan ana untuk fikir balik..bahawa ana bukanlah orang yang layak dalam menyandang jawatan ini..
Namun, Ana kena akur juga, kerana apa yang ana boleh lakukan sekiranya ini adalah pilihan Allah SWT..
Kerana walaupun kita merancang..Allah SWT juga telah membuat perancangannya untuk kita..
dan sebaik-baik Perancangan adalah Allah SWT..
Ana percaya bahawa setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmahnya..
Tetapi ana sendiri tidak tahu apakah hikmahnya... 
Ana berdoa agar Allah SWT membantu ana untuk mencari dan mendapatkan hikmah tersebut..
dan
Akhir sekali, Duhai Sahabat-sahabat.. sekirannya ana melakukan satu kebaikkan..janganlah diberikan pujian kepada diri ini...kerana ia boleh menyebabkan hati ana berubah.. dan ana tidak mahu itu berlaku...Insya Allah..
dan 
Sekiranya ana ada melakukan kesilapan..janganlah ditengking, dicaci, dihina, dibenci diri ini.. kerana ana juga manusia yang punya perasaan.. tegurlah ana dengan berhemah..Insya Allah ana akan terimanya dengan hati yang terbuka..

RINTIHAN DARI SEORANG HAMBA YANG BERGELOMANG DOSA

Monday 19 December 2011

SERONOK BERJALAN MALAM

Takda yang best pun..
Saja2 nak kongsi pengalaman berjalan malam 
dengan roomate dan abang-abang senior PMKI..
Best Bro..
Sangat Best, 
Sebab...
 Kena belanja makan kat 
Kedai Makan nie dia...

Air Buah Pior....
First2 tak taulah apa yang best kat sana tapi rupa2nya...
Macam2 jenis jus bleh dapat..
Yang pelik2 pun ada..tapi 
setakatnie..takdakan orang nak wat.
jus Durian, Salak, tau camana??

Jadi tanpa berfikir panjang..ana terus pilih jus orange Gelas Besaq..
Terkejut abang2 PMKI dan Roommate ana sendiri..
Bab ana ingatkan gelas besar..taklah besar camna..
Tapi
Jauh Panggang Dari Api Pulak..
=_="
Besar cam jug je..
Tapi dengan Izin Allah SWT...ana dapat menghabiskan
tanpa sebarang halangan..
sehinggakan lau bleh ana nak g
minum segelas besar...

Hahahaha....Toooooo.....DIAAAA!!!!!!!!


Besaq...kan..kan...kan...=D  

Well, tptnya area2 terengganu juga..sekitar UniSZA juga..
Cuma...cuma..cuma...
Jauh sikit...hahaha...
dan lagi satu masalahnya...
ana tak dapat cam laluannya..
Sebab...sebab...sebab...

Malamkan mana dapat...nampak....he3
Tapi apa2 pun ana harap2...
nanti pasnie....
bleh bawa kawan2...
SEJATI 
Minum kat sana..

Kat Air Buah Pior
Insya Allah...

Wednesday 14 December 2011

APA YANG KU CARI SEBENARNYA???

 
Ana tak mengerti sebenarnya...
Apakah yang diri ini sedang cari..
Memang betul dan semestinya.
Dunia Akhirat yang kita perlukan..
Memang betul... Keredaan..
Allah SWT..yang kita cari...

Tapi ana tak tahu...sepanjang ana..
Sekolah rendah, menengah, sehinggalah sekarang..
Di Alam Universiti...
Ana masih tak tahu..apa yang ana cari sebenarnya...
apa yang ana kerjar sebenarnya...
ana merasakan bahawa diri ini..
macam kosong

Walaupun Ana...
Sering buat sesuatu yang membuatkan hati ana
yang kosong ini terisi dengan kegembiraan..
walaupun ana punya keluarga..yang menyayangi diri ini..
walaupun ana punya sahabat..yang sentiasa memberikan sokongan..
Tapi Hati ana masih lagi kosong...

Ana tak tahu kenapa...
dan ana masih lagi tercari-cari..
kebanyakkan sahabat ana..dah temui..
apa yang mereka ingin cari dan dah berjaya untuk mengapainya...
Tapi ana..tak tahulah...
Sampai sekarang belum lagi menjumpai apa yang dicari sebenarnya..

Astaghfirullah al-azim...Ya Allah..bantulah hamba mu ini..
untuk mencari apa yang ingin dicari..
Amin Ya Rabbal Al-lamin..

Tuesday 13 December 2011

PENGALAMAN YANG GEMBIRA,PELIK,GERAM =_="



Banner Menyambut kedatangan Tuanku Sultan Mizan
Nie nak cerita pasal kejadian yang berlaku pada tarikh..
12 Disember 2011
bersamaan dengan hari.
Isnin...

Pengalaman..yang bercampur-baur..
Apakah dia pengalaman itu...
well,
Itulah pengalaman ikut berbaris.
menunggu ketibaan 
Tuanku Sultan Mizan, Sultan Terengganu.



First-first tak nak ikut
Sebab bagi ana
macam tak da faedah ja.
Tapi dah diberitahu dapat merit.
Semangatlah nak ikut..

Dipendekkan cerita setelah semua sem 2 jalan..
Dan Singgah sebentar di Surau(tak tau apa nama dia)
Wajah-wajah Semangat Menyambut Kedatangan Sultan
Untuk menunaikan solat fardu Zuhur..
Selesai semua terus kami jalanlah..pergi tempat
yang ditetapkan..

Turun ja dari bas
pergi tempat menunggu..
punyalah semangat sampai sentiasa mengibarkan
bendera Malaysia dan Terengganu..
Setelah hampir 30-60minit menunggu..
hampir pukul 3 barulah datang..

dan yang peliknya, semua jalan ditutup untuk orang ramai..
kecian pemandu-pemandu..yang nak cepat..tau mungkin ada urusan yang lebih penting..
Disuruh untuk beri laluan kepada Sultan..
Lau Ambulance mungkin..bleh diterima sebab antara hidup dan mati..
jd ana tanyalah kawan2..
macam2 jawapan..
ada cakap sebab nak beri penghormatan, ada yang kata plak dengan ana jangan lepaskan perasaan disini..ada yang cakap tak perlu tanya...
Wuallahuallam...

Yang Geramnya pula... tunggu berjam2...tapi..
bila kereta Sultan lalu je..
dapat lihat Sultan
2-5 saat je..

Ketibaan Kereta Sultan dengan penuh bergaya meskipun hanya 2-5 saat =_="
Ada bezakan
1-2 jam dengan 2-5 saat..
sangat jauh bezanya..
Tapi bila ana terlihat Sultan..
walaupun hanya 2 saat =_="
terus timbul rasa hormat di dalam hatinie...tak tau nape...
 manakala,
dari pihak pompuan ana dengar macam-macam kesan..
bersorak, melompat, keluar perkataan( hensem, comel, dll)
=_="Amboi.....Wuallahuallam... 
 
Tapi kawan ana ada pesan dengan ana....
 
HORMAT TAK APA...
JANGAN SAHAJA SEMBAH HORMAT...
sebab..

Walaupun, dia adalah Sultan..
Allah SWT jugalah adalah Sultan kepada Alam Semesta ini..
oleh itu hanya Allah SWT yang berhak disembah..

 
P/S:- takda niat nak hina sesiapa hanya
pengalaman dan pandangan sahaja

Friday 9 December 2011

APAKAH SEBENARNYA MAKSUD KEHIDUPAN KITA???

Makna kehidupan sebenar...

Jika kita ditanya...
Kelak jika kita besar nanti apakah cita-cita kita...
Kita pun mulalah menjawab...
saya ingin menjadi..
Guru...Doktor..Polis...Bomba...Askar...Saintis..
Dan...
Macam-macam lagi...

Namun, sebelum menggapai matlamat atau impian tersebut...
ada lagi perkara yang kita perlu lakukan...
belajar bersungguh-sungguh...
nak dapat keputusan yang cemerlang...
masuk sekolah classter...
masuk Universiti dapat pointer yang bagus...

Keluar daripada Universiti 
Cari kerja...
dapatlah menjadi 
Guru...Doktor...Polis...
dan
Seumpamanya...

adakah..setelah kita berjaya menggapai matlamat itu..
kita tak perlukan apa-apa lagi..

Memang Silaplah...

Semestinya, kita perlu mencari wang..
nak beli..kereta..
nak kahwin...
nak..dapat zuriat...
setelah itu, adakah kita tidak perlu apa-apa lagi...

Amboi...memang silaplah..lagi..

Sudah tentu, akan ada lagi matlamat yang baru...
nak besarkan..anak..
nak..didik anak...
nak tunggu anak berjaya
nak tengok anak berkahwin..
dapat cucu-cicit..
dan sebagainya...

Dan

Begitulah seterusnya...sehinggalah kita...pergi menemui.. Al-Khaliq..
namun, 
pernahkah kita terfikir apakah sebenarnya..matlamat kita sebenarnya..
maksud sebenarnya kehidupan kita ini...
Maksud kehidupan kita sebenarnya ialah...
disamping mengejar matlamat dunia..
kita perlulah juga mengejar maksud kehidupan kita yang sebenarnya...
iaitu, Matlamat untuk berada di Jannah Allah SWT...
itulah maksud sebenar kehidupan ini...

Dimana orang kata..
apabila kita sudah berjaya menggapai.
matlamat ini...
maka, sudah tergapailah Impian kita..
dan kita sudah tidak perlukan apa-apa lagi..

pertingkatkanlah amal..
pertingkatkanlah ibadah..
perbetulkan niat kita..
jauhi larangan Allah SWT..
Buat apa yang Allah SWT perintahkan..

FIRMAN Allah SWT bermaksud: "Tidaklah Aku ciptakan jin dan manusia, melainkan untuk beribadah kepada-Ku." (Surah az-Zariyaat, ayat 56)

Wuallahuallam....

Thursday 8 December 2011

BERIKANLAH MEREKA PELUANG


Izinkanlah mereka untuk kembali ke jalan yang benar..BERIKANLAH MEREKA PELUANG

BERIKANLAH MEREKA PELUANG...
Ini adalah perkataan yang senang diluahkan daripada mulut..
Namun agak sukar untuk melihat Masyarakat mengamalkannya..

Siapakah mereka yang perlu diberikan peluang...
merekanie terdiri daripada berbagai-bagai orang yang punya sifat berbeza...
ada diantara mereka yang pernah melakukan kesilapan dan akhirnya cuba untuk bertaubat..
namun, di dalam perjalanan mereka ini tersangatlah penuh dengan ujian yang 
menguji keimanan mereka...
pabila mereka sudah insaf dan ingin kembali ke pangkal jalan..
ADA SUARA-SUARA SUMBANG...yang membuatkan hatinya mula berkecamuk diantara..sabar dan
sedih... Mereka bila telah masuk dengan masyarakat...
Mereka telah dihina...dicaci...diburuk2kan...malah dipulau secara terus-menerus oleh masyarakat..
kenapa ini semua terjadi??

Kerana...

Kebanyakkan masyarakat kita di Malaysia...mengamalkan.. peribahasa yang telah diamalkan oleh nenek moyang kita...

"KERANA NILAH SETITIK ROSAK SUSU SEBELANGAH"

kerana peribahasa inilah...yang membuatkan..mereka yang pernah melakukan kesilapan..sudah bertaubat...hendak kembali ke pangkal jalan...menjadi jahat semula...kenapa??
kerana mereka tidak diterima oleh masyarakat...
tidak disalahkan...orang yang mencipta peribahasa ini...tapi..kita kena rujuk dalam sifat kita yang ego..berhati busuk..penuh dengan dendam kasumat...

Mereka ini juga manusia... bernama Insan...sesungguhnya..insannie.. akan sering melakukan kesilapan walaupun kesilapan yang kecil...

BERIKANLAH MEREKA PELUANG
siapa tahu, mereka yang pernah melakukan kesalahan...apabila sudah bertaubat...
hendak kembali ke pangkal jalan...
di tambah lagi dengan sokongan padu masyarakat..
Menjadi seorang yang lebih baik daripada diri kita...
malah, Siapa tahu...mereka inilah yang dapat mengubah nasib mayarakat
di negara ini...dan tak dinafikan juga mereka boleh menjadi seorang..
pembelah nasib kepad agama  ISLAM...


INSYA ALLAH...

BELAJAR DARIPADA KEMATIAN

Setiap yang bernyawa pasti akan mati

Pernahkah kita bayangkan diri kita berada di atas ranjang kematian, apakah yang dapat kita lakukan waktu itu ? Suatu pertanyaan yang mesti dijawab oleh semua manusia yang masih hidup. Bagaimanakah keadaan detik-detik terakhir dari nafas kita yang akan berlalu itu? Apakah kita termasuk orang yang suka untuk bertemu Allah, ataukah sebaliknya seperti hamba yang melarikan diri dan takut bertemu tuannya kerana kesalahan yang dilakukannya?

Belajar dari akhir kehidupan para salaf adalah amat penting bagi kita, kerana mereka adalah orang-orang terkemuka dari umat ini, para pemimpin dan ulama kaum muslimin. Sungguh mereka sangat takut kalau kembali kepada Allah dalam keadaan membawa dosa dan kemaksiatan.

Marilah kita ambil beberapa pengajaran berharga dari mereka:

Aisyah r.a. menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w. tatkala menjelang wafat disediakan untuk beliau satu bekas air, beliau memasukkan tangannya ke dalam air lalu mengusapkan ke wajahnya seraya bersabda, "La ilaha illallah, sesungguhnya di dalam kematian ada sakaratul maut." Kemudian beliau menengadahkan kedua tangannya lalu mengatakan, "Fir Rafiqil A'la" lalu beliau wafat dan tangannya tergeletak lemas.

Ketika Umar al Faruq menjelang ajal, beliau berkata kepada puteranya Abdullah, "Letakkan pipiku di atas tanah", namun Abdullah enggan untuk melakukan demikian. Beliau berkata sehingga tiga kali, "Letakkan pipiku di atas tanah, semoga Allah melihatku dalam keadaan demikian, kemudian Dia merahmatiku. " Diriwayatkan, bahawa beliau terus menangis sehingga pasir-pasir menempel di kedua mata beliau seraya mengatakan, "Celakalah Umar, celaka juga ibunya, jika Allah tidak memaafkannya."

Ketika Abu Hurairah sakit tenat beliau menangis, lalu ditanya, "Apa yang membuat anda menangis?". Beliau menjawab, "Saya menangis bukan kerana dunia ini, tetapi saya menangisi perjalanan selepas ini (dunia), bekalku yang sedikit, lalu saya akan berada di suatu tempat yang menanjak lagi amat luas, sedangkan saya tidak tahu akan dimasukkan ke neraka atau ke syurga."

Usman r.a. berkata di akhir hayatnya, "Tidak ada ilah selain Engkau, Maha Suci Engkau ya Allah, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang berbuat aniaya. Ya Allah aku mohon pertolongan dalam semua urusanku, dan aku memohon kesabaran dalam menghadapi ujian yang menimpaku."

Wahai manusia! Kini saatnya orang-orang yang tertidur untuk bangun dari tidurnya, sudah sampai masanya orang yang lalai sedar dari lenanya, sebelum datang maut dengan membawa kepayahan dan kepahitan, sebelum tubuh berhenti bergerak dan sebelum nafas terputus. Sementara belum memasuki perjalanan menuju alam kubur dan kehidupan akhirat yang kekal abadi.

Abu Darda' ketika menjelang wafat berkata, "Apakah seseorang tidak mahu beramal untuk mempersiapkan pentas perjuangan ini? Mengapa orang tidak beramal untuk menghadapi waktu ini? Mengapa orang tidak beramal untuk menyongsong hariku ini? Kemudian beliau menangis, maka isteri beliau bertanya,"Mengapa engkau menangis, bukankah engkau telah menemani Rasulullah s.a.w.? Beliau menjawab, "Bagaimana aku tidak menangis sedangkan aku tidak mengetahui bagaimana dosa-dosa telah menyerangku."

Dan berkata Abu Sulaiman ad-Darani, "Aku berkata kepada Ummu Harun seorang wanita yang rajin beribadah, "Apakah anda senang dengan kematian? Maka dia menjawab, "Tidak! Aku bertanya, "Mengapa? Maka dia mejawab, "Demi Allah, andaikan aku berbuat kesalahan kepada makhluk saja, maka aku takut untuk bertemu dengannya, apatah lagi jika aku berbuat maksiat kepada Khaliq Yang Maha Agung?

Atha' as Sulami ditanya tatkala sakit yang menyebabkan kematiannya , "Bagaimanakah keadaan anda? Beliau menjawab," Kematian berada di leherku, kuburan ada di hadapanku, kiamat adalah akhir perjalananku, jambatan Jahannam adalah jalanku, dan aku tidak tahu apa yang akan terjadi pada diriku". Kemudian beliau menangis dan terus menangis sehingga pengsan. Ketika sedar kembali beliau mengucapkan, "Ya Allah kasihanilah aku, hilangkanlah kesedihan di dalam kuburku, mudahkan kesulitanku ketika menjelang kematian, rahmatilah kedudukanku di hadapan-Mu wahai Zat Yang Paling Pengasih di antara para pengasih."

Sementara itu ketika Sulaiman at Taimi telah dekat dengan kematiannya , dikatakan kepada beliau, "Khabar gembira buat anda, kerana anda adalah orang yang sangat bersungguh-sungguh di dalam ketaatan kepada Allah." Maka beliau menjawab, "Janganlah kalian mengatakan demikian, sesungguhnya aku tidak mengetahui apa yang zahir di hadapan Allah Azza wa Jalla, kerana Dia telah berfirman, "Dan jelaslah bagi mereka azab dari Allah yang belum pernah mereka perkirakan." (QS. 39:47)

Disebutkan bahawa Abu Darda' apabila ada seseorang yang meninggal dalam keadaan yang baik, maka beliau berkata, "Berbahagialah engkau, andaikan aku dapat menggantikan dirimu". Maka Ummu Darda' bertanya kepadanya tentang hal itu, lalu beliau menjawab, "…. bukankah engkau tahu, bahawa ada seseorang yang pagi-pagi dia beriman, namun di petang hari telah menjadi munafik, ia lepaskan keimanannya tanpa dia menyedarinya "

Muhammad al Munkadir menangis tatkala menjelang wafatnya, lalu ia ditanya, "Apa yang membuat anda menangis? Beliau menjawab, "Demi Allah aku menangis bukan kerana dosa yang aku ketahui telah aku lakukan, namun aku takut jika telah melakukan sesuatu yang aku anggap remeh namun di hadapan Allah ternyata itu adalah sesuatu yang amat besar."

Sufyan ats Tsauri berkata, "Tidak ada tempat yang lebih dahsyat bagiku daripada (tempat) terjadinya sakaratul maut, aku sangat takut kalau dia (sakarat) terus menerus menekanku, aku telah meminta keringanan, namun dia tidak menghiraukan, sehingga aku terkena fitnahnya." Kemudian beliau menangis semalaman hingga menjelang pagi, ketika beliau ditanya, "Apakah tangisan tersebut kerana dosa? Maka beliau mengambil segenggam tanah dan berkata, "Dosa lebih ringan dari pada ini (tanah, maksudnya adalah maut- pen), aku menangis kerana takut terhadap su'ul khatimah (akhir hidup yang buruk).

Shofwan bin Sulaim berkata , "Di dalam kematian ada rahah (istirahat) bagi seorang mukmin dari huru hara dan hiruk pikuk dunia, walaupun mesti merasakan putusnya nafas dan kepedihan. Kemudian beliau mengalirkan air mata.

Wahai saudaraku! Marilah kita anggap diri kita masing masing sebagai seorang yang sedang berbaring menunggu ajal. Saudara dan tetangga sedang mengerumuni kita, lalu di antara mereka ada yang berkata, "Si Fulan telah berwasiat, sedangkan hartanya telah dihitung." Ada lagi yang berkata, "Si fulan sudah tidak dapat berbicara, sudah tidak mengenali para tetangganya dan mulutnya tertutup rapat. Mereka melihat kita, kita mendengar apa yang mereka bincangkan, namun tidak kuasa untuk menjawabnya. Lalu kita lihat anak kita yang masih kecil menangis terisak-isak di sisi kita seraya berkata , "Wahai ayah tercinta siapakah yang akan mengasuhku nanti setelah ayah pergi? Siapakah yang akan memenuhi keperluanku nanti? Kita mendengar semua itu, namun demi Allah kita sudah tidak mampu manjawab lagi.

Syafiq bin Ibrahim berkata, "Bersiap-siaplah anda semua di dalam menghadapi kematian, jangan sampai ketika ia datang lalu anda minta dikembalikan lagi ke dunia (kerana belum beramal)."

Al 'Alla' bin Ziyad mengatakan juga, "Hendaknya setiap orang dari kalian merasakan, bahwa dirinya telah meninggal, lalu memohon kepada Allah untuk dikembalikan ke dunia, kemudian Allah memenuhinya, maka hendaklah kalian beramal ketaatan kepada Allah."

Syamith bin 'Ajlan berkata , "Manusia itu ada dua golongan, pertama orang yang terus mencari bekal di dunia, dan ke dua orang yang terus bersenang-senang di dunia. Maka perhatikanlah, dari golongan manakah dirimu?"

Diceritakan bahawa suatu hari al Hasan al Bashri melewati sekelompok pemuda yang sedang tertawa terbahak-bahak, maka beliau bertanya, "Wahai anak saudaraku, apakah kalian pernah menyeberangi ash Shirath (jambatan Jahannam)? Para pemuda itu menjawab, "Belum." Beliau bertanya lagi, "Apakah kalian tahu ke syurga ataukah ke neraka kalian akan dimasukkan?" Mereka menjawab, "Tidak." Kemudian beliau berkata, "Lalu mengapa engkau ketawa sedemikian ?" Semoga Allah memberi maaf kepada kalian semua. Dan ketika beliau menjelang wafat beliau menangis seraya mengatakan, "Jiwa yang lemah, sedang urusan sangat dahsyat dan besar, sesungguhnya kita adalah milik Allah dan sesungguhnya kepada-Nya kita akan kembali."

Wahai saudaraku! Kita semua tidak dapat membayangkan bagaimanakah keadaan malam pertama di alam kubur itu. Anas r.a. pernah berkata, "Mahukah kalian aku beritahu tentang dua hari dan dua malam yang belum pernah diketahui dan didengar oleh manusia (yang masih hidup)? Hari yang pertama adalah hari di mana datang kepadamu pembawa berita dari Allah, baik dengan membawa keredhaan-Nya ataupun murka-Nya (waktu meninggal-pent), dan kedua iaitu hari di mana kalian dihadapkan kepada Allah untuk mengambil buku catatan amal, dengan tangan kiri atau dengan tangan kanan. Sedangkan dua malam, adalah malam pertama kali di dalam kubur dan malam di mana pagi harinya dilenyapkan tatkala terjadinya Hari Kiamat.

Kematian adalah perkara yang mengerikan, urusan yang sangat dahsyat, suguhan yang rasanya paling pahit dan tidak disukai. Dia adalah peristiwa yang menghancurkan seluruh kelazatan dunia, memutuskan ketenangan, serta pembawa duka dan kesedihan. Dia memutuskan segala yang telah tersambung, memisahkan anggota badan dan menghancurkan seluruh tubuh, sungguh dia adalah perkara yang sangat besar dan mengerikan.

Kita bayangkan bagaimana keadaan kita tatkala kita diangkat dari tempat tidur kita, dibawa ke suatu tempat untuk dimandikan, lalu kita dibungkus dengan kain kafan, keluarga dan tetangga bersedih, saudara dan teman menangis. Orang yang memandikan kita berkata, "Dimanakah isteri si fulan, dia akan melepaskan suaminya pergi, dan dimanakah anak-anak yatim si fulan, "Kalian semua akan ditinggalkan oleh ayah, kalian tidak akan bertemu lagi dengannya setelah ini."

Jika para Nabi dan Rasul, shalihin dan muttaqin semuanya mengalami hal itu, maka apakah kita akan terlena dari mengingatnya? Wallahu a'lam bish shawab.

Di saring dari artikel dari www.alsofwah.or.id yang memetiknya dari Buletin Dar Ibnu Khuzaimah, judul " 'Ala Firasyil Maut."

 Sumber Daripada Ustaz Mujiburrahman Ahmad Hafiz

Monday 5 December 2011

JIWA YANG TENTERAM

Jiwa yang tenteram hanya boleh dimiliki bagi orang yang jiwanya dekat dengan Allah SWT

Jiwa  yang sihat dan tenteram memiliki beberapa tanda, sebagaimana yang disebutkan oleh al-Imam Ibnu Qayyim al-Jauziyah di dalam kitab ،§Ighatsatul Lahfan min Mashayid asy-Syaithan.،¨ Di  antara tanda-tanda tersebut adalah mampu memilih segala sesuatu yang bermanfaat dan memberikan ketenteraman kepada jiwanya. Dia tidak memilih perkara-perkara yang berbahaya atau  yang menjadikan jiwanya sakit atau menderita. Tanda jiwa yang sakit adalah sebaliknya. Santapan jiwa yang paling bermanfaat adalah keimanan dan ubat yang paling mujarab adalah al-Quran. Selain itu, jiwa yang sihat memiliki sifat sebagaimana berikut:

1. Matlamatnya  Akhirat

Jiwa  yang sihat bergerak  dari dunia menuju ke akhirat dan seakan-akan telah sampai di sana.
Sehingga dia merasa seperti telah menjadi penghuni akhirat dan putera-puteri  akhirat. Dia datang dan berada di dunia ini seakan-akan sebagai orang asing, yang mengambil sekadar keperluannya, untuk  segera kembali  ke negeri asalnya. Nabi  s.a.w bersabda,


"Jadilah engkau di dunia ini seperti orang asing atau (musafir) yang melalui suatu jalan."
(HR. al-Bukhari)

Bila  jiwa  seseorang itu sihat,  dia akan mengembara menuju akhirat dan menghampirinya, sehingga seakan-akan dia telah menjadi penghuninya. Sedangkan bila jiwa tersebut sakit, maka dia akan terlena dengan dunia dan menganggapnya sebagai negerinya yang kekal, sehingga jadilah dia hamba kepadanya.

2. Keinginan Menuju Allah s.w.t.

Di antara tanda tenteramnya  jiwa  ialah selalu mendorong seseorang  untuk kembali kepada Allah s.w.t. dan tunduk kepada-Nya. Dia bergantung hanya kepada Allah, mencintai-Nya sebagaimana seseorang mencintai kekasihnya. Tidak ada kehidupan, kebahagiaan, kenikmatan, kesenangan kecuali hanya dengan ridha Allah, merasa dekat  dan rasa jinak terhadap-Nya. Merasa tenang dan tenteram dengan Allah, berlindung kepada-Nya, bahagia bersama-Nya, bertawakkal hanya kepada-Nya, yakin, berharap dan takut hanya kepada Allah .

Maka jiwa  tersebut akan selalu mengajak dan mendorong pemiliknya untuk mecari  ketenangan dan ketenteraman bersama Ilah sembahannya.  Tatkala itulah ruh benar-benar merasa kehidupan dan  kenikmatan dan menjadikan hidupnya lain daripada yang lain, bukan kehidupan yang penuh dengan kelalaian dan berpaling dari tujuan penciptaan manusia. Untuk tujuan menghamba kepada Allah s.w.t  inilah syurga dan neraka diciptakan, para rasul diutus dan kitab-kitab diturunkan.

Abul Husain al-Warraq berkata, "Hidupnya jiwa adalah dengan mengingat Zat Yang Maha Hidup dan Tidak  Pernah Mati, dan kehidupan yang nikmat adalah kehidupan bersama Allah, bukan selain-Nya."

Oleh karena itu terputusnya hubungan seseorang dengan Allah s.w.t. adalah  lebih dahsyat kepada  orang-orang arif yang mengenal Allah daripada kematian, karena terputus dari Allah adalah terputus dari al-Haq, sedang kematian adalah terputus dari sesama manusia.

3. Tidak Bosan Berzikir

Di antara  tanda sihatnya jiwa  adalah tidak pernah bosan untuk berzikir mengingat Allah s.w.t  Tidak pernah merasa jemu untuk mengabdi kepada-Nya, tidak terlena dan asyik dengan selain dari Nya, kecuali kepada orang yang menunjukkan  jalan kepada Nya, orang yang mengingatkan dia kepada Allah s.w.t.  atau saling mengingatkan dalam kerangka berzikir kepada-Nya.

4. Menyesal jika Tertinggal  dari Berzikir

Jiwa  yang sihat akan rasa  menyesal, merasa sedih dan sakit melebihi sedihnya seorang bakhil yang kehilangan hartanya jika tertinggal atau terlupa berzikir.

5. Rindu Untuk Beribadah

Jiwa  yang sihat selalu rindu untuk menghamba dan mengabdi kepada Allah  s.w.t. , sebagaimana rindunya seorang yang lapar terhadap makanan dan minuman.

6.Khusyu' Dalam Shalat

Jiwa  yang sihat  akan meninggalkan  segala keinginan dan sesuatu yang bersifat keduniaan ketika  sedang menunaikan solat. Sangat berhati-hati dalam masalah solat dan bersegera melakukannya, serta memperolehi ketenangan dan kenikmatan di dalam solat tersebut. Baginya solat merupakan kebahagiaan dan penyejuk hati dan jiwa.

7.Keinginannya Hanya kepada Allah

Jiwa  yang sihat, keinginannya  hanya satu,  iaitu kepada segala sesuatu yang diridhai Allah s.w.t..

8. Menjaga Waktu

Di antara tanda sihatnya jiwa  adalah merasa sayang jika waktunya hilang dengan sia-sia, melebihi sayang seorang yang kikir  terhadap hartanya.

9. Muhasabah  dan Memperbaiki Diri

Jiwa yang sihat senantiasa memberi  perhatian untuk terus memperbaiki amal, melebihi perhatian terhadap amal itu sendiri. Dia terus bersemangat untuk meningkatkan keikhlasan dalam beramal, mengharap nasihat, mutaba'ah  dan ihsan (seakan-akan melihat Allah s.w.t. dalam beribadah, atau selalu merasa dilihat Allah). Di samping itu dia selalu memperhatikan pemberian dan nikmat dari Allah s.w.t. serta kekurangan dirinya di dalam memenuhi hak-hak-Nya.

Demikian di antara beberapa fenomena dan karakteristik yang menunjukkan  sihatnya jiwa seseorang.

Dapat disimpulkan bahwa jiwa  yang sihat dan tenteram adalah qalbu yang himmah (keinginannya ) kepada sesuatu yang menuju Allah s.w.t. , mencintai-Nya dengan sepenuhnya, menjadikan-Nya sebagai matlamat. Jiwa raganya untuk Allah, amalan, tidur, bangun dan bicaranya hanyalah untuk-Nya. Dan ucapan tentang segala yang diridhai Allah lebih dia sukai daripada segala pembicaraan yang lain, fikirannya selalu tertuju kepada apa sahaja  yang diridhai dan dicintai-Nya.

Berkhalwah (menyendiri) untuk mengingat Allah s.w.t lebih dia sukai daripada bergaul dengan orang, kecuali dalam pergaulan yang dicintai dan diridhai-Nya. Kebahagiaan dan ketenangannya adalah bersama Allah, dan ketika dia mendapati dirinya berpaling kepada selain Allah, maka dia segera mengingat firman-Nya,

”Hai jiwa yang tenang. Kembalilah kepada Rabbmu dengan hati yang puas lagi diridhai-Nya.
،¨ (QS. 89:27-28)

Dia selalu mengulang-ulang ayat tersebut, dengan harapan dia akan mendengarnya nanti pada hari Kiamat dari Rabbnya. Maka akhirnya jiwa tersebut di hadapan Ilah dan Sesembahannya yang Haq akan terwarna dengan sibghah (celupan) sifat kehambaan. Sehingga jadilah dia  abdi sejati sebagai di segi sifat dan karakternya, ibadah adalah nikmat bukannya  beban yang memberatkan. Dia melakukan ibadah dengan rasa gembira, cinta dan rasa dekat kepada  Rabbnya.

Ketika diajukan kepadanya perintah atau larangan dari Rabbnya, maka hatinya berkata , "Aku sambut  panggilan-Mu, aku penuhi dengan suka cita, sesungguhnya aku mendengar, taat dan akan melaksanakannya. Engkau berhak dan layak mendapat  semua itu, dan segala puji kembali hanya kepada-Mu.
،¨

Apabila ada takdir menimpanya maka dia mengatakan, " Ya Allah, aku adalah hamba-Mu, miskin dan memerlukan-Mu, aku hamba-Mu yang fakir, lemah tidak berdaya. Engkau adalah Rabbku yang Maha Mulia dan Maha Penyayang. Aku tidak  mampu untuk bersabar  jika Engkau tidak menolongku untuk bersabar, tidak ada kekuatan bagiku jika Engkau tidak membantuku  dan memberiku kekuatan. Tidak ada tempat bersandar bagiku kecuali hanya kepada-Mu, tidak ada yang dapat memberikan pertolongan kepadaku kecuali hanya Engkau. Tidak ada tempat berpaling bagiku dari pintu-Mu, dan tidak ada tempat untuk lari dari-Mu.
،¨

Dia mempersembahkan segalanya hanya untuk Allah s.w.t, dan dia hanya bersandar kepada-Nya. Apabila ditimpa sesuatu yang tidak disukai maka dia berkata, "Rahmat telah dihadiahkan untukku, ubat yang sangat bermanfaat dari Zat Pemberi Kesembuhan yang mengasihiku." Jika dia kehilangan sesuatu yang dia sukai, maka dia berkata, "Telah disingkirkan keburukan dari sisiku."

Semoga Allah s.w.t memperbaiki jiwa kita semua, dan menjaganya dari penyakit-penyakit yang merosak dan membinasakan, Amin.

Sumber Asal : Mawaridul Aman al Muntaqa min Ighatsatil Lahfan fi Mashayid asy-Syaithan, penyusun Syaikh Ali bin Hasan bin Ali al-Halabi.

Adaptasi dari artikel yang disiarkan oleh  www.alsofwah.or.id


 Sumber Daripada Ustaz Mujiburrahman Ahmad Hafiz