Sunday 27 May 2012

~KERANA NAJIS~


Alhamdulillah...Segala Puji Bagi Allah SWT..Tuhan Yang Esa...Hanya Dia yang selayaknya diberi pujian yang Setinggi-tingginya...Begitu juga...Selawat ke atas Junjungan Rasul kita yang Mulia..Habib Allah...Nabi Muhammad SAW...Semoga kita semua berada dalam Barakallah...dan mendapat Syafaat daripada Rasulullah SAW..
Amin Ya Rabbal Al-lamin...




Baiklah...Entry ana kalinie yang hendak dikongsikan pada antum sekalian ialah tentang Najis...Tapi ana bukan nak cerita apa tue najis...dari awal sampai akhir tapi..Banyak benda boleh berlaku hanya kerana Najis ini..Baiklah kembali pada topik semula..Ana percaya antum semua termasuklah diri ananie..pernah melalui zaman kecil tau Istilah pasarnya "Johnson Baby"..ha3...Time tue hingus still meleleh-leleh..Dan pernah pakai Lampin bukan...Semestinya..tak kiralah lampin jenis apa-apapun...Kain, plastik, tau lampin Teddy Bear(tengok citer Mr.Bean)..he3...Ok...Pada waktu tue...Bila kita meragam tau merengek..kerana terbuang najis dalam Lampin..Ibubapa kita bersihkan tanpa berasa geli-gelian pun..Tanpa keluar perkataan maki-makian pun...mereka releks ja...Kerana itulah Kasih Sayang ibubapa pada anak mereka....

Namun, bila diri kita telah dewasa dah besar panjang..Ibubapa kita bukan still sama..Mereka juga akan berubah menjadi tua....Mereka tidak akan kekal dalam bentuk yang sama...Kerana setiap insan akan melalui proses ketuaan..semua akan menjadi tua..semua akan mati....Kerana dalam Al-Quran dalam Surah Al-Imran 3:185 Allah SWT telah berfirman


Every soul will taste death, and you will only be given your [full] compensation on the Day of Resurrection. So he who is drawn away from the Fire and admitted to Paradise has attained [his desire]. And what is the life of this world except the enjoyment of delusion.

Ayat Allah SWT telah jelas bahawa kita semua yang bernyawa ini pasti akan mati...Cuma waktu kematian kita adalah rahsia Allah SWT..Maka persiapkanlah diri kita untuk memperbaiki diri kita ini dari semasa ke semasa..Insya Allah...Kembali pada Topik...Bila Ibubapa kita sudah tua...pada fikrahnya..mereka akan kembali menjadi seperti seorang kanak-kanak..Namun, adakah kita anak2 mereka yang telah mendapat kasih sayang daripada ibubapa kita yang tak berbelah bagi....Akan memberikan mereka kasih sayang yang setimpal atau sebaliknya...Ok3..jom kita lihat...Berapa Ramai anak2 yang sanggup membersihkan Muntah Ibubapa mereka, berapa ramai anak2 yang sanggup mencuci najis ibubapa mereka...tak perlu lagi ana katakan...Cukuplah kita melihat pada dada-dada akhbar..kita akan mendapat jawapannya..Kerana semua anak-anak lebih rela meletakkan Ibubapa mereka di Rumah Jagaan Orang-orang Tua..Dengan alasan tidak ada masa menjaga ibubapa mereka...mala, ada yang lebih parah lagi siap minta ibubapa tandatangan supaya anak-anak mendapat harta mereka...Astaghfirullah al-azim..Kejamnya...Ana tak kata semua anak-anak begitu, tapi kebanyakkannya begitu...

Dalam Hadis ada menyebut tentang anak-anak yang derhaka kepada kedua-dua orang Tuanya...

Nabi s.a.w. pernah bertanya kepada para sahabat sebanyak tiga kali: “Mahukah aku memberitahu kalian tentang dosa yang paling besar?” Maka mereka (para sahabat) pun menjawab: “Sudah tentu wahai Rasulullah.” Baginda menjelaskan: “Syirik kepada Allah, derhaka kepada ibubapa (perawi menerangkan bahawa baginda ketika itu duduk sambil bersandar, lalu menyambung) dan sumpah yang palsu.” – Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Sahihnya, no: 2654

“Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa.” – Hadis riwayat al-Tirmidzi di dalam Sunannya, no: 1821.

Lihatlah..Betapa besarnya Allah SWT mengangkat martabat kedua-dua Insan yang bergelar Ibu dan Ayah... Sehinggakan Seorang anak langsung sahaja pergi ke syurga atau ke neraka dengan Sikap mereka kepada Kedua-dua orang tua mereka...Subahan Allah...

Ana hendak berkongsikan pada Antum semua tentang satu situasi yang ana alami..Sehingga membuatkan diri ana berfikir dan takut andai ana tidak mampu untuk hadapinya...Di rumah ana..Dulu ada Seekor kucing...Dan Kucingnie..selalu sahaja buang najis merata-rata dalam rumah ana...Dan semestinya diri inilah yang selalunya menjadi mangsa untuk membersihkan Najis-najis tersebut...Tapi dalam ana membersihkan najis kucing tersebut...Ana seringkali hampir termuntah..kerana bau yang sangat teruk..Tapi bila asyik2 bersihkan najis kucing tue...Terfikir pula...Jika Najis Kucing yang Kecil ini tak dapat nak hadapi..bagaimana pula jika berhadapan dengan Ujian Allah SWT dalam menjaga kedua-dua Ibubapa yang uzur...Dan Ana terfikir..adakah diri ini mampu atau tidak..Semoga Allah SWT memberikan diri ini kekuatan dalam menghadapi Ujian Seperti ini...Begitu juga..dengan antum semua..Semoga Allah SWT memberikan kita kekuatan dan kesabaran dalam menjaga kedua-dua Orang Tua kita tanpa berasa sedikit perasaan menyesal pun...Amin Ya Rabbal al-lamin....

Dalam Al-Quran dalam Surah Luqman 31.14 Allah SWT telah berfirman


And We have enjoined upon man [care] for his parents. His mother carried him, [increasing her] in weakness upon weakness, and his weaning is in two years. Be grateful to Me and to your parents; to Me is the [final] destination.


Baiklah, Sebagai seorang insan yang bergelar Anak...Berapa ramai yang sanggup untuk menghadapi kerenah kedua-dua ibubapanya...Banyak anak-anak tidak dapat menghadapi atau gagal bertahan dalam melayan karenah Ibubapa mereka terutamanya jika bab membersihkan Najis..kerana ini banyak berlaku...disekeliling kita..sehingga ramai anak-anak yang mengambil jalan mudah untuk menghantar kedua-dua orang tuanya untuk ke Rumah Jagaan Orang-orang Tua..Ingatlah Allah SWT itu Maha Adil..Jika hari ini kita melakukan hal sedemikian kepada Kedua-dua Ibubapa kita...Tidak mustahil pada keesokkan harinya perkara sama bakal berlaku pada diri kita...Insya Allah....Renung-renungkan....


Para Pembaca yang dirahmati Allah SWT...Adam dan Hawa...Muslimin dan Muslimah..Diri ana bukanlah seorang yang Perfect 100%...Dalam memberi peringatan kepada antum semua...Sebenarnya diri ana juga banyak kecacatan yang ana sendiri tak ketahuinya...Namun, apa yang ana tulis dalam Tintah Emas ini adalah untuk memberi peringatan kepada diri ana dan semua insan yang kadang-kala terleka kepada Allah SWT...Disamping berharap agar mendapat redha Ilahi....Ana memhon maaf...jika ada yang tersinggung dengan entry ana ini...Maafkan diri ini...yang penuh kedaiffan...

~Setiap yang baik itu datang daripada Allah SWT dan Setiap yang buruk itu juga datang daripada Allah SWT. Namun, Ia disandarkan di atas kelemahan dan kedaiffan diri ana yang bergelar Insan..Wuallahuallam..~

No comments: