Tuesday 27 September 2011

Bukan Semua Orang Mampu Memimpin


 
 
   Bila baca kisah-kisah perjuangan Nabi Muhammad SAW dan para sahabat membuatkan ana begitu terpegun, kagum dengan kepimpinan yang telah di tunjukkan oleh Rasulullah..dan Sahabat2...dalam menegakkan syiar Islam..walaupun, ramai pahlawan Islam telah terkorban di medan peperangan...pada dasarnya mereka tidak mati...tetapi hidup di sisi...Allah SWT...sbagai Syuhadah yang menjulang panji2...Islam...ana terfikir...kan bagus..sekirannya ana dapat menjadi seperti para pemimpin di Zaman Kegemilangan Islam...mereka mampu memimpin diri mereka...mereka mampu memimpin sebuah negara dengan jayanya...Hatta, mereka juga mampu memimpin sbuah wilayah Islam yang besar.....

   Namun, bila ana renung balik diri ana...Terus terang ana tidak mempunyai sifat kepimpinan seperti yang sering ana fikirkan dengan fikiran yang sering menari-nari di minda...Pabila Ana diberi tanggungjawab yang bagi ana besar..ana akan mula menggelabah..kerana takut akan sekiranya ana gagal melaksanakan amanah yang diberikan... Walaupun, para sahabat ana sering...berkata kepada ana..janganlah cakap kita tak mampu untuk memimpin...tp bagi ana ia sesuatu yang sgt membebankan..meskipun hanya dilantik menjadi ketua kelas, penolong kelas,,ia sangat..membebankan..Ana sedar setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmahnya...namun, ana masih belum pertemukan hikmahnya...dan merasakan..lemahnya diri ana...kerana tidak mampu memimpin miski pun hanya sebuah organisasi..yang kecil...

   Setelah puas Ana, mencari dimana silap Ana Alhamdulillah...ana telah terjumpa jawapannya...ana senang-sekali..apabila membaca kisah sorang sahabat Rasulullah..yang bernama Abu Zar Al-Ghifari...sahabat yang paling bersikap terbuka dan berterus terang. Beliau sangat tegas dalam menyatakan kebenaran, tanpa ragu-ragu kepada sesiapa saja  tanpa mengira mereka adalah kawan atau sebaliknya. Jiwanya suci, bersih dan kehidupannya amat mudah....namun, kelemahannya ialah...ia tidak mempunyai sifat kepimpinan semasa beliau cuba meminta satu jawatan daripada Rasulullah SAW...Baginda bersabda:"Aku lihat kamu  adalah seorang yang lemah (tidak berupaya) melaksanakan tugas dengan baik, aku menyayangimu seperti aku sayangi diriku.” (Riwayat Abu Daud)

   Malah, Abu Zar adalah sahabat nabi yang pernah pengsan kerana takutkan Allah
Kelemahan Abu Zar ini amat jelas pada Rasulullah SAW. Malah baginda telah meramalkan semasa perang Tabuk bahawa Abu Zar  nanti akan meninggal seorang diri dan dibangkitkan juga seorang diri. Kelemahannya ialah dalam keterampilan bermasyarakat sehingga menyebabkan dia dibuang daerah. Sebagaimana yang diramalkan oleh Rasulullah SAW, Abu Zar memang meninggal seorang diri dengan hanya ditemani oleh isteri dan anak perempuannya. Jenazahnya telah diuruskan oleh beberapa orang pengembara dari Iraq, juga seperti yang telah diramalkan oleh Rasulullah SAW.

  Namun begitu, Ana juga turut tertarik dengan  seorang sahabat yang meminta suatu jawatan daripada Rasulullah SAW:

Daripada Abd Rahman bin Samurah, Rasulullah SAW bersabda:
Wahai ‘Abd ar-Rahman! Jangan engkau meminta jawatan pemimpin. Sesungguhnya jika engkau diberikannya dengan permintaan maka engkau dibebankan (tidak ditolong). Sekiranya engkau diberikannya tanpa permintaan maka engkau dibantu (oleh Allah) –
(Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim, Abu Dawud, Tirmizi, Nasaie dan Ahmad)

  Dengan ini, Ana dapat tafsirkan bahawa...Bukan smua orang yang tinggi ilmunya, boleh menjadi pemimpin kepada sebuah organisasi..hatta skirannya dia sorang pengembali kambing pun..jikalau mempunyai kepimpinan dia mampu memimpin Sebuah Negara dengan adil dan saksama...

  Dan ketika Imam Ahmad Ibnu Hanbal ketika ditanya tentang dua orang yang dicalonkan untuk memimpin satu pasukan di mana yang pertama kuat tetapi bergelumang dengan dosa, manakala yang kedua, kuat agamanya tetapi lemah perwatakan dirinya dalam memimpin, maka beliau menjawab:
“Orang pertama, dosanya ditanggung sendiri sedangkan kekuatannya dapat menbina keutuhan negara dan kepentingan umat. Manakala orang kedua yang kuat memegang teguh ajaran agamanya hanya memberikan manafaat untuk dirinya sahaja, sedangkankan kelemahannya menjadi petaka bagi orang yang dipimpinnya.”
Ini kerana kepentingan untuk orang ramai lebih diutamakan daripada kekurangan akhlak dan moralitinya.

  Justeru, Ana memohon kepada antum..antum..yang bergelar sahabat...sekiranya ana diberi satu jawatan...dan ana tolak tolonglah jangan paksa Ana..kerana Ana bukan jenis orang yang suka akan paksaan...apa2 pun smua yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya...cuma tinggal kita mncari hikmah tersebut....Akhir kalam..ana memohon maaf sekirannya dalam post ana telah menyinggung..perasaan..antum2..smua dan mana2 pihak...yang baik datang daripada Allah SWT dan yang buruk juga datang daripada Allah SWT tetapi disandarkan ke atas diri Ana yang Lemah....SEKIAN

  

No comments: