Friday, 10 August 2012

~TANGISAN ROHINGYA~


Bagaimana rasanya jika kita berada di tempat mereka....
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam tiada yang layak disembah melainkan Allah SWT. Terlebih dahulu ana bersyukur kerana Allah SWT telah memberikan ana ilham pada bulan yang mulia ini iaitu bulan Ramadan untuk melakar Tintah Emas dalam entry ana kali ini...

Baiklah, Muslimin dan Muslimah, Akhi dan Ukhti, dan Saudara seIslam sekalian. Pernahkah kita bersyukur dengan kehidupan yang kita lalui selama ini sebagai Muslim di dalam Negara Malaysia..Negara yang Aman dan Damai.. Terkenal dengan Ukhwah di antara rakyatnya tanpa mengira bangsa dan agama, kita still dapat hidup bersama di dalam sebuah Negara..Alhamdulillah.. Demikian juga, kita dapat beribadah dengan tenang tanpa sebarang gangguan melainkan pada penghujung bulan Ramadan ketika solat tarawih kita akan mendengar dentuman dan sorakan mercun bergema di langit sehingga kita yang bersembayang pun merasakan berada di medan peperangan..dan selepas itu keluarlah di dada akhbar angka maut dan cedera parah disebabkan oleh mercun...Wa Nauzubillah..

Lah Tahzan...Allah bersama Kalian...
Namun, Duhai Saudara seIslam ku... Dalam kita menikmati Keindahan Islam di Negara Malaysia ini.. Dalam kita menjalankan Ibadat Puasa kita di bulan Ramadan yang mulia ini dengan kegembiraan... Tangisan anak-anak Rohingya telah pun kedengaran di seluruh pelusuk dunia. Samada, di dada akhbar mahupun di kaca tv, youtube, papan-papan Blog...yang menceritakan tentang kesengsaraan yang dialami saudara seIslam kita di Rohingya, Myanmar. Mereka tidak dapat menikmati Keselesaan beribadah seperti kita di Malaysia... Kerana, mereka sering dihujani dengan peluru-peluru daripada Extremis Anti-Islam di Mynmar.. Dengan puluhan ribu menjadi tubuh kakuh tidak bernyawa, dengan anak-anak kecil turut menjadi korban meskipun mereka tidak dapat memberi apa-apa ancaman kepada mereka.. Serta wanita-wanita Islam dijadikan pelepas nafsu Syaitan mereka...Astaghfirullah al-azim...Apa yang Kalian lihat pada mata hati kalian...

Namun, Hal sebegini tidak diperbesar-besarkan oleh Media Massa. malah, cuba disembunyikan daripada mata kasar Dunia.. Sehingga Dunia menyangkahkan bahawa rohingya adalah pemberontak yang wajib di hapuskan sehingga memaksa saudara seIslam kita di Rohingya melarikan diri bagi mendapatkan perlindungan.. Masa ini apa yang kita lihat...apa kata hati kita ini... apa tindakan kita... Memang benar..kita tidak mampu untuk membantu mereka dari sudut fizikal.. Namun, Insya Allah kita mampu membuka mata dunia untuk membantu saudara seIslam kita di Rohingya..Insya Allah... kita doakan saudara seIslam kita di Rohingya mendapat perlindungan daripada Allah SWT...AMIN YA RABBAL AL-LAMIN...

Gambaran Pelukis tentang situasi yang dialami oleh umat Islam
yang berada di Rohingya
Akhir Kalam, 
Entry ini tidak bermaksud untuk mennyentuh perasaan mana-mana pihak tetapi sebagai renungan kita bersama. Untuk memberikan kita kesedaran bahawa dalam kita berseronok melihat Atlet-atlet di seluruh negara bertanding dalam Olimpik..seronok melihat mereka mendapat pingat Emas, Perak, Gangsa.. Sehingga membuatkan kita lupa bahawa...Saudara seIslam kita telah merana tetapi dalam mereka merena akibat kekejaman yang dilakukan oleh Musuh-musuh Islam...

Allah SWT telah pun memberikan mereka Pingat Syahid...Lebih bermakna dan berharga daripada pingat-pingat di Olimpik...Wuallahuallam....


DUHAI  ROHINGYA,
USAHLAH BERSEDIH 
BERSYUKURLAH KALIAN KERANA MENJADI INSAN TERPILIH
DIPILIH OLEH ALLAH SWT BAGI MENYANDANG PINGAT SYAHID
YANG MENJADI IMPIAN SETIAP MUKMIN
BARAKALLAH KE ATAS KALIAN SAUDARA SEISLAMKU DI ROHINGYA
ALLAH SWT BERSAMA KALIAN..



Sunday, 22 July 2012

~PANGKAH..ASYIK..ASYIK..ASYIK..KENA PANGKAH~


Alhamdulillah, Segala puji-pujian hanya pada Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW adalah Rasul Allah dan Islam adalah ad-din yang diredhai Allah SWT....

Entri, kalinie ana nak santai-santai je tak nak sembang kes yang beratnya ibarat bata seguni. Tapi, Setakat nak kongsi-kongsi tentang pengalaman serta ingin membuka mind set kitanie..nak bagi kembang skit.. lau tak bleh kembang gak nie kena minum susu Dumexlah... menghubungkan sel-sel otak ye ke?? Wuallahuallam... Dan Semestinya tak da kena mengena dengan Aktiviti pangkah memangkah dalam PRU..ok...jan antum semua salah faham.. he..he..he..

Wadu...Wadu...Kenapa aku dipangkah???
Ke..let's Start it...
Sebelum tue, ana rasa dalam kehidupan seharian kita mesti akan berlaku dimana ketika kita memberikan pandangan, pendapat, cadangan atau yang berkaitan..Mesti akan ada member atau orang atau keluarga kita sendiri yang pangkah maksudnya tak bersetuju dengan cadangan kita.. meskipun secara berdepan atau dikhayalak ramai.. (Tengah-tengah kita bagi cadangan tiba2..ada member kata "Saya Tak Setuju!!!"...) rasa-rasanya time benda tue berlaku..apa perasaan kita.. Nak bangkang balik...bertanyakan sebabnya..tau just ignore wat tak tahu je... Tapi, Alhamdulillah setakatnie..ana tak pernah gi kena pangkah dikhayalak ramai tapi kena tegur pernah ahh...

K..Next..
Ana sememangnya suka sngat bagi pandangan, cadangan, dll ASAP.. terutamanya bile sel-sel otak mengziarahi satu sama lain...Namun, Majoriti cadangan ana ditolak mentah-mentah...apanie??...
Next....ada juga seorang kawan ana yang sering pangkah ana...bila ana kemukan cadangan bile berdepan...atau face to face...bukan Facebook..lau Fb kena pangkah..Unfriend trus....ha3...tak dahlah...saja melawak.....

Lek boh..jan marah lau orang pangkah kita...he3...

Nie namanya Troll Face..sesuai wat time orang pangkah kita..he3..
So,..Bila asyik..asyik..asyik...asyikk.dan ..asyik dipangkah..boleh feed up jugalah diri ini..hinggakan ana malas dah nak bagi cadangan dalam masyuarat atau face to face...Kerana berasa muak bila asyik2 di pangkah... Surrender boh....

Namun, ana fikir semula...kenapa diri ini dipangkah kerana setiap yang berlaku.. Pasti Allah SWT selitkan hikmah di dalamnya,...Tanya pada diri ini..mengapa kita dipangkah...mangapa orang tak setuju dengan kita... Kaji mula...di mana kesilapan kita..yang sebenar-benarnya....jangan asyik merungut-rungut kenapa kita dipangkah... Mungkin dalam kita dipangkah itu ada ilmu yang akan kita dapati...yang bermanfaat buat diri kita.. Okkan.. tapi, lau kita cakap benda yang betul..kena pangkah gak amcm..??
Tak apa, member nak pangkah..silakan...Dia ada hak...tapi, yang penting kemukakan soalan yang munasabah...untuk diterima pangkah tersebut....

Be Gratefull to Allah, kerana telah memberikan diri kita untuk dipangkah, dikritik dll... kerana benda sebegini dapat mematangkan fikiran kita..untuk berhadapan dengan pelbagai masalah...Insya Allah...

Akhir Kalam.....
Biar di pangkah, Yang pentig ada isinya....ada Akar pokok dan rantingnya..Insya Allah..
Wuallahuallam...

Baca buku sal hadapi Emosi tak apa...tapi lau nak berperang kenakan member baik tak yahlah...
(^_^)



Friday, 20 July 2012

~SELAMAT DATANG RAMADAN~


Mencari Redha Ilahi....
Alhamdulillah....Segala puji-pujian hanya untuk Allah SWT, Tuhan Sekalian Alam Semesta ini.
Tiada Kalam Seindah "Lah Illaha Illallah..." Selawat ke atas Baginda..Nabi Muhammad SAW..
Utusan Allah.. Membawa "Nur Musthafah" Pada Dunia ini... Dan Islam adalah ad-din yang sebenar-benarnya.. Dan agama yang dirahmati Allah SWT...

WELCOME YA RAMADAN

Baiklah, entry untuk kali ini..mudah sahaja.. Iaitu ana ingin mengucapkap "Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadan"..Bulan yang ditunggu-tunggu oleh setiap Insan yang menjadikan Islam pegangan hidupnya.. Namun, pada hakikatnya..Bulan inilah yang paling dinanti-nantikan oleh setiap Insan di muka bumi ini..Kerana ia adalah bulan yang penuh dengan Barakah...Insya Allah...

Well, bulan ini kita boleh perbanyakkan... Amalan-amalan kita kepada Allah SWT..Insya Allah.. ada Fadhilatnya kepada diri kita dan pada Bulan Ramadhan juga.. Kita dapat melihat Insan-insan disekililing kita menunjukkan perubahan yang sangat ketara...sangat jelas...ermmm.... Iya betul...tak caya??

Bulan Ramadhan kita akan melihat..Insan yang tidak pernah belek-belek al-quran akan membelek dan membaca al-quran... Then, Insan yang tak pernah datang atau jarang-jarang mai Masjid tau Surau akan mai gak(Waktu Tarawih)... Insan yang kerap buat kerja tak baik akan stop tuk wat kerja itu.. banyak gi..tapi cukuplah tiga je..kang bagi semua tak muat kat blog ana nie...
Tetapi,...ada tetapi gi... Semua ini andai dibuat semata-mata pada nama...
Wa nauzubillah... Mereka akan kembali.. semula ke jalan yang sama..malah, lebih teruk dari sebelum-sebelum ini..Astaghfirullah al-azim...Bersama-sama kita berdoa agar diri kita tidak tersenarai dalam golongan-golongan yang rugi....

Usah dilihat jam tangan, dinding, dan kepala(Jambul) itu..

Tanamkan dalam hati kita yang suci tulus murni ini... Untuk setiap perkara yang kita lakukan... Niat semuanya...Semuanya...Semuanya..Semata-mata ingin mendapatkan Redha Allah SWT...Bukannya Redha Dunia...Maka perbetulkan niat kita... Insya Allah...Semuanya akan baik-baik sahaja...

Ok...Tak nak cakap panjang...paaannnnjangg...bah..sampai disini sahaja...Tanamkan dalam diri kita semua bahawasanya, Bulan Ramadan kali ini adalah yang terbaik dari sebelum-sebelumnya...Bersyukurlah pada Allah SWT..kerana telah memilih kita dalam senarai yang terpilih untuk berjumpa dengan Ramadan..ALHAMDULILLAH....

Akhir Kalam....,

Puasa biarlah Full..Akhlak Biarlah Mantap...Amalan Biarlah Power...Dan Keredhaan Allah biarlah Number One...

Wuallahuallam...Selamat Menyambut Bulan Ramadan bulan yang penuh dengan Barakah....

(^_^)

Jangan Lupa Baca Doa ketika berbuka puasa...K..Insya Allah...
Sahur Jangan tak Sahur.....

Monday, 25 June 2012

~KEKUATAN USRAH~



Alhamdulillah, Segala puji-pujian yang tinggi dan agung hanya untuk Allah SWT Tuhan Sekalian Alam ini. Hidup kita dan mati kita hanya untuk Allah SWT, Pada-Nya kita dihidupkan dan pada-Nya jugalah tempat kita kembali.

Apa yang hendak ana kongsikan pada hari ini ialah, berkenaan tentang pengalaman ana melibatkan diri dengan Usrah buat kali dengan Komitmen yang jitu Insya Allah. Baiklah, pada awal penglibatan diri ana dalam usrah yang kecil ini, ana tak dapat merasakan apa-apa. Cuma ada perasaan seperti biasa. Bahkan, ana langsung tak tau apakah sebenarnya yang dikaitkan dengan Usrah sehingga ramai dikalangan Sahabat-sahabat ana menglibatkan diri dengan Usrah Di Dalam mahupun Di Luar. Jadi, ana hendak mencari jawapan tentang apa yang ada pada Usrah sehingga Sahabat-sahabat lain sanggup memberi komitmen yang tak berbelah-bagi.

Jadi, Bila ana tanpa sengajanya telah mengikuti satu program anjuran Pihak Pengajian Islam di U. Inilah yang dikatakan Perancangan Allah SWT itulah adalah yang terbaik untuk Hamba-hambanya kerana pada asalnya niat ana balik awal untuk buat kerja yang lain. Tetapi setelah sampai awal di U Sahabat mengajak ana untuk mengikuti program Perkampungan Nuqabah. Program yang dilihat dengan mata kasar adalah program yang santai-santai belaka. Namun, Pengisiannya sangat berfaedah buat semua Insan-Insan yang dirahmati Allah SWT.

Dalam Perkampungan Nuqabah, ana banyak mempelajari apa itu Usrah, Kepentingannya dalam Dakwah. Dan, apa sumber kekuatan yang ada dalam Usrah. Memang pada dasarnya, ramai orang akan berkata Usrah hanya banyak membuang masa, Tidak bermanfaat, hanya membazirkan masa. Namun, Semua alasan itu salah dan jauh daripada apa yang ana alami sendiri. Bak kata pepatah:- “Jauh Panggang dari Api”, Dengan Usrah kita dapat mengeratkan Silaturrahim sesama kita, Dengan Usrah dapat menimbulkan Istiqamah dalam diri kita untuk mencari redha Allah SWT, Dengan Usrah juga hati yang gelap ini Insya Allah boleh dijernihkan Semula. Dengan Usrah juga Allah SWT akan mengikat hati-hati hambanya diantara satu sama lain Insya Allah, Allah SWT  berfirman dalam Surah Al-Anfal ayat 63:-



 And brought together their hearts. If you had spent all that is in the earth, you could not have brought their hearts together; but Allah brought them together. Indeed, He is Exalted in Might and Wise.

Maka jelaslah, Bahawa Usrah ini banyak membantu seseorang Insan untuk Istiqamah dalam Islam, Ana sendiri mengalaminya, bila ana berada dalam Usrah yang kecil ini ana merasakan ada sesuatu kekuatan ukhwah yang lain dari yang lain. Ana merasakan sangat rapat dengan Sahabat-sahabat di sekeliling meskipun ana tak pernah berjumpa. Tetapi, bila berada dalam Usrah ana merasakan semua sahabat-sahabat disekeliling seperti menjadi sebahagian besar daripada Keluarga Ana, Hebatnya, Kuasa Allah SWT.


Akhir Kalam, Ana merasakan diri ini berasa sangat sunyi…tersangat sunyi..Bila ana berjauhan daripada Usrah. Ana merindui Sahabat-sahabat dalam Usrah. Ana Merindui perkongsian Ilmu di dalam Usrah. Insya Allah, Ana akan cuba memberikan komitmen ana yang tak berbelah bagi pada Squad Usrah yang ana ikuti ini meskipun kecil dan ana akan cuba mencari satu lagi Squad Usrah di luar sana untuk luaskan Pemikiran ana, Buka segala kunci-kunci yang membelenggu pemikiran ana, Dan yang paling utama selama-lamanya, Untuk Mencari Redha Allah SWT kerana dalam kehidupan ini. Redha Allah SWT adalah Segala-galanya. Wuallahuallam…

Saturday, 23 June 2012

~SYABAB OH…SYABAB~





Alhamdulillah, Segala Puji bagi Allah. Tuhan kepada sekalian alam Segala Puji-pujian hanya untuk-Nya, Semoga kita semua sentiasa mendapat Redha dan Barakah Allah SWT di Dunia mahupun di Akhirat. Amin Ya Rabbal Al-lamin..


Baiklah apa yang ingin ana kongsikan pada kalinie ialah tentang pengalaman ana pergi ke masjid untuk menunaikan Solat Fardu Subuh, Masjid yang ana pergi itulah.. Terus terang ana cakap ia besar. Namun, semasa ana masuk ke dalam masjid tue satu saf pun tak penuh tapi, itu perkara yang biasa dan yang paling menyedihkan ialah dalam barisan saf itu, ana boleh kira berapa ramai anak-anak muda yang datang ke masjid untuk menunaikan solat subuh berjamaah. Kebanyakkan dalam saf tue semuanya golongan vateran.

Syabab…ohh..Syabab…
Bila lagi kita hendak sedar daripada Lamunan mimpi indah yang hanya membawa kepada kemudharatan yang berpanjangan... Jika bukan kita untuk mengimarakkan suasana masjid dikala Subuh menjelang dan Waktu-waktu solat yang lain… Siapa yang hendak kita harapkan.. Jika kita mengharapkan semua urusan dalam Masjid hanya untuk golongan Vateren sahaja.... Ana cakap sedia, harapan mu hanya untuk menghancurkan umat Islam di Bumi ini… Golongan ini, bukan lagi punya tenaga yang cukup untuk memartabatkan Islam..Namun, Mereka adalah sebagai pembakar semangat anak-anak muda untuk turun ke medan Jihad bagi memartabatkan Islam hatta menjulang Kalimah ALLAH di atas langit Dunia…Syabab…ohhh…Syabab…


Hargailah masa muda ini dengan sebaiknya,.. Jangan mensia-siakannya di hari tua kelak.. Kerana pada masa itu, Masa tak akan kebelakang.. Meskipun, kita cuba untuk memutarkan jam dinding kebelakang..namun, masa dengan megahnya akan terus maju kehadapan meninggalkan kita kebelakang.. Ya Syabab, Jika kita semua teliti balik pada Sejarah atau pada Sirah Nabi Muhammad SAW. Kebanyakkan, yang telah menjulang nama Islam ke Langit Dunia ialah golongan Syabab atas bimbingan golongan Vateran atau lebih dikenali sebagai Ulamak-ulamak… Jika kita kembali pada Sejarah Empayar Turki Uthmaniah… Sultan Muhammad Al-Fateh, Beliau telah berjaya menawan kota Constantinopal atau lebih dikenali pada Zaman ini sebagai Kota Istanbul.. Ketika Beliau berumur 21 Tahun…Subahan Allah.. This is The Power Of Syabab….Be Greatfull to Allah…

Syabab…Syabab…Syabab…


Kita ini, golongan yang Allah SWT telah berikan tenaga yang cukup untuk menyebarkan Syiar Islam… Sebagai pembela kepada Agama Islam… Adalah tidak moleknya jika kita mensia-siakan anugerah yang Allah SWT telah berikan pada kita ini.. Ibarat kita mendapat Sebuah kereta Marcedes Band… Tapi, Kita tak gunakan hanya simpan dalam Garage dan berkarat begitu sahaja tidakkah ia dikira sebagai sesuatu yang sia-sia.. Sangat Sia-sia bukan.. Syabab-syabab sekalian..

Akhir Kalam
Ana tidak berniat untuk mengguris hati mana-mana pihak. Ana hanya hendak memberi peringatan untuk diri ana dan semua Insan yang Allah SWT telah berikan akal untuk berfikir.. Terus terang ana katakan diri ana bukanlah seorang yang baik.. Ana ini seorang Insan sering melakukan Kezaliman pada diri dan Insan yang lain.. Oleh itu, Ana memohon maaf…


Segala yang baik itu datangnya daripada Allah SWT dan yang buruk itu juga datangnya daripada Allah SWT namun, disandarkan ke atas diri ana yang penuh dengan kedhaiffan dan kelemahan ini…Renung-renungkan…Wuallahuallam…

Sunday, 27 May 2012

~KERANA NAJIS~


Alhamdulillah...Segala Puji Bagi Allah SWT..Tuhan Yang Esa...Hanya Dia yang selayaknya diberi pujian yang Setinggi-tingginya...Begitu juga...Selawat ke atas Junjungan Rasul kita yang Mulia..Habib Allah...Nabi Muhammad SAW...Semoga kita semua berada dalam Barakallah...dan mendapat Syafaat daripada Rasulullah SAW..
Amin Ya Rabbal Al-lamin...




Baiklah...Entry ana kalinie yang hendak dikongsikan pada antum sekalian ialah tentang Najis...Tapi ana bukan nak cerita apa tue najis...dari awal sampai akhir tapi..Banyak benda boleh berlaku hanya kerana Najis ini..Baiklah kembali pada topik semula..Ana percaya antum semua termasuklah diri ananie..pernah melalui zaman kecil tau Istilah pasarnya "Johnson Baby"..ha3...Time tue hingus still meleleh-leleh..Dan pernah pakai Lampin bukan...Semestinya..tak kiralah lampin jenis apa-apapun...Kain, plastik, tau lampin Teddy Bear(tengok citer Mr.Bean)..he3...Ok...Pada waktu tue...Bila kita meragam tau merengek..kerana terbuang najis dalam Lampin..Ibubapa kita bersihkan tanpa berasa geli-gelian pun..Tanpa keluar perkataan maki-makian pun...mereka releks ja...Kerana itulah Kasih Sayang ibubapa pada anak mereka....

Namun, bila diri kita telah dewasa dah besar panjang..Ibubapa kita bukan still sama..Mereka juga akan berubah menjadi tua....Mereka tidak akan kekal dalam bentuk yang sama...Kerana setiap insan akan melalui proses ketuaan..semua akan menjadi tua..semua akan mati....Kerana dalam Al-Quran dalam Surah Al-Imran 3:185 Allah SWT telah berfirman


Every soul will taste death, and you will only be given your [full] compensation on the Day of Resurrection. So he who is drawn away from the Fire and admitted to Paradise has attained [his desire]. And what is the life of this world except the enjoyment of delusion.

Ayat Allah SWT telah jelas bahawa kita semua yang bernyawa ini pasti akan mati...Cuma waktu kematian kita adalah rahsia Allah SWT..Maka persiapkanlah diri kita untuk memperbaiki diri kita ini dari semasa ke semasa..Insya Allah...Kembali pada Topik...Bila Ibubapa kita sudah tua...pada fikrahnya..mereka akan kembali menjadi seperti seorang kanak-kanak..Namun, adakah kita anak2 mereka yang telah mendapat kasih sayang daripada ibubapa kita yang tak berbelah bagi....Akan memberikan mereka kasih sayang yang setimpal atau sebaliknya...Ok3..jom kita lihat...Berapa Ramai anak2 yang sanggup membersihkan Muntah Ibubapa mereka, berapa ramai anak2 yang sanggup mencuci najis ibubapa mereka...tak perlu lagi ana katakan...Cukuplah kita melihat pada dada-dada akhbar..kita akan mendapat jawapannya..Kerana semua anak-anak lebih rela meletakkan Ibubapa mereka di Rumah Jagaan Orang-orang Tua..Dengan alasan tidak ada masa menjaga ibubapa mereka...mala, ada yang lebih parah lagi siap minta ibubapa tandatangan supaya anak-anak mendapat harta mereka...Astaghfirullah al-azim..Kejamnya...Ana tak kata semua anak-anak begitu, tapi kebanyakkannya begitu...

Dalam Hadis ada menyebut tentang anak-anak yang derhaka kepada kedua-dua orang Tuanya...

Nabi s.a.w. pernah bertanya kepada para sahabat sebanyak tiga kali: “Mahukah aku memberitahu kalian tentang dosa yang paling besar?” Maka mereka (para sahabat) pun menjawab: “Sudah tentu wahai Rasulullah.” Baginda menjelaskan: “Syirik kepada Allah, derhaka kepada ibubapa (perawi menerangkan bahawa baginda ketika itu duduk sambil bersandar, lalu menyambung) dan sumpah yang palsu.” – Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Sahihnya, no: 2654

“Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa.” – Hadis riwayat al-Tirmidzi di dalam Sunannya, no: 1821.

Lihatlah..Betapa besarnya Allah SWT mengangkat martabat kedua-dua Insan yang bergelar Ibu dan Ayah... Sehinggakan Seorang anak langsung sahaja pergi ke syurga atau ke neraka dengan Sikap mereka kepada Kedua-dua orang tua mereka...Subahan Allah...

Ana hendak berkongsikan pada Antum semua tentang satu situasi yang ana alami..Sehingga membuatkan diri ana berfikir dan takut andai ana tidak mampu untuk hadapinya...Di rumah ana..Dulu ada Seekor kucing...Dan Kucingnie..selalu sahaja buang najis merata-rata dalam rumah ana...Dan semestinya diri inilah yang selalunya menjadi mangsa untuk membersihkan Najis-najis tersebut...Tapi dalam ana membersihkan najis kucing tersebut...Ana seringkali hampir termuntah..kerana bau yang sangat teruk..Tapi bila asyik2 bersihkan najis kucing tue...Terfikir pula...Jika Najis Kucing yang Kecil ini tak dapat nak hadapi..bagaimana pula jika berhadapan dengan Ujian Allah SWT dalam menjaga kedua-dua Ibubapa yang uzur...Dan Ana terfikir..adakah diri ini mampu atau tidak..Semoga Allah SWT memberikan diri ini kekuatan dalam menghadapi Ujian Seperti ini...Begitu juga..dengan antum semua..Semoga Allah SWT memberikan kita kekuatan dan kesabaran dalam menjaga kedua-dua Orang Tua kita tanpa berasa sedikit perasaan menyesal pun...Amin Ya Rabbal al-lamin....

Dalam Al-Quran dalam Surah Luqman 31.14 Allah SWT telah berfirman


And We have enjoined upon man [care] for his parents. His mother carried him, [increasing her] in weakness upon weakness, and his weaning is in two years. Be grateful to Me and to your parents; to Me is the [final] destination.


Baiklah, Sebagai seorang insan yang bergelar Anak...Berapa ramai yang sanggup untuk menghadapi kerenah kedua-dua ibubapanya...Banyak anak-anak tidak dapat menghadapi atau gagal bertahan dalam melayan karenah Ibubapa mereka terutamanya jika bab membersihkan Najis..kerana ini banyak berlaku...disekeliling kita..sehingga ramai anak-anak yang mengambil jalan mudah untuk menghantar kedua-dua orang tuanya untuk ke Rumah Jagaan Orang-orang Tua..Ingatlah Allah SWT itu Maha Adil..Jika hari ini kita melakukan hal sedemikian kepada Kedua-dua Ibubapa kita...Tidak mustahil pada keesokkan harinya perkara sama bakal berlaku pada diri kita...Insya Allah....Renung-renungkan....


Para Pembaca yang dirahmati Allah SWT...Adam dan Hawa...Muslimin dan Muslimah..Diri ana bukanlah seorang yang Perfect 100%...Dalam memberi peringatan kepada antum semua...Sebenarnya diri ana juga banyak kecacatan yang ana sendiri tak ketahuinya...Namun, apa yang ana tulis dalam Tintah Emas ini adalah untuk memberi peringatan kepada diri ana dan semua insan yang kadang-kala terleka kepada Allah SWT...Disamping berharap agar mendapat redha Ilahi....Ana memhon maaf...jika ada yang tersinggung dengan entry ana ini...Maafkan diri ini...yang penuh kedaiffan...

~Setiap yang baik itu datang daripada Allah SWT dan Setiap yang buruk itu juga datang daripada Allah SWT. Namun, Ia disandarkan di atas kelemahan dan kedaiffan diri ana yang bergelar Insan..Wuallahuallam..~

Friday, 25 May 2012

~PELBAGAI IMPIAN,SATU DESTINASI~



Baiklah...hari ini ana ingin berkongsi tentang satu cerita Anime yang Top...
Dan Semestinya para pembaca sekalian pasti kenal Anime yang bertajuk


"One Piece"





Kenal bukan...Dan sememangnya ia sangat popular dalam kalangan peminat-peminat Anime
Termasuklah Ana sendiri meminati Anime ini...ha3..tak kisahlah walau dah besar panjang
He3...Sebab Jalan ceritanya memang best dan memberikan banyak pengajaran setaraf dengan cerita Naruto dan Dragon Ball..


Baiklah Ana kongsi serba sedikitlah kefahaman peribadi ana mengenai cerita "One Piece" nie...Watak utama ceritanie ialah Luffy..atau nama penuhnya Monkey D.Luffy.. Seorang remaja yang mempunyai Impian Untuk menjadi Raja Lanun...Dan belayar ke Lautan perkuburan Lanun iaitu Grand Line... Impian beliau dah mantap tapi masalahnya...Beliau langsung tak tahu apa2 tentang bab pelayaran dan mengambil keputusan untuk mencari kru2 kapal yang hebat untuk membantunya mencapai Impiannya...Dan yang hebatnya...Setiap kru2 kapalnya ada impian masing2 tetapi Destinasi yang ingin dituju adalah tempat yang sama....




Baiklah Jom kita lihat Luffy...Impian beliau adalah untuk menjadi Raja Lanun bagi menggantikan tempat Gold Roger..Raja Lanun yang telah dihukum bunuh...jadi salah satu cara untuk beliau mendapatkan gelaran Raja Lanun ialah dengan berlayar ke Grand Line..




Roronoa Zoro(Zoro)...Seorang lelaki yang sentiasa serius...Mempunyai Impian untuk menjadi Seorang Pahlawan Pedang yang Hebat di Dunia...Dan saingan beliau adalah Jalquier Mihawk(hawk)..Pemedang Misteri yang sentiasa berada di Grand Line...Meskipun beliau hampir hilang nyawa di tangan hawk..Tetapi Impian beliau tidak pernah goyah dan untuk mendapat gelaran Pahlawan Pedang Terhebat beliau mesti pergi ke Grand Line untuk Tumpaskan Hawk...



Sanji seorang Tukang Masak yang hebat..Dan ingin pergi ke All Blue...Iaitu lautan yang menyimpan Seribu khazanah Hidupan laut...walaupun orang sekelilingnya sering cuba mematahkan semangatnya untuk Berhenti mencari All Blue. Namun, beliau mengendahkannya dan bercadang untuk pergi ke Grand Line bagi mencari All Blue...



Usopp..lelaki yang pakar menipu...tapi impiannya lebih kurang sama dengan Zoro iaitu ingin menjadi Seorang Penembak Tepat yang hebat seperti ayahnya Yasopp...dan dalam perjalanan ke Grand Line.. Beliau sering berusaha untuk membaiki sasarannya...



Dan last sekali...banyak gi tapi cukuplah setakatnie...Nami, Seorang Pakar Pelayaran ... pada asalnya beliau mencuri untuk mendapatkan Wang sebanyak 10 juta beli untuk menyelamatkan kampungnya daripada kekejaman Lanun yang Jahat..dan setelah masalahnya selesai Impiannya bertukar untuk melakar Peta Grand Line...




Panjang lebarnya....Tapi point yang ingin ana sampaikan bukanlah untuk nak memperkenalkan Anime.. One Piece atau nak ceritakan serbah sedikit tentang Latar Belakang Watak2 One piece... Tetapi apa yang ana hendak sampaikan ialah...


Setiap yang bergelar Insan pasti punya matlamat/Impian mereka tersendiri.. Dan dalam mengejar impian masing-masing tak kira apa pun Impian yang hendak kita kejar tau kecapi...Satu destinasi yang perlu kita tuju adalah Satu iaitu Redha Ilahi...Itulah destinasi kita yang sebenar.. dengan mendapat redha Ilahi..Insya Allah segala impian yang kita kejar akan kita dapat dengan Mudah dan ada manfaat yang akan kita dapat daripada-Nya...Insya Allah...


Oleh itu, Marilah Muslimin dan Muslimat sekalian..kita bawa Impian dan matlamat ke arah satu Destinasi iaitu ke Grand Line(Redha Ilahi...)..disana nanti segala yang kita inginkan akan kita dapat..Insya Allah...


~Sekadar Renungan bersama...Insya Allah memberikan faedah kepada kita semua...~


P/S:- ~Segala yang baik itu datang daripada Allah SWT..Dan Segala yang buruk itu juga datang daripada Allah SWT tetapi disandarkan di atas kelemahan dan kedaiffan diri ana insan yang lemah....Wuallahuallam..~

Tuesday, 15 May 2012

~SELAMAT HARI GURU~


Alhamdulillah...Pada Hari ini..Semua warga pendidik akan menyambut Hari Guru..
Hari gurunie...adalah sebagai tanda kita menghargai jasa Guru yang 
telah banyak berjasa pada semua Insan yang bergelar Pendahaga Ilmu..
Pelajar..yang menuntut ilmu daripada Guru...Tak kisahlah Guru mengajar 
dalam bidang apa pun....Yang penting Jasa mereka sangat besar...

Namun, adakah hanya hari ini..Bila tibanya..Hari Guru..
Baru kita semua yang bergelar pelajar..menghargai mereka..
Bersesak-sesak...untuk memberi hadiah kepada Guru..
Untuk mengucapkan "SELAMAT HARI GURU"
Mengapa tidak kita menghargai mereka setiap saat,minit,jam dan hari.
Hatta...menghargai mereka Selama-lamanya...
Di atas pengorbanan mereka yang tidak berbelah-bagi..

Sangat sedihlah bila kita lihat pada hari ini,
Berapa ramai Guru menjadi fitnah pada pelajar sendiri..
Menjadi mangsa kepada pelajar...Untuk dihumban
Ke dalam penjara...Hanya atas alasan..
Guru itu mencubit,merotan,memukul mereka..
Di sokong lagi dengan cerita tokok tambah..Sehingga
membuatkan IbuBapa terpaku untuk mendengar cerita Legenda Anak mereka..

Tidakkah seorang pelajar itu atau ibubapa....berfikir..
Mengapa Seorang guru berbuat begitu...mungkin si anak
Melakukan Kesalahan dan wajar dikenakan tindakan sebegitu..
Si Ayah dan Si Ibu juga harus ingat..bahawa..anak-anak pada Zaman ini
tidak sama dengan zaman mereka...anak-anak sekarang pandai berbohong..
Dan pandai memutar belitkan cerita...makanya, Ibubapa harus
sentiasa berwaspada..selidik dahulu sebelum membuat tindakan 
Terburu-terburu..

Masyarakat...juga harus berfikir...mengapa selalu sahaja Guru yang dipersalahkan..
Bila seorang Pelajar mendapat keputusan yang Cemerlang..semua memuji pelajar itu..
Memberikan mereka hadiah sebagainya...Guru dipinggirkan..namun, Bila seorang pelajar..
Gagal..Semua menyalahkan Guru atas alasan tidak berkaliber dalam pengajaran..
Tak menyalahkan pelajar yang gagal..di atas kesilapannya sendiri...Saya tak
katakan semua masyarakat kita begitu..tapi kebanyakkannya...
Berperangai seperti itu...

Kepada Warga pendidik..bersabarlah dengan Ujian yang Allah SWT turunkan..
Kerana Kalian adalah Insan yang mulia...Kalian telah banyak
Berbakti pada Agama mahupun Negara...Kalian telah banyak..
Mengorbankan masa lapang..masa bersama keluarga...
Semata-mata hanya untuk mendidik kami para pelajarmu...
Insya Allah...Allah SWT meredhai jasamu kepada kami..
Teruskanlah menyebarkan Ilmu kepada Para pelajar yang dahagakan ilmu..
Kami warga pelajar..mendoakan semoga Allah SWT sentiasa merahmati warga pendidik..

AMIN YA RABBAL AL-LAMIN

~Tanpa mu guru...siapalah kami...tanpa mu guru tidak akan ada Ilmuan di dunia ini, 
tidak akan ada seorang yang bergelar Doktor,Saintis,Jurutera....TERIMA KASIH GURU~

~Sekadar renungan bersama....~

Monday, 14 May 2012

~SESUATU YANG KECIL BOLEH MEMBERI IMPAK YANG BESAR~



Alhamdulillah segala puji bagi Allah SWT
Tuhan kepada Sekalian Alam Semesta yang luas ini.
Bersyukur kita kepada Allah SWT... kerana dengan Limpah Kurnianya
Kita masih menjejakkan kaki..Di Atas Bumi Allah SWT ini...

حسبنا الله ونعم الوكيل
Baiklah apa yang ana nak kongsikan pada Kalinie ialah..
Mengenai dengan Sesuatu yang Kecil..boleh membawa kepada Impak yang besar
Dan ini memang terbukti...Sejak dari dulu lagi...
Namun, ramai diantara kita sering mengendahkan Benda yang kecil ini...

Baiklah saya ambil satu contoh..dalam Sirah Rasulullah SAW..
Bagaimana Baginda Menyebarkan Islam dalam Kota Mekah..
Pada Mulanya...Rasulullah SAW dan keluarga terdekat sahaja yang memeluk Islam
Dan Kumpulan orang yang hanya biasa-biasa sahaja..
Dan apa yang dilakukan oleh Pihak Quraisy ialah mengendahkan sahaja kerana
Mereka merasakan Rasulullah SAW bukanlah ancaman yang besar bagi mereka.
Akhirnya, daripada kumpulan Islam yang kecil telah menjadi kumpulan yang besar..
Hatta..Islam telah berjaya menguasai 1/3 Dunia...daripada Kumpulan yang kecil...
Hebat bukan...







Baiklah kembali pada tajuk....
Kita Lihat Saudara SeIslam kita di Luar Seberang sana..
Palestin,Somalia,Afrika..dan seumpanya..mereka menderita..
Dengan adanya..Pihak yang ingin melihat mereka terseksa...
Namun, apa Tindakan kita untuk menolong Saudara-saudara SeIslam kita diluar sana??
Adakah hanya melihat di dalam kaca TV dan berkata "Kecian"...
Tanpa membuat apa-apa Tindakan...


Alhamdulillah...Ana begitu tertarik dengan beberapa kempen yang telah dilakukan..
Oleh Saudara-saudara SeIslam..di Malaysia..seperti mengadahkan Perarakan Pembebasan Palestin,
Dan Seumpanya...Tidak juga ketinggalan ada pihak-pihak yang mengutip derma untuk Disumbangkan
Kepada Palestin...Banyak gi..Kempen-kempen seperti ini yang telah dilakukan...Oleh Saudara-Saudara SeIslam yang Cintakan Saudara SeIslam di Seberang sana..Cuma Ana tidak ada kesempatan untuk
Menyertai kempen-kempen seperti Ini...Kerana Ana tinggal di Sabah dan kebanyakkan Kempen seperti ini
Dilakukan di Semenanjung..Insya Allah andai ada umur yang panjang ana pun nak join gak...

Ada juga yang menggunakan medium FB..untuk menarik Saudara-saudara SeIslam
dalam menyokong Isu pembebasan Palestin..Dan Alhamdulillah...kelihatannya
Ramai yang menyahut suruan untuk menyokong Saudara-saudara SeIslam di sebarang sana..
Insya Allah..Ia akan membuahkan Hasil...

Bila difikirkan balik, Untuk apa kita buat macamnie...andai kita pergi join Perarakan Pembebesan Palestin,
Like Page pembebasan Palestin dalam FB..apa yang akan berlaku..macam tak ada apa2 pun yang berlaku..
Tidak...tidak...jangan fikir begitu wahai saudara-saudaraku....andai kita tidak mampu mengangkat Senjata
Untuk Melawan Musuh...andai kita tidak mempunyai fizikal yang kuat untuk berjuang menentang Musuh..
Dengan Usaha kita..dan komitmen kita dalam menyokong Saudara-saudara SeIslam kita..Di palestin dan Sebagainya..Insya Allah...akan memberi kesedaran kepada Suluruh Dunia..Islam..untuk bersatu membawa
Perubahan yang diidamkan semua Insan Di Dunia ini..Iaitu..

KEAMANAN/PEACE

Aku bukan Seorang perwira yang gagah mengangkat Senjata namun, Hati rela berjuang
Demi mempertahankan Agama ku..Islam...memberi semangat kepada Saudara-saudara ku..
Walau dengan Cara Sendiri...Insya Allah..akan membuahkan Hasil...Insya Allah....

~Sekadar memberikan pandangan..agar dapat kita renung-renungkan bersama..Insya Allah..sama-sama kita mendapat manfaat darinya...Yang baik..datang daripada Allah SWT dan yang buruk juga datang daripada Allah SWT tapi disandarkan ke atas kelemahan diri ana yang penuh dengan kedaiffan...Wuallahuallam..~