Friday 30 September 2011

SETIAP PERKARA YANG BERLAKU PASTI ADA HIKMAHNYA


  Waktu dulu semasa ana masih dibangku skolah menengah...Ana pernah terfikir...mengapa Allah SWT menciptakan ana sebegini nasib...Ana sering tertanya-tanya mengapa Allah SWT tidak memberikan Ana bakat untuk mencuri hati wanita-wanita...untuk ana jadikan pasangan ana atau dengan Istilah lain "couple"...ana turut timbulkan persoalan dalam diri ana mengapa ana tidak mempunyai keluarga yang kaya raya... seperti orang yang kaya ana lihat sekelip mata sahaja dapat apa yang diinginkan...ya rabbi..cemburunya ana kepada orang-orang yang bercouple dan kaya raya...

   Ana terus mempersoalkan dari masa ke semasa...ana seringnya menyalahkan Allah SWT kerana meletakkan ana di tempat yang ana tidak sukai...Sehingga ana telah menyalahkan takdir...Akhirnya, dengan Izin Allah SWT..Allah SWT telah memperlihatkannya kekuasaannya..kepada ana dengan memberikan ana peluang untuk mendapatkan CINTA yang ana impi-impikan....Allah SWT memberikan ana 3 peluang dalam percintaan..namun semuanya tidak berkekal lama kerana cinta itu lebih menjerumuskan ana ke lembah kemaksiatan...Cinta pertama, Ana sangat gembira bila mendapatkannya...namun ia tidak kekal lama dan hanya bertahan selama 3HARI!!!...ya rabbi...ana pun terkejut..kerana ana hanya dipermainkan...yang kedua cinta ana hanya bertahan selama 1minggu kerana ana hanya menjadi bahan untuk si dia ingin melupakan orang yang disukai...dia ingat ana ini barang mainan...teddy bear...dan cinta yang ketiga berhasil..namun ana sendiri menamatkannya..kerana dengan cinta yang ana telah dapat...menyebabkan ana lebih menjerumuskan diri ke lembah kemaksiatan...astaghfirullah al-azim...mujurlah cinta ini tidak membawa ana ke tahap yang lebih tinggi iaitu zina...Terima Kasih ya Allah...kerana menyedarkan hambamu..yang penuh kedaiffan ini...selepas itu ana mengerti hikmah disebalik Allah SWT menjadikan hamba sebegini...


   Di dalam surah an-Nur ayat 26, Allah s.w.t. berfirman maksudnya: "Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki yang keji adalah untuk wanita-wanita yang keji. Dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik....."
 

   Allah SWT, turut memperlihatkan ana satu lagi hikmahnya disebalik ana tidak di tempatkan di dalam keluarga yang kaya raya...Ana melihat sendiri kehidupan keluarga orang yang kaya...di mana pada mata kasar kita nampak mereka sebenarnya..hidup senang-lenang tapi pada dasarnya..mereka sentiasa hidup dalam keadaan susah hati...Ana melihat pabila suami yang kaya berpoligami namun gagal untuk berlaku adil kepada isteri-isterinya sehingga tercetusnya PERANG DI ANTARA ISTERI-ISTERI..memang betul ada juga orang yang kaya berhati mulia..bantu orang yang lemah menginfakkan hartanya..ke jalan Jihad..Tapi, berapa ramai orang kaya yang mempunyai sifat sebegini..ana berani jamin..sekiranya ada 10 orang yang kaya seorang sahaja yang menjadi orang kaya yang mulia...ana cakap berdasarkan pengalaman ana melihat sendiri yang berlaku disekeliling ana...Sehinggakan, anak-anak gagal diurus kerana sibuk mencari harta anak-anak dipinggirkan..Sekali lagi ana Memanjatkan kesyukuran kepada Allah SWT kerana memperlihatkan ana Hikmah ana berada di tempat keluarga yang sederhana kerana ana dapat merasakan kasih sayang daripada sebuah keluarga yang menyayangi ana ...Dan ana berpendapat Harta yang banyak hanya akan membuatkan ana menjadi alfa dengan Duniawi...Astaghfirullah al-azim...

Surah Ali Imran: 145, “Dan Kami akan memberikan ganjaran untuk orang yang bersyukur.”

Surah Ibrahim: 7, “Kalau kamu bersyukur, nescaya Aku akan menambahkan kepadamu.”

Surah At-Taubah: 28,“Allah akan memberi kekayaan kepada kamu dengan kurniaNya jika Ia menghendaki.”

   

    
   Akhirnya, Ana sedar bahawa ana tidak seharusnya mempersoalkan takdir yang telah Allah SWT tentukan  dalam kehidupan ana keran setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmahnya..tidak perlulah kita menyalahkan sesiapa...kerana walaupun kita merancang dan merasakan bahawa perancangan kita adalah yang terbaik..tetapi Ingatlah bahawa ALLAH SWT adalah perancang yang terbaik..dan Allah SWT Sentiasa merancang yang terbaik untuk hambanya yang dikasihi..Dengan itu...tetapkan iman kita kepada Pencipta kita semua..sentiasalah berbaik sangka dengan Allah SWT..

   Akhir kalam, Ana memohon maaf sekiranya dalam post ana ini ada mengguris hati mana-mana pihak ana tidak bermaksud memburukkan sesiapa tetapi hanya ingin mengkongsi pengalaman yang ana telah alami dan lihat dengan mata sendiri...   


Dari, Hamba Allah yang bergelomang dosa dan ingin mencari keampunan...

No comments: