Sunday 2 September 2012

~MENCINTAI SERIKANDI MISTERI~

Serikandi Misteri yang telah mengetuk pintu hati ini..Wuallahuallam


Entry untuk kali ini, Ana tak akan sentuh apa-apa topik melainkan hanya topik yang berlaku dalam diri ini. Terlebih dahulu ana memohon maaflah andai mana-mana kalam dalam entry ana di Searching For The Truth untuk kali ini menyentuh, mengguris dan menyakiti hati dan perasaan mana-mana pihak. Ana Mohon Maaf.. Asif..asif..asif... Ana cuma menulis entrynie untuk antum.. antum semua ambil ikhtibar mana yang baik dan andai ada yang kalian tidak setuju atau dirasakan tak boleh dijadikan ikhtibar sila campak ia jauh2 serta sebagai kenangan terindah...K..boleh ya...ha3..Boleh tak ada masalah... Setiap sesuatu yang Allah Ciptakan pasti ada kekurangan dan kelebihannya..Insya Allah... (^_^)


Baiklah entry kalinie, mungkin ana cita skitlah pasal perasaan Cinta yang terbit dalam hati ana kepada seorang Serikandi Misteri yang ana tak pernah mengenalinya pun daripada mana-mana sudut sekalipun hanya mengenalinya di FB dan SMS..ehh..Cinta Muka Buku ke...hish..tak da..tak da... Jangan antum semua fikir lain.. Bukan seperti lagu Najwa Latif ya... Pada mulanya, ana cuma tak da niat nak simpan perasaan Cinta itu,. Kerana ana sebenarnya takut juga untuk bercinta apabila ada pengalaman dipermainkan dan mempermainkan.. So, kalau boleh tak naklah benda yang sama berulang kali. Cukuplah ianya hanya berlaku sekali dalam kehidupan ana yang begitu singkat dirasakan. Teringat kata-kata seorang Sahabat..betapa ruginya jika kita telah menggunakan peluang pertama kita iaitu Cinta pertama kita untuk seorang Wanita atau Lelaki yang kita tidak terniat untuk menjadikan ianya Isteri/Suami tapi hanya untuk couple semata-mata...Rugi-rugi...dan diri ini termasuk gaklahkan orang yang rugi dalam bab cinta...(T_T)...isk..isk..isk..

Dari mula perkenalan di FB..saling kenal-mengenali barulah ana memberanikan diri untuk meminta No.hp..rezeki Allah ada dimana-mana sahaja...ana berjaya mendapatkan no.hp.. Dan disitulah bermulanya perjalanan bersahabat dengan orang yang tak pernah ditemui di depan mata, hanya huruf-huruf di dalam sms menjadi kata untuk kami saling-mengenali di antara satu sama lain... Ingatkan hanya orang yang berkenalan secara live je bleh hadapi masalah.. Rupanya, orang dalam sms lagi banyak masalah akan dihadapi.. Ana mendapat satu gi pengalaman yang baru dalam hidup ini...fuuu...dasyat.. Tapi, ini bagi diri ana rasanya memang asam garam dalam persahabatan kot...sedangkan gigi dengan lidah boleh tergigit..apatah gi... Sahabat, Suami Isteri dan sewaktu dengannya...he3...Jangan risau, ianya akan membantu kita dalam menghadapi masyarakat diluar sana..Insya Allah... Tapi, dalam ana bersms dengan dia..banyak yang dia kongsi dengan ana pasal kehidupannya tapi terbataslah...pompuan dan lelaki mestilah terbatas ke ada yang nak bagi cita sal diri dia dari A sampai Z..Insya Allah..rasa-rasanya tak da kot...

Dalam perjalanan mengenali dirinya dan mengeratkan persahabatan yang telah terjalin di antara kami berdua.. ada satu tahap ana merasa boring..kerana smsnya datang tak henti-henti sehingga memenuhi inbox dalam hp ana.. tapi, bila dia tak sms..sehari gtu..rasa janggal pulak..tak ke pelik gtu..nielah manusia bila ada tak diendahkan bila sudah tiada baru tercari-cari..terindu-rindu..termimpi-mimpi... So, Bersyukurlah dengan apa yang kita ada jangan bila ada tak dihiraukan, tak diendahkan hanya bila tiada baru tercari-cari...tue namanya..bijak...taniah..tahniah..tahniah... Dan yang paling menggembirakan hati ini ialah apabila dia memberitahu hasratnya untuk bertudung labuh.. Bukan main melompat gembira diri ini bila mendengar hasratnya, dan dia kata banyak halangan dia hadapi dalam perubahan baru kepada imej yang lebih baik serta dia sering gak meminta pandangan dalam bab-bab berkaitan dengan Islam.. Ana tak mampu nak buat apa-apa.berbekalkan ilmu yang ada dan sahabat-sahabat yang sedia membantu cuma jawapan kepada persoalan, nasihat dan kata-kata semangat yang ana boleh berikan padanya. Insya Allah... ada hasilnya... Dan bila ana melihat gambar-gambarnya bersama kawan-kawan... ana kagum kerana dalam banyak-banyak pompuan yang bertudung hanya dia bertudung labuh..Alhamdulillah..ini tak bermakna ana kata wanita-wanita yang tak bertudung labuh tak baik... mereka pun baik gak..cuma wanita yang bertudung labuh lebih terserlah kebaikkannya..Insya Allah...

Dan sampai tahap, bila ana bersms dengannya.. Hati ana mula bergolak tidak tenteram kerana hati ana seperti ada bisikan untuk mengajak dia untuk bercouple..Tapi, dia dah kata dengan ana yang dia tak nak bercinta dan hanya nak berkawan..Baguslah kalau gitu..tapi, apakan daya.... Hati ananie bukan sesuci air susu yang putih berkilau..tapi, hati ananie seperti hati sorang insan yang lemah...yang mudah dihancurkan...yang hanya dikelilingi pagar-pagar yang rapuh..tidak seperti sangkar yang mencengkam sehingga sukar untuk di musnahkan melainkan mati... Ana tak tahu macammana ana boleh mendapat keberanian dan menghantar sms  padanya " Saya ingin Melamar awak, andai ada jodoh Insya Allah "...dan balasannya ialah jangan terlalu mengharap.. baiklah ana tak mengharap...Tapi,Ana Serahkan semua takdir itu pada Allah SWT..kerana ana hanya seorang hamba yang penuh dengan kekurangan dan kelemahan...ana bleh katakan bahawa ini adalah perancangan ana dalam kehidupan tapi, Maha Suci Allah.. Perancangan Allah SWT..lagi hebat berbanding perancangan diri ini..bahkan, perancangan Allah SWT itu lebih baik daripada 1001 perancangan...Insya Allah... Ada juga ana mengatakan bahawa ana sunyi bila dia tidak menghantar sms..tapi, dia berikan ana kata-kata yang membuatkan ana tersentak..." Mengapa berasa Sunyi... sedangkan diri ini adalah sesuatu yang tidak pasti.. boleh hilang bila-bila masa sahaja.. kitakan ada 2 teman yang sentiasa menemani kita setiap masa dan setiap saat dan ianya adalah pasti.. iaitu ALLAH dan RASUL "..lebih kurang gtulah maksudnya...Tersentak ana dibuatnya sampai tak boleh berkata-kata....dan tak tau nak balas apa dalam sms seterusnya... Alhamdulillah...

Akhirnya, pada tarikh 31 Ogos 2012...waktu merdeka tue...ha3.. berlaku sedikit ketegangan yang membawa kepada kata putus untuk.. tidak berhubung lagi... dari ana sendiri yang ingin memutuskannya...ha3..jahatnya diri ini...(T_T)...dan dia ok sahaja..baiklah kita teruskan hasrat ini..dan ana delete semua no dan mesej berkaitan dengannya dalam hp ana.. meskipun semuanya selamat di delete.. Tapi,  Ingatan tentang persahabatan yang telah terjalin atau kata mudahnya..Kenangan yang telah dicatat oleh akal fikiran dan ingatan yang dianugerahkan oleh Allah SWT..tidak mudah untuk ana membuangnya...malah, ia kekal sehinggalah ajal menjemput diri ini..Insya Allah, nak menyesal tak ada gunanya no.hp dah dibuang nak dapat tak tau darimana...ha3 tahniah..tahniah..tahniah.. dan ana akan berpegang pada ayat ini untuk menjadi semangat bagi meneruskan kehidupan..Insya Allah.." SETIAP PERKARA YANG BERLAKU PASTI ADA HIKMAHNYA INSYA ALLAH ". Baiklah sampai disini sahaja tintah emas daripada ana.. yang baik dijadikan ikhtibar dan yang buruk campak ia jauh2...k..Wuallahuallam




No comments: