Friday 4 November 2011

KENYATAAN YANG HARUS KU TERIMA DENGAN REDHA


Alhamdulillah... Selesai ana sudah berjaya menamatkan.. Pengajian untuk semester pertama.. di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).. Banyak benda baru yang ana telah belajar di alam Universiti... Gembira..Sedih..Kecewa..Kasih Sayang..dan Persahabatan.

Tapi sesuatu yang ana tak sangka akan ana hadapi ialah...
Subjek yang ana belajar.. kebanyakkannya..adalah subjek Bahasa Arab...kalau ada pun bahasa english dan melayu hanya 2 subjek ja... wadu2..jd cara belajar tue masih lagi terhumbang-hambing.. seperti anak ayam kehilangan Ibu..tak tau nak wat apa...

Alhamdulillah... Ana ada juga mempunyai kesedaran...itu pun orang kata "LAST MINUTES" untuk belajar..mengulang kaji pelajaran... semasa Final Exam berjalan... Ana mengucapkan Terima Kasih kepada Kawan2 yang sudi membantu ana... Dalam subjek2 yang ana tak tau cmna nak wat...
Wuallahuallam....

Ana juga ingin memohon seribu kemaafan di atas kesilapan ana kepada lecturer2..yang mengajar ana.. kerana ana tidak berjaya untuk menumpukan sepenuh perhatian semasa para lecturer mengajar... ini mungkin salah satu akibat kenapa ana tak berjaya mendapat keputusan yang selayaknya... 

Semasa berita keputusan telah keluar...ana begitu berdebar2 ingin melihat keputusan ana... Namun setelah melihat keputusan..yang terpampang di portal pelajar...ana rasa telah mendapat satu Tamparan yang hebat...setelah melihat keputusan akhir peperiksaan... kerana Ana hanya mendapat..

..........2.00 pointer sahaja........
Ini Ana masih boleh terima..
Tapi.. Ana gagal dalam subjek TAFSIR..( F )

Ini bererti ana akan mengulang semula paper Tafsir di Sem 3...hahaha...apalah akan terjadi kepada ana pabila adik2..sem 1 melihat ada seorang pelajar sem 3...kena ulang...paper.. ehhh...malunyaa....isk3...
Tapi mau tak mau kena terima juga hakikat...
Yang inilah keputusan yang ana dapat...

Mungkin ana rasa telah buat yang terbaik untuk semester 1 ini...Namun, di sisi Allah SWT usaha ana ini ibarat buih di lautan...mungkin buih tu lagi bagus kot usaha dia...wuallahuallam..

Tapi Ana Percaya bahawa setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmahnya...kerana Allah juga pernah berfirman bahawa...
" Sungguh, Kami (Allah) telah memberikan kamu kemenangan yang nyata"
Surah al-Fath ayat 1

Dan mungkin ana tidak suka keputusan yang telah Allah SWT berikan kepada ana tetapi sebenarnya inilah pemberian yang terbaik buat ana...Insya Allah...

2 comments:

ForestOrchid said...

kegagalan bukan penamat segalanya, teruskan berusaha insyah-Allah di situ pasti ada kejayaan akhirnya....

Ibnu Jaafar said...

Terima Kasih...umi..Insya Allah..anakanda akan cuba bangun semula...:'(