Tuesday 17 January 2012

MAAFKAN AKU KERANA TIDAK BISA MENJADI SAHABAT YANG BAIK

SEORANG SAHABAT YANG BAIK ADALAH APABILA KAMU BERSAMA DENGANNYA, KAMU MERASAKAN DIRI DEKAT DENGAN ALLAH SWT

Diri ini punya seorang sahabat yang telah lama bersama dalam menjalani layar kehidupan
Sejak di bangku Sekolah lagi..
Pelbagai suka dan duka yang telah kami hadapi..
Merasakan Manis dan Pahit sebuah persahabatan yang telah terjalin.
Sedangkan Lidah sendiri tergigit
Inikan lagi

SAHABAT...

Tidak disangka-sangka
Mempunyai takdir yang sama untuk
Masuk ke dalam Universiti yang sama
Hubungan Persahabatan
Alhamdulillah masih dapat dikekalkan

Tapi,

Sebagai sahabat dan saudara se Islam
Dapat dirasakan bahawa diri ini sudah jauh menemui kegagalan
Kerana diri ini tidak bisa untuk menegur seorang
Sahabat yang Sejati
Yang telah hanyut dibuai 
Percintaan yang penuh dengan lorong-lorong Kemaksiatan

Diri ini yakin bahawa 
Si Sahabat bisa menjaga batasnya
Namun,
Adakah pasti seorang sahabat yang hanyut di Lautan
Boleh Survive dengan sendirinya??

Walaupun,

Diri ini tidak bisa untuk menasihatinya
Kesyukuran yang tak berbelah-bagi tetap diberikan
Kepada Allah SWT
Kerana
Telah menghantar
Sahabat-sahabat yang baru
Dan
 Sanggup bersusah payah untuk menarik
Sahabat yang dikasihi
Agar
Kembali ke Pangkal Jalan

Maafkan Diri ini yang Lemah
Kerana tidak dapat bersama-sama
Untuk berjuang 
Bagi memperbetulkan Kompas Cinta Sahabat yang dikasihi

Kerana

Diri ini sudah putus asa
Namun
Insya Allah 
akan dicuba untuk membuka Thoriq-thoriq yang baru 

Untuk

Membantu Kalian Semua dalam usaha menarik semula Sahabat 
Yang di Kasihi
ke 
Pangkal Jalan
Insya Allah


No comments: