Wednesday 29 August 2012

~BILA GUNUNG BERAPI MELETUP~



Dah meletup apa yang kita dapat tafsirkan
Ok.. Lama dah tak update blog.. Sampai blog banyak sawang dah... Bukan tak ada citer tapi terlalu banyak dan tak ada masa nak update sentiasa.. Maklumlah, urusan diraja sangat banyak.. ha3..yalah tue. So, pada entry kalinie nie cita tak da kene-mengena sal Gunung Berapi nak meletup seperti yang berlaku di Sumatera Indonesia. Jadi, set kan dalam mind anda awal-awal bahawa entry ini bukan sal Gunung Berapi ya...(^_^)..uhu3....

Baiklah... dalam kehidupan kita ya.. kita dikelilingi oleh bermacam-macam manusia yang berambut hitam atau sebagainya..dikira manusia gaklah... Tapi, dalam masa yang sama.. Allah SWT telah memberikan pada setiap Insan itu berbeza ragam...berbeza perasaan..berbeza pendapat..segala-galanya berbeza.. hatta yang kembar pun terdapat perbezaan...Owh Ya ke??...Yupss....tentu sekali.. Bayangkan jikalau Allah SWT menciptakan semua manusia sama...muka, perangai, pendapat..tak ke pelik gtu... kita gi mana2 pun semua sama ja...tak ke seram gtu....ha3... (@_@)...  So ada hikmah Allah SWT ciptakan manusia itu saling berbeza..Insya Allah...

Ok,..Lari topik dah...tak apa..tak apa..kita kembali semula ke topik asal kita, andai kita punya sahabat..yang kita rasa pendiam, ceria, boleh dikenakan, boleh dimainkan, boleh dipercayai, penyabar dan sebagainya.. Mesti kalian suka untuk mendampingi mereka atau nak jauhkan diri daripada mereka..ehh..ya ke??.. atau macammana sekiranya anda mempunyai kawan yang panas baran atau periang tapi cepat marah..anda nak kawan gi dengan mereka atau anda nak jauhkan diri daripada mereka.. Dan anda akan bagi mereka title Emosional... Hot tempered...Macam2 gi...nak dibagi semua title, bleh bagi kat kawan2 kita.. Baiklah, namun adakah kita tak melihat pada diri kita jika kita juga seperti mereka..cepat marah,..pendiam senang dikenakan atau macammana???

Tapi, pernah tak anda alami,..dalam hidup anda bila mana seseorang itu tak pernah marah..anda tak pernah lihat dia marah... Pernah anda cuba untuk bagi dia marah... he3... tapi dinasihatkan..supaya anda jangan sesekali cuba untuk buat dia marah sebab ia umpama anda sedang mencuba untuk meletupkan gunung berapi.. Atau anda akan melihat dia menjadi hijau "Incredible Hulk" bukan pada zahir tapi pada batinnya jadi gtu.. dan setiap kalam mereka bila dah marah pedas ibarat anda makan satu genggam cili padi..he3..tak caya cuba try... Tapi, sekadar peringatan.. Seorang lelaki yang hebat ialah dia mampu untuk mengawal kemarahannya bila mana dia sedang marah.. di samping itu, janganlah kita sengaja untuk buat dia marah..

OK, air yang tenang jangan disangka tak ada crocodile...
Apa2 pun, Inilah hakikat kehidupan manusia yang saling berbeza di antara satu sama lain... Setiap daripada kita.. Allah SWT telah ciptakan ada kelebihan ada kekurangan...Namun, jika ada usaha yang jitu dan bukan setengah2...Insya Allah kekurangan itu boleh kita tampung.. apa-apa pun bila kita dah marah..rasa sangat nak marah..nak jadi hijau..gunung berapi nak meletup segala... jangan lupa untuk mengambil wudhu, beristighfar, ingat Allah SWT.. kerana dengan kemarahan boleh membawa kepada banyak kemudharatan.... Lihat sahaja pada " Hulk " dia marah ja...jadi besar bapak...with Colour Hijau.. berapa banyak kemusnahan dia buat...segala-galanya dia nak hancurkan...tapi, dalam diam.. di hatinya ada gak taman..(^_^)..
Jadi.. Sekadar renungan buat kita semua.. yang cepat marah... bukan tak bleh marah... tapi, marah biar pada tempatnya...jadi.. nak jadi " Hulk " pun biarlah pada tempatnya.... k..Sekian, Wuallahuallam...

No comments: