Monday 25 June 2012

~KEKUATAN USRAH~



Alhamdulillah, Segala puji-pujian yang tinggi dan agung hanya untuk Allah SWT Tuhan Sekalian Alam ini. Hidup kita dan mati kita hanya untuk Allah SWT, Pada-Nya kita dihidupkan dan pada-Nya jugalah tempat kita kembali.

Apa yang hendak ana kongsikan pada hari ini ialah, berkenaan tentang pengalaman ana melibatkan diri dengan Usrah buat kali dengan Komitmen yang jitu Insya Allah. Baiklah, pada awal penglibatan diri ana dalam usrah yang kecil ini, ana tak dapat merasakan apa-apa. Cuma ada perasaan seperti biasa. Bahkan, ana langsung tak tau apakah sebenarnya yang dikaitkan dengan Usrah sehingga ramai dikalangan Sahabat-sahabat ana menglibatkan diri dengan Usrah Di Dalam mahupun Di Luar. Jadi, ana hendak mencari jawapan tentang apa yang ada pada Usrah sehingga Sahabat-sahabat lain sanggup memberi komitmen yang tak berbelah-bagi.

Jadi, Bila ana tanpa sengajanya telah mengikuti satu program anjuran Pihak Pengajian Islam di U. Inilah yang dikatakan Perancangan Allah SWT itulah adalah yang terbaik untuk Hamba-hambanya kerana pada asalnya niat ana balik awal untuk buat kerja yang lain. Tetapi setelah sampai awal di U Sahabat mengajak ana untuk mengikuti program Perkampungan Nuqabah. Program yang dilihat dengan mata kasar adalah program yang santai-santai belaka. Namun, Pengisiannya sangat berfaedah buat semua Insan-Insan yang dirahmati Allah SWT.

Dalam Perkampungan Nuqabah, ana banyak mempelajari apa itu Usrah, Kepentingannya dalam Dakwah. Dan, apa sumber kekuatan yang ada dalam Usrah. Memang pada dasarnya, ramai orang akan berkata Usrah hanya banyak membuang masa, Tidak bermanfaat, hanya membazirkan masa. Namun, Semua alasan itu salah dan jauh daripada apa yang ana alami sendiri. Bak kata pepatah:- “Jauh Panggang dari Api”, Dengan Usrah kita dapat mengeratkan Silaturrahim sesama kita, Dengan Usrah dapat menimbulkan Istiqamah dalam diri kita untuk mencari redha Allah SWT, Dengan Usrah juga hati yang gelap ini Insya Allah boleh dijernihkan Semula. Dengan Usrah juga Allah SWT akan mengikat hati-hati hambanya diantara satu sama lain Insya Allah, Allah SWT  berfirman dalam Surah Al-Anfal ayat 63:-



 And brought together their hearts. If you had spent all that is in the earth, you could not have brought their hearts together; but Allah brought them together. Indeed, He is Exalted in Might and Wise.

Maka jelaslah, Bahawa Usrah ini banyak membantu seseorang Insan untuk Istiqamah dalam Islam, Ana sendiri mengalaminya, bila ana berada dalam Usrah yang kecil ini ana merasakan ada sesuatu kekuatan ukhwah yang lain dari yang lain. Ana merasakan sangat rapat dengan Sahabat-sahabat di sekeliling meskipun ana tak pernah berjumpa. Tetapi, bila berada dalam Usrah ana merasakan semua sahabat-sahabat disekeliling seperti menjadi sebahagian besar daripada Keluarga Ana, Hebatnya, Kuasa Allah SWT.


Akhir Kalam, Ana merasakan diri ini berasa sangat sunyi…tersangat sunyi..Bila ana berjauhan daripada Usrah. Ana merindui Sahabat-sahabat dalam Usrah. Ana Merindui perkongsian Ilmu di dalam Usrah. Insya Allah, Ana akan cuba memberikan komitmen ana yang tak berbelah bagi pada Squad Usrah yang ana ikuti ini meskipun kecil dan ana akan cuba mencari satu lagi Squad Usrah di luar sana untuk luaskan Pemikiran ana, Buka segala kunci-kunci yang membelenggu pemikiran ana, Dan yang paling utama selama-lamanya, Untuk Mencari Redha Allah SWT kerana dalam kehidupan ini. Redha Allah SWT adalah Segala-galanya. Wuallahuallam…

No comments: