Wednesday 29 February 2012

~FINAL SHOWDOWN~


Baiklah
Masanya sudah hampir tiba
Jika dihitung
Hanya Tinggal 5 hari lagi
Bagi Ana dan Semua Sahabat-sahabat
Siswa/wi
Diploma akan menghadapi
Final Exam bagi sem ini

Dan..disinilah kita boleh melihat
Sejauh mana Ilmu yang telah kita kutip 
daripada awal sem hingga sem ini
Disinilah kita akan mencurah-curahkan 
segala ilmu yang kita ada untuk
Mendapat Pointer atau keputusan yang baik

Insya Allah

Terus-teranglah Ana cakap yang pointer ana pun tak lah bagus
Untuk sem lalu...semua Sahabat-Sahabat Ana dapat 2.8 ke atas
Ada gak yang dapat Dekan List(DL)..
HEBAT!!!!


Oleh yang demikian,
Insya Allah..Ana akan cuba buat yang terbaik untuk sem ini
Insya Allah..
Dan andaikan target Ana tidak menepati atau pointer Ana
Tidak memuaskan atau ada kecacatan 
Ana terima ia sebagai kesilapan Ana dan Tarbiah daripada Allah SWT tak perlu nak salahkan sesiapa
Dan Ana Memohon Kemaafan kepada Kedua-dua Ibubapa Ana
Andai ada silap yang anakanda lakukan sehingga menguris hati Bonda dan Ayahanda

~Maafkan Anakanda~


Tapi,
Apa yang ana nak tekan kan disini ialah
Kita menuntut ilmu bukan Semata-mata hendak mendapat pointer yang tinggi
Jaminan untuk mendapat kerja yang baik

Tetapi,

Kita menuntut ilmu adalah Kerana ingin mengejar Reda Allah SWT
Ingin mendapatkan Barakah daripada Allah SWT
Ingin Beribadah kepada Allah SWT

Ingat,
Duhai Muslimin dan Muslimat
Andai kita mendapat keputusan yang Cemerlang mahupun Kurang Cemerlang
Anggaplah ia sebagai Istijradh daripada Allah SWT
Kenapa Ana berkata sedemikian

kerana,

Berapa Ramai antara kita
Bila mendapat kesenangan dan kenikmatan kita melupakan Allah SWT
Begitu juga pabila kita mendapat Musibah daripada Allah SWT
Kita Kufur kepada Al-Khaliq
Astaghfirullah Al-azim..

~Jadilah Seorang Hamba yang sentiasa bersyukur kepada Allah SWT~

~Renungan ini Ana tujukan kepada diri Ana sendiri dan muslimin dan muslimat untuk kita bersama-sama memperbaiki diri kita dan memperbetulkan niat kita kepada Allah SWT..Insya Allah..~

No comments: