Wednesday 30 November 2011

MEREKA YANG MENGGENGGAM BARA API

Syaikh Abu Usamah Salim bin Ied Al Hilaly

 
Dari Abu Umayyah Asy Sya' baniy berkata: Aku bertanya kepada Abu Tsa'labah: "Ya Aba Tsa'labah apa yang engkau katakan tentang ayat Allah yang bermaksud :
“Wahai orang-orang yang beriman! Jagalah sahaja diri kamu (dari melakukan sesuatu yang dilarang oleh Allah). Orang-orang yang sesat tidak akan mendatangkan mudarat kepada kamu apabila kamu sendiri telah mendapat hidayat petunjuk (taat mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya) (QS. Al Maidah: 105)

Berkata Abu Tsa'labah:

"Demi Allah, aku telah bertanya kepada Rasulullah s.a.w tentang ayat itu, maka beliau bersabda yang maksudnya:
"Beramar ma'ruf dan nahi mungkarlah kamu sehingga (sampai) kamu n melihat kebakhilan sebagai perkara yang dita'ati, hawa nafsu sebagai perkara yang diikuti; dan dunia (kemewahan) sebagai perkara yang diagungkan (setiap orang mengatakan dirinya di atas agama Islam dengan dasar hawa nafsunya. Dan Islam bertentangan dengan apa yang mereka sandarkan padan kamu (tetaplah di atas diri-diri ) dan tinggalkanlah orang-orang awam kerana sesungguhnya pada hari itu adalah hari yang penuh dengan kesabaran (hari di mana seseorang yang sabar menjalankan al haq dia akan mendapatkan pahala yang besar dan berlipat kali ganda). Seseorang yang bersabar pada hari itu seperti seseorang yang memegang sesuatu di atas bara api, seseorang yang beramal pada hari itu sama pahalanya dengan 50 orang yang beramal sepertinya."
Seseorang bertanya kepada Rasulullah s.a.w yang artinya: "Ya Rasulullah, pahala 50 orang dari mereka?" Rasulullah s.a.w berkata: "Pahala 50 orang dari kamu (para Sahabat Rasulullah s.aw.)"
{HR.Abu Daud: 4341, At Tirmizi: 3058, dan dihasankan olehnya; Ibnu Majah: 4014, An Nasai dalam kitab Al Kubro: 9/137-Tuhfatul Asyrof, Ibnu Hibban: 1850-Mawarid, Abu Nuaim dalam Hilyatul Aulia: 2/30, Al Hakim: 4/322-disahihkan dan disetujui oleh Az-Zahabi, Ath Thahawi dalam Misykalul Atsar: 2/64-65, Al Baghawi dalam Syarhu Sunnah: 14/347-348 dan dalam Ma'alimul Tanzil: 2/72-73, Ibnu Jarir Ath Thabari dalam Jamiul Bayan: 7/63, Ibnu Wadloh Al Qurtubi dalam Al bida'u wa nahyuanha: 71, 76-77; Ibnu Abi Dunya dalam Ash Shobr: 42/1} Hadits Tsabit dari Rasulullah dengan syawahidnya (jalan lainnya).

Dalam hadis Rasullullah s.a.w di atas menunjukkan:
- Kewajiban untuk terus beramal ma'ruf nahi munkar sampai datang masa yang disifatkan oleh Rasulullah s.a.w.
Masa yang disifatkan oleh Rasullulllah s.a.w tersebut menunjukkan bahawa tidak bermanfaat lagi amal ma'ruf nahi munkar kerana disebabkan kerosakan manusia pada waktu itu.

Terkadang ada pertanyaan yang mengatakan: bagaimana derajat pahala yang diberikan orang-orang yang bersabar dalam beramal di atas al haq pada waktu itu berlipat kali ganda dibandingkan dengan amalan para sahabat r.a? Di mana, mereka adalah generasi pertama yang membangun Islam, menegakkan cahaya Islam, membuka negeri-negeri, meninggikan kekuasaan dan menancapkan Agama Allah.

Dan Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya : "Sekiranya kamu menginfakkan emas sebesar Gunung Uhud setiap hari, tidak akan dapat menyamai mereka (para sahabat Rasullullah s.a.w) meskipun setengahnya." {Hadis sahih, lihat takhrijnya dalam (Juz'u Muhammab bin Ashim An Syuyukhihi: 12)}
Maka jawabannya adalah sesungguhnya para sahabat Rasulullah s.a.w adalah generasi yang telah masyhur amalannya, tiada satupun manusia setelah generasinya yang sebanding amalannya dengan mereka. Mereka telah menjalankan amal ma'ruf nahi munkar sebagai perkara yang besar untuk membuka dan mengukuhkan agama Allah iaitu Al-Islam.

Bilangan mereka di awal Islam sangat sedikit disebabkan kerana berkuasanya orang-orang kafir di atas al haq. Demikian juga di akhir zaman akan kembali keadaannya seperti di awal kemunculan Islam. Di mana janji tersebut dipersaksikan di atas lisan yang selalu benar perkataannya iaitu Rasulullah s.a.w. yang telah menceritakan akan terjadinya kerosakan zaman, munculnya fitnah, berkuasanya kebatilan, berkuasanya dan tingginya manusia dalam mengganti dan merubah al haq, terjatuhnya kaum muslimin kepada jalan yang ditempuh oleh golongan ahli kitab sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang ertinya: "Islam datang dalam keadaan asing dan akan kembali asing sebagaimana datangnya." (Hadits Mutawatir, lihat kitab ku: Tuba lil Ghuroba, Al Ghurbatu wal Ghuroba, Penerbit Darul Hijroh, Damam)

Maka pasti terjadi -Wallahu a'lam- keadaan yang telah dijanjikan oleh Ash Shoodiq (yang benar perkataannya) s.a.w iaitu Islam akan kembali seperti awalnya di mana lemahnya amar ma'ruf nahi munkar sehingga seseorang yang berdiri menjalankan al haq dalam keadaan dilingkupi ketakutan dan dia telah menjual dirinya kepada Allah dalam doanya, sehingga Allah lipat gandakan pahalanya lebih besar dari pada keadaan para sahabat r.a. yang mereka adalah orang orang yang mutamakin (tetap dan kuat) dalam beramar maruf nahi mungkar, dan pada waktu itu banyak sekali orang yang memberikan pertolongan kepada orang yang beramar ma'ruf nahi mungkar serta banyak sekali orang yang menyeru kepada Allah Ta'ala (yakni pada zaman shahabat ).

Dan ini sesuai dengan apa yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w iaitu ketika beliau mengkhabarkan bahawa pahala mereka akan dilipatgandakan sama dengan 50 orang amalan yang dilakukan oleh para sahabat r.a. yang kemudian Nabi ‘s.a.w mengatakan (ertinya): "Kerana sesungguhnya kamu (para sahabat) di atas kebaikan dan dalam keadaaan kamu mendapatn banyak pertolongan sedang mereka dan orang-orang yang beramal di atas al haq (di akhir zaman) tidak mendapat pertolongan."


Sehingga akhirnya sampailah pada zaman terputusnya amal kebaikan (tidak ada lagi orang-orang yang menjalankan amal kebaikan) kerana lemahnya keyakinan dan agama. Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang ertinya: "Tidak akan tegak hari kiamat sampai tidak disebut (dikatakan) di bumi lafaz: 'Allah Allah". {HR.Muslim dari Anas bin Malik r.a.}

Hadis ini mempunyai makna tidak ada seorang muwahid (orang yang mentauhidkan Allah) pun yang tinggal di bumi, yang berzikir mengucapkan lafadz ‘laa ilaaha illallah’ dan tidak seorang pun yang beramar ma'ruf nahi mungkar mengucapkan: "Aku takut kepada Allah".

Apabila demikian keadaannya, seseorang yang berakal pada waktu itu menginginkan (berangan-angan) untuk mati sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w (ertinya): "Tidak akan tegak hari kiamat sehinggga seseorang berjalan di kubur saudaranya (seseorang) kemudian berkata: 'Sekiranya aku menempati tempatnya.' (Muttafaqun'alaih, dari hadis Abu Hurairah r.a.)


Siapakah
القابضون على الجمر ?
Mereka adalah orang-orang yang mendapatkan tarbiyah dan bukan hizbi (golongan yang berbangga dengan kelompoknya).

Mereka adalah orang-orang yang teguh di atas asas Al-Qur'an dan As Sunnah, berdiri menghiasi dirinya dengan dakwah kepada keduanya dengan berlandaskan manhaj (jalan) kenabian, tidak tergoyahkan dengan nama, alamat, dan bentuk. Kerana sesungguhnya kedudukan ini adalah bahagian dari syi'ar-syi'ar ubudiyah (peribadatan) yang digariskan di atas petunjuk Rasulullah s.a.w. dan para sahabatnya.

Berkata Al-Allamah Ibnu Qayyim Al-Jauziah ketika menyebutkan tanda orang-orang yang selalu menjalankan peribadatan (di atas dalil) dalam kitabnya Madarijus Salikin juz III/174):
“Mereka tidak menyandarkan dirinya pada suatu nama yang dengan nama tersebut mereka masyhur di kalangan manusia; tidak membatasi dengan satu amal dari sekian banyak amal yang dengannya dikenal manusia (hanya setakat satu amalan) kerana hal ini menyebabkan mudharat dalam peribadatan; tidak dibatasi dengan nama tertentu yang menyebabkan perbezaan dan perpecahan; tidak terkait dengan formaliti, isyarat, kesempurnaan dan peraturan yang ditetapkan. Bahkan sebaliknya, apabila ditanya:

Siapa syaikhnya?
Dia akan menjawab: "Rasulullah s.a.w"

Apa jalan yang ditempuh ?
Dia akan menjawab: "Al-ittiba' (mengikuti sunnah Rasulullah s.a.w)

Apa pakaiannya?
Dia kan menjawab: "Pakaiannya adalah taqwa."

Apa mazhabnya?
Dia akan menjawab: "Berhukum di atas Assunnah"

Apa yang dituju dan dicari?
Dia akan menjawab: (
يريدون وجهه)
“Mereka menghen
daki wajah Allah".
(Q.S. Al An'aam : 52).

Dimana tempat jaganya?
Dia akan menjawab: Firman Allah yang artinya :
“(Bertasbih) di masjid-masjid yang telah diperintahkan untuk dimuliakan dan disebut nama-Nya di dalamnya pada waktu pagi dan petang. (iaitu) laki-laki yang tidak dilalaikan oleh perniagaan dan tidak (pula) oleh jual beli dari mengingat Allah dan (dari) mendirikan solat, dan (dari) membayar zakat. Mereka takut pada suatu hari yang (di hari itu) hati dan penglihatan menjadi goncang." (Q.S. An Nuur : 36-37)

Pada siapa nasabnya disandarkan?
Dia akan menjawab: "Bapanya adalah Islam, tidak ada bapa selainnya."

Apa makanan dan minumannya?
Dia akan menjawab: "Hidup di bawah pohon sampai bertemu Rabb-nya"

Dan sungguh dia telah ditanya oleh sebagian imam mengenai "sunnah".
Maka beliau (Ibnu Qayyim) menjawab: "sesungguhnya ahlussunnah tidak menyandarkan kepada nama, kecuali nama sunnah."

Sebaliknya, golongan hizbi adalah golongan yang menetapkan dan terikat dengan peraturan resmi dari amalan "kebajikan resmi" dan istilah-istilah yang dihiasi sehingga terlihat “kebajikan resmi” itu adalah satu-satunya amal yang sesuai dengan sunnah. Tetapi pada hakikatnya mereka adalah golongan yang jauh dari bimbingan sunnah Rasulullah s.a.w. Apabila disebutkan kepada mereka perkara yang berkaitan dengan al wala' fillah (pemberian ketaatan kerana Allah), permusuhan yang disebabkan atas pemberian al wala' fillah, amar ma'ruf nahi mungkar, mereka akan mengatakan dan menuduh bahawa yang demikian adalah perkara yang berlebihan dan akan mengakibatkan kerusakan dan mudarat.

Apabila mereka melihat di antara sesamanya (anggotanya) terdapat orang-orang yang menegakkan (mengamalkan) hal-hal tersebut, mereka akan mengeluarkannya dan
mencari pengganti yang sesuai dengan peraturan mereka
Saya tidak mengetahui bila mereka memahami bahawa sesungguhnya lingkaran Islam itu paling luas, persaudaraan di atas dasar keimanan itu yang paling penting, dan jalan yang ditempuh oleh generasi salaf itu yang paling alim, paling hakim, dan paling selamat. Sesungguhnya seluruh golongan hizbi dalam keadaan berbangga dengan kelompok dan golongannya masing-masing. Sungguh mereka telah menyandarkan qudwah-nya (suri tauladan) kepada selain Rasulullah s.aw. menyeru ke jalan yang lain dari jalan beliau , memberikan al wala' wal bara' kerana sebab selain beliau s.a.w . Mereka telah menulis perkataan yang tidak bersumber dari alqur'an dan assunnah dan menyandarkan diri kepadanya.

Apabila dibuka hijab yang menutupi mereka (golongan orang-orang hizbi) akan ditemukan bahawa mereka adalah golongan yang mentaati kebakhilan, mengikuti hawa nafsu, dan mengagungkan dunia atau kemewahan (mereka menyatakan dirinya di atas agama Islam dengan dasar hawa nafsunya. Dan Islam bertentangan dengan apa yang mereka sandarkan padanya), mereka merasa takjub dengan akal pemikirannya.
Oleh sebab itulah Islam yang hakiki sangat asing dan orang-orang yang mengamalkannya sangat asing sekali keadaannya di antara manusia.

Bagaimana tidak mungkin mereka sebagai orang-orang yang sangat asing dil kalangan manusia ?! Mereka adalah satu kelompok yang sangat sedikit pengikutnya diantara 72 golongan (sebagaimana yang telah dikhabarkan oleh Rasulullah s.a.w) yang masing-masing mempunyai pengikut, pemimpin, bendera, dan wilayah yang mereka tidak berdiri dan berjalan kecuali menyimpang dari jalan yang telah dibimbing oleh Rasulullah s.a.w. Apabila satu kelompok tersebut mengamalkan salah satu hukum Islam yang hakiki, yang telah dibimbing oleh Rasulullah s.a.w, maka hal tersebut menjadi sesuatu yang paling bertentangan dengan hawa nafsu, kenikmatan, syubhat, dan syahwat dari 72 golongan tersebut. Karena syubhat dan syahwat merupakan cita-cita akhir dari kehendak dan maksud mereka (72 golongan).

Satu kelompok tersebut adalah sebagai orang-orang yang paling asing di antara orang-orang yang menjadikan kebakhilan sebagai perkara yang dita'ati, hawa nafsu sebagai perkara yang diikuti; dan dunia (kemewahan) sebagai perkara yang diagungkan.
Pahala yang sangat besar ini [sebagaimana disebutkan dalam hadis Rasulullah s.a.w. di atas diberikan kepada mereka kerana dia adalah sangat asing di antara manusia, dan berpegang teguhnya kepada sunnah Rasulullah s.a.w di antara kegelapan hawa nafsu dan pemikiran manusia.

Apabila seorang mukmin yang telah diberikan rezeki pemahaman dalam agamanya, kefakihan dalam sunnah Rasul-Nya, pemahaman dalam kitab-Nya, hendak berjalan dan mengamalkan bimbingan Allah dan Rasul-Nya, dalam keadaan dia melihat manusia dihiasi dengan hawa jalan nafsu, bid'ah, kesesatan, dan penyimpangan dari shirothol mustaqim yang telah ditempuh oleh Rasulullah s.aw, maka orang mukmin tersebut telah mempersiapkan dirinya menjadi tempat celaan, fitnah, caci makian, dan hinaan dari orang-orang yang jahil dan ahli bidaah. Demikan juga penggembosan dan peringatan kepada manusia untuk menjauhinya. Sebagaimana keadaan salaf (pendahulu) mereka, iaitu Rasulullah s.a.w. sebagai imamnya orang-orang yang beriman dan pengikut-pengikutnya dari perlakuan orang-orang kafir pada waktu itu.
Apabila orang-orang yang jahil dan ahli bidaah diseru untuk kembali ke shirothol mustaqim, dengan segala penghinaan yang ada pada mereka, mereka tetap berbangga di atas kesesatannya.

Maka seseorang yang tetap di atas Islam yang hakiki (satu kelompok yang telah di khabarkan oleh Rasulullah s.a.w. ), dia berada dalam keadaan:
-Asing dalam agamanya, kerana kerosakan agama kaum muslimin.
-Asing di dalam berpegang teguh di atas sunnah, kerana berpegang teguhnya kaum muslimin dengan bid'ah-bid'ah.
-Asing dalam akidahnya (keyakinannya), karena rosaknya akidah kaum muslimin.
-Asing dalam solatnya, karena buruk dan rosaknya solat kaum muslimin.
-Asing dalam manhajnya (jalannya), kerana kesesatan dan kerosakan jalan yang ditempuh oleh kaum muslimin.
-Asing dalam penyandarannya, kerana bertentangan dengan penyandaran kaum muslimin.
-Asing dalam muamalahnya (hubungannya) dengan kaum muslimin, karena kaum muslimin bermuamalah di atas hawa nafsu mereka.

Kesimpulannya : Dia sebagai seorang yang asing dalam seluruh perkara dunia dan akhiratnya, dia tidak menemukan kaum muslimin yang membantu dan memberikan pertolongan kepadanya. Dia menjadi orang yang:
- ‘Alim diantara orang-orang yang jahil,
- Pembawa sunnah diantara orang-orang ahlul bida',
- Da'i yang menyeru kepada Allah dan Rasul-Nya diantara da'i-da'i yang menyeru kepada hawa nafsu dan bid'ah-bid'ah,
- Memerintahkan kepada perkara yang ma'ruf (baik) dan melarang dari perbuatan mungkar di kalangan kaum muslimin yang menganggap perkara yang ma'ruf adalah mungkar dan perkara yang mungkar adalah ma'ruf.
(Madarijus Salikin: Ibnu Qoyyim Al Jauziyah; Juz III/198-200)

Mereka adalah kelompok pembeda antara al haq dan al bathil yang berada di atas dasar alqur'an dan assunnah baik dari sisi akidah, manhaj, mahupun amal.
Kejelasan seorang mu’min, baik da’i maupun mad’u (kaum muslimin yang diseru) berada di atas dasar al haq merupakan perkara yang dharuri (asas), kerana kebathilan banyak dihiasi dan ditampilkan dalam bentuk atau pakaian iman. Khususnya golongan orang-orang hizbi dan peribadi-peribadi yang dahulunya mengetahui dan memahami tentang iman kemudian menyimpang dan menyelisihinya. Kerana mereka berkeyakinan bahawa setelah penyimpangannya tersebut, pemikirannya tetap di atas petunjuk (kebenaran). Apabila seorang da'i demikian keadaannya, maka dia akan menimbulkan kerosakan terhadap Islam yang hakiki.

Seorang muslim yang tetap dan kokoh dalam menjalani agamanya akan senantiasa adil dalam muamalahnya. Tidak bersifat lemah lembut kepada pendusta-pendusta dari golongan Yahudi, Nashara, dan yang lainnya, menempatkan lemah lembut dan lawannya sesuai dengan bimbingan Allah dan Rasul-Nya; paling baik muamalahnya kepada keluarga, isteri dan anak-anaknya; paling tinggi pemeliharaannya kepada sesuatu yang mudah, sulit, dan perkara yang berkaitan dengan kabar gembira. Allah 'Azza wa Jalla berfirman (yang artinya):
"Maka janganlah kalian mentaati orang-orang yang mendustakan (ayat-ayat Allah). Maka mereka menginginkan supaya kalian bersikap lunak (lemah lembut) lalu mereka bersikap lunak (pula kepada kalian)". (Q.S. Al Qalam : 8-9)
"Dan orang-orang yang mengikuti syahawatnya bermaksud supaya kalian berpaling sejauh-jauhnya (dari kebenaran)".(Q.S. An Nisaa' : 27)
"Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan redha kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka". (Q.S. Al Baqoroh : 120)

Perhatikanlah sikap yang haq dalam melepaskan diri dari kesyirikan, dan orang-orang yang menjalankannya di dalam alqur'an (yang artinya):
”Katakanlah: 'Hai orang-orang kafir, aku tidak akan beribadah kepada apa yang kalian ibadahi, dan kamu bukan penyembah Rabb yang aku ibadati, dan aku tidak pernah beribadat kepada apa yang kalian ibadati, dan kalian tidak pernah pula menjadi penyembah Rabb yang aku ibadati. Untuk kalianlah agama kalian dan untukkulah agamaku". (Q.S. Al Kaafirun : 1-6)

Dan perhatikanlah permisalan yang dicontohkan dengan sangat jelas oleh Rasulullah s.a.w kepada para sahabatnya r.a. : {"Kami duduk disisi Rasulullah s.a.w., maka beliau membuat satu garis lurus di depannya demikian, dan berkata: 'Ini adalan jalan Allah Azza wa Jalla'. Kemudian beliau membuat garis-garis di sebelah kanan dan kiri garis lurus tersebut, dan berkata: 'Ini adalah jalan-jalan syaithan'. Kemudian beliau meletakkan tangannya pada garis lurus yang ada di tengah-tengah dan beliau membaca ayat yang mulia ini (yang ertinya):
"Dan bahawa (yang Kami perintahkan) ini adalah jalan-Ku yang lurus, maka ikutilah dia; dan janganlah kalian ikuti jalan-jalan (yang lain), kerana jalan-jalan itu mencerai-beraikan kalian dari jalan-Nya. Yang demikian itu diperintahkan Allah kepada kalian agar kalian bertaqwa".(QS. Al An'am: 153)}.
{Hadis Shahih dari jalan sahabat Jabir bin Abdillah, Abdullah bin Mas'ud, Abdullah bin 'Abbas r.a..Lihat takhrijnya dalam Kitab Kami : Al Junnah fi Takhrijis Sunnah , Hal 5-8).
 
Ketahuilah saudara-saudara seiman, sesungguhnya sifat tetap istiqomah dalam memelihara Islam dan terus menerus di atas manhaj Al Haq adalah kenikmatan yang sangat besar. Dia adalah wali Allah dan hamba pilihan-Nya yang senantiasa mendapat  kecintaan dari-Nya. Dengan sifat itulah hamba-hamba Allah akan teruji. Allah ta’ala berfirman, berbicara kepada hambanya Muhammad s.a.w (yang mafhumnya):

"Dan kalau Kami tidak memperkuat (hati) mu, niscaya kamu hampir-hampir condong sedikit kepada mereka. Kalau terjadi demikian, benar-benarlah Kami akan rasakan kepadamu (siksaan) berlipat ganda di dunia ini dan begitu (pula siksaan) berlipat ganda sesudah mati, kemudian kamu tidak akan mendapat seorang penolongpun terhadap Kami."(Q.S. Al Isra' :74-75)

Allah telah memerintahkan kepada malaikat untuk menetapkan ahlul iman (orang-orang yang beriman) dengan firman-Nya (yang mafhumnya):

"(Ingatlah), ketika Rabbmu mewahyukan kepada para malaikat: "Sesungguhnya Aku bersama kalian, maka teguhkanlah (pendirian) orang-orang yang beriman".
(Q.S Al Anfaal :12)

Allah telah mensyariatkan prinsip-prinsip,yang  barangsiapa yang berjalan di atasnya Dia akan memberikan terus menerus sifat keteguhan dan nikmat terus menerus untuk mencintai sifat keteguhan tersebut.

 
Prinsip-prinsip tersebut adalah:

1.
Menolong agama Allah.
Allah ta’ala berfirman (yang mafhumnya):
"Hai orang-orang yang beriman, jika kamu  menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolong kamu dan meneguhkan kedudukan-kedudukan kamu.
(Q.S. Muhammad : 7)

2.
Dengan perkataan yang teguh dan benar. Allah ta’ala berfirman (yang mafhumnya):
"Allah meneguhkan (iman) orang-orang yang beriman dengan ucapan yang teguh itu dalam kehidupan di dunia dan di akhirat, (Q.S. Ibrahim: 27)

3.
Infaq di jalan Allah.
Allah yang Maha Tinggi dan Terpuji berfirman (yang artinya):
"Dan perumpamaan orang-orang yang menginfaqkan hartanya karena mencari keridhaan Allah dan untuk keteguhan jiwa mereka, seperti sebuah kebun yang terletak di dataran tinggi yang disiram oleh hujan lebat, maka kebun itu menghasilkan buahnya dua kali lipat, Jika hujan lebat tidak menyiraminya, maka hujan gerimis (pun memadai). Dan Allah Maha Melihat apa yang kalian perbuat." (Q.S. Al Baqarah : 265)
 
4. Berdoa.
 
Allah ta’ala berfirman (yang mafhumnya):
 
"Tatkala mereka nampak oleh Jalut dan tenteranya, merekapun (Thalut dan tentaranya) berdoa: "Ya Rabb kami, tuangkanlah kesabaran atas kami dan tolonglah kami terhadap orang-orang kafir". (Q.S. Al Baqarah : 250)
 
(Dan firman Allah ta’ala yang mafhumnya ) : “Dan berapa banyaknya Nabi yang berperang bersama-sama mereka sejumlah besar pengikut (nya) yang bertakwa. Mereka tidak menjadi lemah kerana bencana yang menimpa mereka di jalan Allah, dan tidak lesu dan tidak (pula) menyerah (kepada) musuh. Allah menyukai orang-orang yang sabar. Tidak ada do'a mereka selain ucapan: "Ya Rabb kami, ampunilah dosa-dosa kami dan tindakan-tindakan kami dan tetapkanlah pendirian kami, dan tolonglah kami terhadap kaum yang kafir". Kerana itu Allah memberikan kepada mereka pahala di dunia dan pahala yang baik di akhirat. Dan Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebaikan.”
(Q.S.Ali Imran :146-148)

5.
Menjalankan perkara-perkara yang diperintahkan-Nya dan menjauhi perkara yang dilarang.

Setiap hamba yang benar perkataannya dan baik (hasan) amalnya maka dia adalah hamba yang paling tetap keteguhan dan keistiqomahannya. Allah ta’ala berfirman (yang mafhumnya):
 
"Dan sesungguhnya kalau Kami perintahkan kepada mereka: "Bunuhlah dirimu atau keluarlah kamu dari dari kampungmu:, niscaya mereka tidak akan melakukannya, kecuali sebagian kecil dari mereka. Dan sesungguhnya kalau mereka melaksanakan pelajaran yang diberikan kepada mereka, tentulah hal yang demikian itu lebih baik bagi mereka dan lebih menguatkan iman mereka, dan kalau demikian, pasti Kami berikan kepada mereka pahala yang besar dari sisi Kami, dan pasti Kami tunjuki mereka kepada jalan yang lurus. Dan barangsiapa yang menta'ati Allah dan Rasul (Nya), mereka itu akan bersama-sama dengan orang-orang yang dianugerahi nikmat oleh Allah, yaitu: Nabi-nabi, para shiddiiqiin, orang-orang yang mati syahid dan orang-orang yang saleh. Dan mereka itulah teman sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah kurnian dari Allah, dan Allah cukup mengetahui. Hai orang-orang yang beriman, bersiap-siagalah kamu, dan majulah (ke medan pertempuran) berkelompok-kelompok, atau majulah bersama-sama!"
(Q.S. An Nisaa': 66-71)

6.
Tadabbur Al Quranul Kariim.
 
Ketahuilah wahai hamba muslim, sesungguhnya hukum ketetapan dan asal tentang sifat keteguhan dan keistiqomahan bersumber dari kitabullah dan sunnah Rasul-Nya s.a.w.
 
Allah ta’ala berfirman (yang artinya):
"Katakanlah: "Ruhul Qudus (Jibril) menurunkan Al Qur'an itu dari Rabbmu dengan haq, untuk meneguhkan (hati) orang-orang yang telah beriman, dan menjadi petunjuk serta khabar gembira bagi orang-orang yang berserah diri (kepada Allah)".(Q.S.An Nahl :102)

7.
Menjadikan orang-orang yang soleh sebagai qudwah.

 
Allah ta’ala berfirman(yang artinya) :
Orang-orang itu tidak mampu menghalang-halangi Alloh untuk (mengadzab mereka) di bumi ini, dan sekali-kali tidak ada bagi mereka penolong selain Alloh. Siksaan itu dilipat gandakan kepada mereka. Mereka selalu tidak dapat mendengar (kebenaran) dan mereka selalu tidak dapat melihat(nya)." (Q.S. Huud : 20)

Ini semua adalah sifat yang telah diwahyukan dan ditanamkan oleh Rabbul'alamin di atas kesempurnaan janji ma'iyyah dan pengawasan dari-Nya yang menunjukan bahwa Thoifah Al Manshuroh, mereka tidak mampu diatur kedudukannya dan dicabut atau dirubah akar pangkalnya oleh musuh-musuh Allah meskipun dalam keadaan musuh-musuh Allah itu bersatu. Ath Thoifah Al Manshuroh mereka adalah orang-orang yang dipermisalkan oleh Allah dalam ayat Al Quran (artinya ):

"Tidaklah kamu perhatikan bagaimana Allah telah membuat permisalan kalimat yang baik seperti pohon yang baik, akarnya teguh dan cabangnya (menjulang) ke langit, pohon itu memberikan buahnya pada setiap musim dengan seizin Rabbnya. Alloh membuat permisalan-permisalan itu untuk manusia supaya mereka selalu ingat." (Q.S. Ibrahim: 24-25)

Thoifah Manshuroh mereka adalah orang-orang yang mencintai Allah dan dicintai oleh-Nya. Oleh sebab itulah mereka dalam keadaan tetap jiwanya dalam memberantas Ahlul Bida' dan Ahlul Ahwa', menyumbat dengan azab yang pedih kepada thaghut-thaghut yang mengganti nikmat Allah dengan kekufuran dan menghalalkan masyarakatnya dengan neraka jahannam. Kerana sesungguhnya Thoifah Al Manshuroh mereka menyandarkan dirinya diatas Manhaj (jalan/prinsip) Allah yang kekal.

 
Mereka dalam keadaan tetap zahir  dimuka bumi meskipun orang-orang musyrik membenci dan tidak menghendakinya.

Allah berfirman (yang artinya):
 
"Mereka hendak memadamkan cahaya (agama) Allah dengan mulut (ucapan-ucapan) mereka, dan Allah tetap menyempurnakan cahaya-Nya meskipun orang-orang kafir benci." (Q.S. Ash Shaff: 8).
 
(Disaring dari terjemahan Oleh Al Ustadz Abu ‘Isa Nurwahid Dari Kitab Al Qabidhuna ‘ala Al Jamri- tajuk asal: Orang-orang yang menggengam Bara Api)

Rujukan : Buletin Al Atsray Edisi 12

 
Sumber:  www.darussalaf.or.id

Melalui Ustaz Mujiburrahman Ahmad Hafiz

No comments: