Saturday 23 June 2012

~SYABAB OH…SYABAB~





Alhamdulillah, Segala Puji bagi Allah. Tuhan kepada sekalian alam Segala Puji-pujian hanya untuk-Nya, Semoga kita semua sentiasa mendapat Redha dan Barakah Allah SWT di Dunia mahupun di Akhirat. Amin Ya Rabbal Al-lamin..


Baiklah apa yang ingin ana kongsikan pada kalinie ialah tentang pengalaman ana pergi ke masjid untuk menunaikan Solat Fardu Subuh, Masjid yang ana pergi itulah.. Terus terang ana cakap ia besar. Namun, semasa ana masuk ke dalam masjid tue satu saf pun tak penuh tapi, itu perkara yang biasa dan yang paling menyedihkan ialah dalam barisan saf itu, ana boleh kira berapa ramai anak-anak muda yang datang ke masjid untuk menunaikan solat subuh berjamaah. Kebanyakkan dalam saf tue semuanya golongan vateran.

Syabab…ohh..Syabab…
Bila lagi kita hendak sedar daripada Lamunan mimpi indah yang hanya membawa kepada kemudharatan yang berpanjangan... Jika bukan kita untuk mengimarakkan suasana masjid dikala Subuh menjelang dan Waktu-waktu solat yang lain… Siapa yang hendak kita harapkan.. Jika kita mengharapkan semua urusan dalam Masjid hanya untuk golongan Vateren sahaja.... Ana cakap sedia, harapan mu hanya untuk menghancurkan umat Islam di Bumi ini… Golongan ini, bukan lagi punya tenaga yang cukup untuk memartabatkan Islam..Namun, Mereka adalah sebagai pembakar semangat anak-anak muda untuk turun ke medan Jihad bagi memartabatkan Islam hatta menjulang Kalimah ALLAH di atas langit Dunia…Syabab…ohhh…Syabab…


Hargailah masa muda ini dengan sebaiknya,.. Jangan mensia-siakannya di hari tua kelak.. Kerana pada masa itu, Masa tak akan kebelakang.. Meskipun, kita cuba untuk memutarkan jam dinding kebelakang..namun, masa dengan megahnya akan terus maju kehadapan meninggalkan kita kebelakang.. Ya Syabab, Jika kita semua teliti balik pada Sejarah atau pada Sirah Nabi Muhammad SAW. Kebanyakkan, yang telah menjulang nama Islam ke Langit Dunia ialah golongan Syabab atas bimbingan golongan Vateran atau lebih dikenali sebagai Ulamak-ulamak… Jika kita kembali pada Sejarah Empayar Turki Uthmaniah… Sultan Muhammad Al-Fateh, Beliau telah berjaya menawan kota Constantinopal atau lebih dikenali pada Zaman ini sebagai Kota Istanbul.. Ketika Beliau berumur 21 Tahun…Subahan Allah.. This is The Power Of Syabab….Be Greatfull to Allah…

Syabab…Syabab…Syabab…


Kita ini, golongan yang Allah SWT telah berikan tenaga yang cukup untuk menyebarkan Syiar Islam… Sebagai pembela kepada Agama Islam… Adalah tidak moleknya jika kita mensia-siakan anugerah yang Allah SWT telah berikan pada kita ini.. Ibarat kita mendapat Sebuah kereta Marcedes Band… Tapi, Kita tak gunakan hanya simpan dalam Garage dan berkarat begitu sahaja tidakkah ia dikira sebagai sesuatu yang sia-sia.. Sangat Sia-sia bukan.. Syabab-syabab sekalian..

Akhir Kalam
Ana tidak berniat untuk mengguris hati mana-mana pihak. Ana hanya hendak memberi peringatan untuk diri ana dan semua Insan yang Allah SWT telah berikan akal untuk berfikir.. Terus terang ana katakan diri ana bukanlah seorang yang baik.. Ana ini seorang Insan sering melakukan Kezaliman pada diri dan Insan yang lain.. Oleh itu, Ana memohon maaf…


Segala yang baik itu datangnya daripada Allah SWT dan yang buruk itu juga datangnya daripada Allah SWT namun, disandarkan ke atas diri ana yang penuh dengan kedhaiffan dan kelemahan ini…Renung-renungkan…Wuallahuallam…

No comments: