Friday 25 May 2012

~PELBAGAI IMPIAN,SATU DESTINASI~



Baiklah...hari ini ana ingin berkongsi tentang satu cerita Anime yang Top...
Dan Semestinya para pembaca sekalian pasti kenal Anime yang bertajuk


"One Piece"





Kenal bukan...Dan sememangnya ia sangat popular dalam kalangan peminat-peminat Anime
Termasuklah Ana sendiri meminati Anime ini...ha3..tak kisahlah walau dah besar panjang
He3...Sebab Jalan ceritanya memang best dan memberikan banyak pengajaran setaraf dengan cerita Naruto dan Dragon Ball..


Baiklah Ana kongsi serba sedikitlah kefahaman peribadi ana mengenai cerita "One Piece" nie...Watak utama ceritanie ialah Luffy..atau nama penuhnya Monkey D.Luffy.. Seorang remaja yang mempunyai Impian Untuk menjadi Raja Lanun...Dan belayar ke Lautan perkuburan Lanun iaitu Grand Line... Impian beliau dah mantap tapi masalahnya...Beliau langsung tak tahu apa2 tentang bab pelayaran dan mengambil keputusan untuk mencari kru2 kapal yang hebat untuk membantunya mencapai Impiannya...Dan yang hebatnya...Setiap kru2 kapalnya ada impian masing2 tetapi Destinasi yang ingin dituju adalah tempat yang sama....




Baiklah Jom kita lihat Luffy...Impian beliau adalah untuk menjadi Raja Lanun bagi menggantikan tempat Gold Roger..Raja Lanun yang telah dihukum bunuh...jadi salah satu cara untuk beliau mendapatkan gelaran Raja Lanun ialah dengan berlayar ke Grand Line..




Roronoa Zoro(Zoro)...Seorang lelaki yang sentiasa serius...Mempunyai Impian untuk menjadi Seorang Pahlawan Pedang yang Hebat di Dunia...Dan saingan beliau adalah Jalquier Mihawk(hawk)..Pemedang Misteri yang sentiasa berada di Grand Line...Meskipun beliau hampir hilang nyawa di tangan hawk..Tetapi Impian beliau tidak pernah goyah dan untuk mendapat gelaran Pahlawan Pedang Terhebat beliau mesti pergi ke Grand Line untuk Tumpaskan Hawk...



Sanji seorang Tukang Masak yang hebat..Dan ingin pergi ke All Blue...Iaitu lautan yang menyimpan Seribu khazanah Hidupan laut...walaupun orang sekelilingnya sering cuba mematahkan semangatnya untuk Berhenti mencari All Blue. Namun, beliau mengendahkannya dan bercadang untuk pergi ke Grand Line bagi mencari All Blue...



Usopp..lelaki yang pakar menipu...tapi impiannya lebih kurang sama dengan Zoro iaitu ingin menjadi Seorang Penembak Tepat yang hebat seperti ayahnya Yasopp...dan dalam perjalanan ke Grand Line.. Beliau sering berusaha untuk membaiki sasarannya...



Dan last sekali...banyak gi tapi cukuplah setakatnie...Nami, Seorang Pakar Pelayaran ... pada asalnya beliau mencuri untuk mendapatkan Wang sebanyak 10 juta beli untuk menyelamatkan kampungnya daripada kekejaman Lanun yang Jahat..dan setelah masalahnya selesai Impiannya bertukar untuk melakar Peta Grand Line...




Panjang lebarnya....Tapi point yang ingin ana sampaikan bukanlah untuk nak memperkenalkan Anime.. One Piece atau nak ceritakan serbah sedikit tentang Latar Belakang Watak2 One piece... Tetapi apa yang ana hendak sampaikan ialah...


Setiap yang bergelar Insan pasti punya matlamat/Impian mereka tersendiri.. Dan dalam mengejar impian masing-masing tak kira apa pun Impian yang hendak kita kejar tau kecapi...Satu destinasi yang perlu kita tuju adalah Satu iaitu Redha Ilahi...Itulah destinasi kita yang sebenar.. dengan mendapat redha Ilahi..Insya Allah segala impian yang kita kejar akan kita dapat dengan Mudah dan ada manfaat yang akan kita dapat daripada-Nya...Insya Allah...


Oleh itu, Marilah Muslimin dan Muslimat sekalian..kita bawa Impian dan matlamat ke arah satu Destinasi iaitu ke Grand Line(Redha Ilahi...)..disana nanti segala yang kita inginkan akan kita dapat..Insya Allah...


~Sekadar Renungan bersama...Insya Allah memberikan faedah kepada kita semua...~


P/S:- ~Segala yang baik itu datang daripada Allah SWT..Dan Segala yang buruk itu juga datang daripada Allah SWT tetapi disandarkan di atas kelemahan dan kedaiffan diri ana insan yang lemah....Wuallahuallam..~

No comments: