Wednesday 25 April 2012

~SANGAT BEZA~


Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT..Tuhan Sekalian Alam..
Kerana masih memberi kita peluang untuk berada di atas muka bumi-Nya
Menghirup udara yang segar, menikmati hidangan-hidangan yang lazat, 
Dan lain-lain..maka perbanyakkanlah ibadah kita kepada Allah SWT

Baiklah, dah habis muqqadimah..
Fuhhh...dah lama tak update blog rasanya dah sebulan..
Bukan apa tapi banyak urusan hendak dibuat..
Apa urusannya..bak lagu Siti..."Biarlah Rahsia"
dah..dah..dah.
Straight to the point

Ok...Ana cuma nak kongsikan pandangan ana untuk kali ini ialah.
Tentang perbezaan anak-anak Islam di Malaysia dan anak-anak Islam di Palestin
Ana rasa memang tak asing lagi bab rasanya antum sekalian pasti dah tau
Jadi ana just kongsi sedikit sahajalah tentang perbezaan yang ana perasan
K..Insya Allah...


Anak-anak Islam di Malaysia,
kata kuncinya ialah "MANJA"
owh...ya ke??...he3...
Baiklah..andai antum semua perasanlah anak-anak Islam Malaysia zamannie andai dijentik mereka akan kata kena pukul.. Kalau dapat makanan telur goreng ja...mereka nak KFC baru standard.. Andai cikgu rotan conform keesokkan harinya datang ibubapa bersama polis untuk menyaman Cikgu...kecian cikgu... Masyarakat sering menyalahkan Cikgu...kerana mereka kata Cikgu tak dapat kawal emosi..amboih.. tapi kenapa nak salahkan satu pihak je..cuba selidik..cikgunie Manusia ada emosi.. lau bebudak dah dok kurang ajar...sakitkan hati..rasanya..patut kena belasah kot.. lau tak nak anak kena rotan...hantar anak pergi ke negara Jepun..sebab mereka di sana ada guru robot..
He..he..he..
kalau mereka minta HP..conform dapat..tapi..lau setakat hp 3310..conform nangis..berputar-putar di lantai Sebab nak HP canggih cam I-phone...amboih..tak bersyukur...

Baiklah..
Anak-anak Islam di Palestin macam mana plak??
Mereka bukan di jentik..tapi dipukul hidup-hidup.. Mereka tak makan yang lazat-lazat...nak makan telur goreng pun lum tentu dapat..Jika tidak pun.. Mereka akan makan peluru..akibat kekejaman musuh Islam.. Mereka tak dirotan..tapi, meskipun mereka bersikap baik...mereka masih kecil..tetap ditembak oleh rejim zionis...Astaghfirullah al-azim... Maka, anak-anak Islam di Palestin telah bangkit untuk berjihad di Jalan Allah SWT..

"Sangat Beza"..bukan??

Next...
Anak-anak Islam di Malaysia..
Kebanyakkan mereka telah tersasar dari simpang sebenar... Kerana kebanyakkan kita telah banyak terkorban di dalam dunia yang dipanggil percintaan... Seriously...dengan mereka telah berkasih-sayang dengan pasangan yang haram bagi mereka.. Dengan si teruna..menggunakan kata-kata manisnya..untuk mendapatkan si dara...kalau nak jadikan Isteri tak apa tak ada masalah..tapi nie...cuma nak puaskan nafsu sahaja...nie namanya..cinta pakai buang...si dara pula..senang betul percaya kata-kata si jantan miang sampai pakat-pakat lari dari rumah cakap kena culik....pastu bagi free...dah besar..kena si tinggal..baru Insaf..kalau yang sedar akan kesilapan..bertaubat..dan trus jadi Muslimah yang sebenar..Alhamdulillah...tapi, Kalau menggugurkan anak yang tak bersalah..and then...continue..lagi wat benda Jahanam tue.
.apa cerita??..
Wuallahuallam..Berdoalah kita semoga dijauhkan benda-benda sebegini..Amin ya rabbal al-lamin..


Anak-anak Islam di Palestin...
Mereka tak buat macamnie... couple-couple..tak ada... Tapi, mana-mana anak-anak dara yang telah sampai umur baligh boleh berkahwin.. Mereka akan dikahwinkan dengan para mujahadah...untuk mendapatkan Zuriat..bagi meneruskan Jihad di jalan Allah...untuk menumpaskan..rejim zionis...dan Alhamdulillah...di Palestin.. Kebanyakkan mujahadah akan mengambil janda-janda yang suami mereka telah syahid di jalan Allah.. Mereka berpoligami..tapi bukan semata-mata untuk memuaskan nafsu..namun, untuk membelah nasib Muslimah..di samping mendapatkan Zuriat yang sihat..bagi berjihad di jalan Allah...

Baiklah yang terakhir..banyak gi..tapi cukuplah...setakat ini...Insya Allah..

Tak taulah..tapi rasanya..bendanie..tak mustahil berlaku..
andaikan sampai masanya..Malaysia diserang musuh... Semestinya...Anak-anak Islam di Malaysia..akan segera..berlari masuk rumah masuk bilik dan berselimut...kenapa??..sebab..mereka semuakan manja... mana bleh dikasari...karang musuh jentik...nanti nangis plak..abang-abang askar hanya harapan mereka... Ha..ha..ha..macam-macam...saya tak kata semua....macam tue..tapi kebanyakkan mereka akan buat macam tue..Wuallahuallam...maka dengan mudah musuh dapat menawan Negara kita yang tercinta ini...

Dan,

Anak-anak di Palestin...
No commentlah...mereka masih kecil lagi..lelaki..wanita..putera..puteri.. Semua pegang senjata..untuk lawan rejim zionis...permainan mereka adalah mati Syahid.. Bestkan...mereka mati..conform dah masuk syurga..sebab berjihad di jalan Allah SWT. Rasa-rasanya kita nie macam mana ya...ana pun tak berani nak jamin..dapat masuk syurga ke tak.. Wuallahuallam...tapi, sememangnya...anak-anak Islam di Palestin...sangat..bertuah..kerana Allah SWT..telah memberikan mereka jalan yang mudah untuk berada di Jannah Allah SWT.. Walaupun nampak menyakitkan..tapi ada nikmat yang besar di sebalik..kesakitan itu...Subahan Allah...


"Sangat Beza"..Bukan..??

Ana memohon maaf andai ana telah menyinggung perasaan mana-mana pihak..
Anak tidak bermaksud untuk memburukkan sesiapa..namun, ana hendak bawa.. Antum semua...untuk berfikir..tika mana kita duduk dalam negara yang aman (negara Malaysia.) Masih dapat merasakan kenikmatan di atas keamanan yang telah Allah SWT kurniakan Yang hanya sementara waktu ini..Sehingga kita terlekah..lalai..bahawa..masih ada Saudara-saudara Islam Kita yang menderita..Namun, apa jadi dengan umat Islam di Malaysia..Sibuk berperang sesama-sendiri..saling kutuk mengutuk sesama kita..hanya kerana satu sebab sahaja..apakah dia..??

"POLITIK"

Andaikan sesama Islam saling kutuk-mengutuk atas sebab perkara di atas..
Alamatnya..tinggal tunggu negara kita jatuh sahaja...di pegang oleh musuh Islam.. Yang akhirnya..akan menghancurkan kita semua..tidak bolehkah..kita berpolitik..bergaduh-gaduh dalam Dewan...tapi, bila diluar dewan..kita sesama Islam..boleh duduk semejadi kedai mamak..sambil bergelak-gelak.. sayang sekali..benda ini jarang berlaku sekali..

"Umat Islam telah berpecah-belah''

Dan cara untuk memperbaikinya..ialah...dengan kita saling berkerjasama..untuk membincangkan
Hal yang lebih besar..iaitu..cara mengatasi masalah yang melanda Umat Islam sekarang...

~Renung-renungkan~

P/S:- Sekali lagi Ana memohon maaf andai ada pihak yang tersinggung...bukan apa hanya untuk
memberi pandangan sebagai seorang Insan yang lemah...Yang baik datang 
Daripada Allah SWT..dan yang buruk juga datang daripada Allah SWT..tetapi..
Disandarkan di atas kelemahan diri ana sendiri...Wuallahuallam...

No comments: