Friday 30 September 2011

FOR THE REST OF MY LIFE

 

Video Klip terbaru Maher Zain
Bila ana tengok video klip ini ana hayati maksud yang tersirat yang Maher Zain cuba sampaikan ana bergitu teruja dan tertarik dengan mesej yang ingin Maher Zain sampaikan..
Zaman sekarang orang lelaki dan perempuan yang terjebak dengan alam percintaan memperlihatkan kasih sayang mereka yang tak berbelah bagi tak kisahlah lau terdengar dari mulut si Teruna:
" Kasih ku kepada mu..Ibarat sang kumbang setia menemani si mawar berkembang"
" Demi Cinta ku pada mu..sanggup ke reda badai, ku selami lautan berapi..(pedahal tak sanggup wat pun cuba suruh terjun longkan..entah nak lompat ke tak..wuallahuallam.."

Bermacam-macam lagi ayat yang membuatkan hati si Darah cair macam ais-krim paddle pop...Ana pun pernah juga bercinta tapi tak kekal lama kerana cinta ana lebih terjerumus kepada kemaksiatan..jadi sekarang ana cuba mencari cinta yang SEJATI berlandaskan landasan yang diredhai...Allah SWT...Insya Allah..ana akan ketemu juga...Insya Allah..
Namun, mari kita lihat pada suami isteri zaman sekarang terutamanya kat Malaysia..ana tak nak tunjuk mana-mana negara bab ana lebih suka ambil contoh yang dekat-dekat dengan ana..sahaja..Berapa ramai suami isteri yang pada awal perkahwinan..semuanya ok..kasih sayang tue orang kata tak berbelah bagi..lau bleh panggil Sayang ja sampai bila2... Selain itu, pada awal perkahwinan..semua benda jadi sedap..walaupun masakan Isteri tak sedap...
Dan makin tua umur sebuah pasangan...sedar tak sedar kasih sayang tue makin terhakis..lau dulu panggil sayang-sayang.. dah tua tak panggil sayang dah...panggil nama, kau, lagi teruk panggil nama tue dengan nada yang meningking...Wuallahuallam...
Ana tak nafikan, ada juga suami isteri yang dari awal perkahwinan sampai ke akhir perkawinan kemesraan tue maintain..alhamdulillah...tapi hanya sebilangan kecil sahaja.. wadu3...
Cuba kita lihat pada kasih sayang yang ditunjukkan oleh orang sebelah barat..di mana makin tua sesuatu pasangan makin erat hubungan kasih sayang yang terjalin diantara pasangan suami isteri.. Cubalah di jadikan contoh..tapi malangnya perkara yang buruk yang barat sampaikan plak nak diikuti.. ana pun tak tau apa dah jadi..yang baik tak nak ambil..yang buruk nak diambil..
Marilah kita berdoa kepada Allah SWT agar bila ana atau antum2 semua sudah bergelar suami isteri kasih sayang itu kekal hingga ke akhir hayat seperti dalam lagu Maher Zain...Insya Allah..
Akhir kalam, ana memohon maaf sekirannya post ana menyentuh hati mana-mana pihak..ana memohon maaf sangat...tapi ana berharap benda yang baik kita ambil perkara yang buruk kita jauhkan bersama-sama..
Yang Baik itu datang daripada ALLAH SWT dan yang buruk juga datang daripada Allah SWT tetapi di sandarkan di atas kedaiffan yang ada dalam diri ana...Wuallahuallam...

No comments: