Tuesday, 23 July 2013

~ALHAMDULILLAH~



Alhamdulillah, Segala puji bagi Allah SWT Tuhan kepada sekalian alam, Hanya Dia yang berhak disembah dan cukuplah hanya Allah SWT sebaik-baik pelindung dan tempat bergantung. Selawat dan Salam ke atas Rasul Junjungan kita Nabi Muhammad SAW dan ahli keluarga baginda SAW. 

Agak lama tidak menulis tintah emas di dalam blog yang telah di anak tirikan semenjak beberapa bulan yang lalu. Bukan kerana sudah muak dengan penulisan blog tetapi masa tidak mengizinkan empunya diri menulis tintah emas untuk dikongsi dan dimanfaatkan bersama. Insya Allah, saya akan cuba untuk kembali mengaktifkan diri dalam penulisan blog ini agar mesej-mesej yang cuba disampaikan ini benar-benar sampai kepada kalian.

"ALHAMDULILLAH"

Ini adalah kalimah keramat, puji-pujian yang maha agung dan hanya layak ditujukan kepada Rabbul Al-lamin, Tuhan kepada sekalian alam iaini Allah SWT. Kalimah inilah yang sering diguna pakai oleh hamba2-Nya tika mana mendapat sesuatu yang menggumbirakan tak kisahlah iainya perkhabaran, material mahupun hajat yang dipinta. Tapi, berapa ramai yang mengucapkan kalimah Agung ini tika ditimpah Musibah mahupun masalah??

Mungkin inilah penyakit yang membelenggu hati-hati kita, bila mana datangnya satu musibah yang menimpa ke atas diri kita, terus kita meng-condemn dan mengeluh itu dan ini, Tapi kita tidak melihat bahawasanya musibah yang datang itu sebenarnya adalah satu hadiah mahupun alamat daripada Allah SWT untuk mengangkat darjat kita di sisi-Nya. Luaskan fikiran mu, belajar untuk berfikir di luar kotak pemikiran, belajar untuk menerima Hikmah yang Allah SWT cuba sampaikan.

Bukan semua benda akan sama seperti yang kita harapkan atau sama seperti yang kita gambarkan. Maka, ini yang menyebabkan kita frust apabila apa yang kita rancang hasilnya tidak sama seperti mana yang kita harapkan dan adalah lebih baik agar kita tidak terlalu meletakkan 100% kepercayaan kepada "Expectation" yang telah kita buat. Misalnya, kita merancang untuk pergi berkhemah, telah menetapkan tarikh yang sesuai, persiapan semuanya sudah lengkap, semuanya berjalan dengan lancar. Tiba harinya, Cuaca cerah tiba-tiba menjadi Mendung dan hujan lebat dan akhirnya menyebabkan kita merungut dan Frust jadi nak salahkan siapa disini?? takda sesiapa yang hendak disalah melainkan diri sendiri yang terlalu ber"expectation" tinggi sangat tanpa bergantung harap pada Allah SWT. So, jalan terbaik adalah kita just serahkan semuanya kepada Allah SWT dalam menentukan yang terbaik dan memberikan hikmah kepada hamba-hambanya di samping kita berusaha. Insya Allah.

Dan andai datang satu musibah ke atas diri kita atau apa yang kita harapkan tidak sama seperti yang digambarkan.. Ucapkanlah..

"ALHAMDULILLAH"

Tapi, Serius iainya bukan sesenang mengupas kulit kacang untuk kita mengucapkan ALHAMDULILLAH tatkalah kita ditimpah musibah, tapi adalah lebih sukar bagi kita (termasuk saya sekalilah) apabila mendapat nikmat yang besar, kadang-kalah terleka untuk mengucapkan Alhamdulillah bila kita dianugerahkan nikmat daripada Allah SWT yang tak terhingga, maka bila kita mula leka. Atas sebab inilah Allah SWT memberikan musibah kepada kita agar kita kembali pada jalan yang benar dan ingin membuka mata kita untuk sedar dari lamunan mimpi bahawasanya kita tak akan ke mana pun jika Allah SWT tak izinkan untuk kita melangkah ke hadapan. Ya Allah, betapa tingginya pergantungan kami kepada Mu Ya Allah sebagai seorang hamba yang penuh dengan kedhaiffan.

Mohonlah Keampunan daripada Allah SWT, Sesungguhnya Allah SWT itu
Maha Penyayang dan Maha Pengasih.
Hatta, jangan merasa rendah diri sekalipun jika diri kita ini bergelomang dengan dosa di masa lampau dan sentiasa menghantui kita, Sedarlah dan kembalilah ke pangkal jalan kerna Hidayah Allah SWT itu Luas, berkatalah pada diri kita " Ya Allah, aku bersyukur kepada Mu, kerana dalam aku menanggung bebanan dosa lampau yang besar Engkau masih sudi memberi keampunan kepada diri ku, Alhamdulillah" Taubat Nasuha adalah suatu anugerah yang agung daripada Al-Rahman. Sesungguhnya Allah SWT Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Saya petik satu Kisah tentang abid bani Israel yang telah beribadah selama 500 tahun dan mendapat karamah(kemuliaan) di sisi Allah SWT, dan semasa beliau berjalan ke mana sahaja awan akan sentiasa menaunginya tetapi apa yang berlaku, bila mana beliau telah bertembung dengan seorang ahli maksiat dan kedua-dua mereka saling memalingkan pandangan. Si abid memalingkan pandangannya kerana memandang hina kepada si ahli maksiat kerana beliau tidak pernah taat kepada perintah Allah SWT. Manakala, si ahli maksiat memalingkan pandangannya kerana dia malu kepada si abid kerana dia sentiasa mendekatkan diri kepada Allah SWT. Akhirnya, awan yang menaungi si abid tadi berpaling dan menaungi si ahli maksiat itu.

(dipetik daripada video ceramah Al-Habib Ali Jufri)

Mesej yang ingin disampaikan, janganlah kita memandang hina kepada si pelaku maksiat tapi pandang hina pada perbuatan itu, kerna zahirnya mereka adalah suci, cuma perbuatannya itu sahaja yang terkutuk, Maka, pandanglah mereka dengan pandangan rahmat dan kasih sayang. Siapa tahu mereka ini yang pernah melakukan maksiat, bergelomang dengan dosa. Akhirnya, merekalah yang menjadi tonggak kepada Islam " Barang siapa yang Allah SWT mahukan kebaikkan, Maka Allah SWT akan memberikannya kefahaman agama ". Ucapkanlah..

"ALHAMDULILLAH"

Akhir Kalam, saya bukanlah yang terbaik dari kalangan yang terbaik, tapi saya hanyalah seorang Insan yang diumpamakan seperti pepasir di pantai. Punya kelemahan dan kedhaiffan. Tapi, adakah salah sekiranya saya ingin berkongsikan pandangan saya seterusnya agar kita dapat beringat bersama-sama, untuk kita menggapai hadaf jangka panjang kita iaini keredhaan Allah SWT. Insya Allah, jika ada yang baik sama-sama kita amalkan dan jika ada kekurangan mahupun kesilapan tegurlah saya secara berhemah, dan dengan teguran penuh rahmah semoga bermanfaat kepada kita.

Sedikit Saringan...(^_^)


"Maher Zain - Alhamdulillah / Thank You Allah Lyric"

I was so far from you
Yet to me you were always so close
I wandered lost in the dark
I closed my eyes toward the signs
You put in my way
I walked everyday
Further and further away from you
Ooooo Allah, you brought me home
I thank You with every breath I take.

Alhamdulillah, Elhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah
Alhamdulillah, Elhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah.

I never thought about
All the things you have given to me
I never thanked you once
I was too proud to see the truth
And prostrate to you
Until I took the first step
And that’s when you opened the doors for me
Now Allah, I realized what I was missing
By being far from you.

Alhamdulillah, Elhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah
Alhamdulillah, Elhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah.
Allah, I wanna thank You
I wanna thank you for all the things that you’ve done
You’ve done for me through all my years I’ve been lost
You guided me from all the ways that were wrong
And did you give me hope
O Allah, I wanna thank you
I wanna thank You for all the things that you’ve done
You’ve done for me through all my years I’ve been lost
You guided me from all the ways that were wrong
I wanna thank You for bringing me home

Alhamdulillah, Elhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah
Alhamdulillah, Elhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah.


Owh, sebelum saya lupa " SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL-KAREEM"
Semoga Ramadhan kali ini adalah yang terbaik daripada sebelum ini. Insya Allah.

Saturday, 20 April 2013

~AKU MASIH GAGAL MENGENALI DIRIKU SENDIRI~



Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT. Tuhan kepada sekalian alam semesta. Hanya Dialah yang berhak disembah dan hanya pada-Nya jugalah tempat memohon perlindungan dan pertolongan. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi yang kita Cintai dan sayangi, Nabi Muhammad SAW dan keluarga Baginda SAW. Amin Ya Rabbal Al-lamin

Baiklah, sudah kira lama saya tidak mencatat tintah emas dalam blog saya bukan kerana sudah bosan atau istilah yang lain iaitu cuci tangan, kaki, kepala  dan sebagainya tetapi, tidak mempunyai masa untuk mengupdate sehingga cerita2 yang ingin saya kongsikan sudah menjadi basi dan seperti tidak boleh menjadi isu yang baik untuk dikongsi. Tapi, Insya Allah untuk kali ini saya kembali bagi mengukir tintah emas saya dan entry saya kali ini hanyalah untuk berkongsi tentang apa yang saya alami dan saya bukan berniat ingin menunjuk atau meminta perhatian mahupun sorakkan tetapi apa yang saya mahu hanya untuk berkongsi agar sahabat-sahabat sekalian dapat mengambil pengajarannya...Insya Allah.. Moga Allah redha..

Sepanjang Allah memberikan saya hayat yang semakin singkat ini iaitu 18 tahun kehidupan yang masanya ibarat kita memejam mata kita yang tidak sampai pun sesaat sedar-sedar kita sudah menjadi dewasa dan sudah berada di tahap yang lain dari sebelumnya. Saya dapat merasakan banyak perubahan yang berlaku di sekeliling saya.. dengan umi dan abah saya makin meningkat usia mereka saya mula memahami keperitan umi dan abah saya mencari sumber rezeki yang halal untuk diberikan kepada anak-anaknya dan saya dapat mengenali pelbagai ragam-ragam manusia di sekeliling saya dengan sikapnya bagaimana, bagaimana orangnya, baik atau tidak, boleh dipercayai atau tidak, tegas, baik atau panas baran..Allah SWT memberikan saya peluang untuk melihat dan mengalaminya dengan mata kasar saya sendiri... Syukur sangat..

Tapi, antara episode yang bagi saya paling sedih ialah Allah SWT telah melihatkan jalan yang berbagai-bagai dan di setiap jalan itu adanya jawapan-jawapan yang saya cari. Agak malang bagi saya kerana saya tak dapat mengambil peluang ini dan saya mensia-siakannya.. Sehingga saya sendiri tak dapat mengenali diri saya.. Maksudnya bukanlah saya tak kenal siapa saya..hilang ingatan tau kena amnesia.. Point yang saya ingin katakan ialah saya masih tak dapat membalancekan kebaikkan saya.. saya banyak kali melakukan kesilapan dalam mencari diri- saya sebenar. Sahabat-sahabat di sekeliling saya sudah mengenali diri mereka masing-masing..Alhamdulillah, saya tumpang gembira bagi mereka dengan adanya yang saya pandang rendah dan akhirnya Allah SWT putarkan menjadi yang saya kagumi dan tumpang gembira dengan perubahan dan kejayaan mereka dalam mengenali diri-sendiri..Alhamdulillah, Moga Allah kekalkan sahabat-sahabat saya yang telah membuka mata saya bahawasanya saya masih jauh ketinggalan dalam mencari identiti diri saya yang masih hilang... Semoga Allah permudahkan urusan saya..Insya Allah..Amin Ya Rabbal Al-lamin.


Mungkin ada sebilangan kecil atau besar orang yang merasakan dirinya lebih baik daripada orang lain dan lebih Istimewa daripada orang di sekililingnya...Dan sering merasakan merekanie hanyalah 1 dalam sejuta sehingga memperlekehkan orang lain atau merasakan pandangannya adalah yang terbaik dan ilmunya adalah yang terbaik berbanding orang yang lain... Sedarlah kitanie masih lagi Hamba Allah yang penuh dengan kelemahan dan keaiban dan sedarlah bahawassanya. kitanie sebenarnya berasal daripada setitik air mani yang hina...tapi janganlah hanya kerana Allah SWT memberikan kita keistemewaan kita sudah berasa bongkak di dunia ini. tidak semestinya hanya dengan kita tidak menunaikan kewajiban kita kepada Allah kita telah mengingkari Allah SWT ia benda tue sememangnya kewajipan kita maka mestilah kita kena tunaikannya sebagai seorang Hamba kepada Rabbul Al-lamin. Tapi, kena ingat ketika kita perlekehkan orang lain kerana kelebihan yang kita ada.. Allah SWT akan membalasnya semula...dengan pelbagai cara..tak kisahlah mungkin dengan memberikan kita kegagalan..menarik nikmat kelebihan kita.. memberikan kejayaan kepada orang yang kita perlekehkan...kerana Allah SWT boleh mengubah diri seseorang hanya dengan sekelip mata..maka renung-renungkanlah...

Akhir Kalam, apa-apa pandangan atau mesej yang saya sampaikan pada sahabat sekalian bukanlah menandakan bahawa saya ini orang yang baik..dan berilmu tinggi tapi saya juga hanyalah seorang insan biasa yang melakukan banyak kesilapan dan dalam perjalanan untuk memperbaiki diri saya. Insya Allah..Moga Allah Redha.. Maka, ini adalah perkongsian dan pandangan saya dan segala manfaat yang baik bersama-sama kita amalkan dan yang buruk bersama kita hindarkan...Insya Allah..Wuallahuallam..


Tuesday, 1 January 2013

~CORETAN 2012~


CINTA SETULUSNYA HANYA PADA MU YA ALLAH...
Mara dan terus mara ke hadapan...
Alhamdulillah... Entry untuk kali ini, apa yang hendak dikongsikan adalah berkenaan dengan coretan hidup seorang insan yang bergelar hamba Allah SWT. Baiklah, Alhamdulillah kita baru sahaja meninggalkan Tahun 2012 dengan pelbagai kenangan yang baik mahupun yang kurang baik atau dengan kata kasarnya (Buruk)..Begitu juga kita telah meninggalkannya semua...cuma satu sahaja iaitu amalan kita tahun lalu adakah kita akan menambah baiknya untuk tahun baru ini 2013 atau adakah kita akan mengekalkannya atau adakah kita akan menambah burukkan lagi amalan kita...... Tahun 2012 merupakn tahun yang banyak cabaran dan ujian yang Allah SWT berikan... meskipun pada hakikatnya ujian yang Allah SWT berikan hanyalah sekecil-kecil zarah... Yang bertepatan dengan kemampuan hambanya untuk menghadapi dengan penuh harapan mendapat keredaan Allah SWT.

Pada Tahun 2012 jugalah, Allah SWT menguji diri ini dengan menarik nikmat untuk tinggal di asrama.... sehingga kehilangan arah mencari tempat untuk menetap, meskipun masalahnya selesai tapi 1001 masalah timbul dalam fikiran ini..."Bagaimana hendak ke kelas tepat pada waktunya sekiranya berada jauh daripada kampus??"..."Naik Motor,,...lau hujan bagaimana hendak ke kuliah??"... "Adakah diri ini tidak menyusahkan sahabat2 serumah yang mempunyai motor untuk pergi balik dengan ada yang membonceng setiap hari atau akan menunggu habis kuliah untuk pulang bersama???"... Tapi, Alhamdulillah Allah telah membuat perancangan yang terbaik buat diri ini...melalui pengalaman tinggal di luar banyak yang dapat dipelajari.. Dari seorang yang sukar mendisiplinkan diri semasa berada di asrama... semasa tinggal diluar disiplin diletakkan di hadapan sekali terutama dalam bab masa untuk ke kuliah dibantu lagi dengan sahabat2 serumah sewa yang mendorong untuk mendisiplinkan diri.. Alhamdulillah... Sehinggalah berlaku satu lagi cabaran dimana satu rumah sewa dapat asrama tetapi diri ini tidak menjadi insan terpilih dalam memiliki nikmat itu.. Maka terpaksa berpindah rumah untuk meneruskan perjuangan.. Alhamdulillah segalanya baik-baik sahaja dengan izin Allah SWT.


Seterusnya, tahun 2012 menjadi saksi bahawa penyakit yang pelik melanda diri ini... iaitu penyakit kulit yang dikatakan oleh doktor bahawa ia berpunca daripada fungus kucing... mungkin akibat kerap bermain dengan kucing kot... Bermula datangnya penyakit ini... di endahkan sahaja...hingga menjadi teruk...pelbagai klinik dilawati untuk mencari penawar...pelbagai cara untuk mencari jalan penyelesaian untuk mencari penawar.. Namun, bila berjumpa dengan doktor2 pakar, jawapan semuanya sama..."Luka ini biasa sahaja"..."Luka ini Sihat" namun, akhirnya dapat tahu bahawasanya ia adalah akibat daripada fungus dan juga Syaitan... Sehingga tangan kanan meninggalkan parut yang sangat besar lagi2 kulit jenis sensitif.. Dalam masa 6 bulan bertarung untuk mencari penawar...Akhirnya, Allah SWT mengizinkan untuk luka ini sembuh... Alhamdulillah.... Tidak lupa juga tarbiah on the sport daripada Allah SWT ketika diri ini terlalu gembira sehingga melupakan-Nya...14 JUN 2012 menjadi saksi di mana kemalangan menimpa ini dek leka membawa motor dengan lajunya sehingga hilang kawalan dan terlanggar divider jalan raya... Bila sakit baru teringat akan Allah SWT... Meskipun semuanya sudah selamat..Tapi, Parut besar dan menonjol menjadi saksi di atas apa yang berlaku.. menjadi saksi bahawa betapa kasihnya Allah SWT kepada Hambanya...Alhamdulillah..


Dan, pada tahun 2012 gaklah saya mengenal apa Matlamat sebenar diri ini sebagai seorang Insan dan juga sebagai seorang Islam, Terima kasih kepada sahabat... yang telah menarik diri ini ke dalam satu Usrah atau halaqah atau dengan nama manjanya bulatan gumbira he3...kerana benda sebeginilah yang mengajar saya untuk mematangkan fikiran saya...dan banyak gie benda baru perlu dibuat Insya Allah..akan diusahakan... Untuk menjadi seorang Insan yang paham erti matlamat sebenar...

Akhir kalam, Yang baik datang daripada Allah SWT dan yang buruk daripada diri ini yang penuh kedaiffan..Sekadar renungan bersama...Wuallahuallam...

Dengan ini tirai 2012 telah ku tutupi...kini tiba masanya ku membuka tirai 2013 dengan seluas-luasnya dalam mencari keredaan Allah SWT....

SELAMAT TINGGAL 2012 DAN SELAMAT DATANG 2013

Maka kisah ku bakal bermula lagi....

Sunday, 30 December 2012

~SAMURAI DAN MUJAHID~


~SAMURAI DAN MUJAHID~
Alhamdulillah, Segala puji-pujian hanya kepada Allah SWT tuhan sekalian alam, Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW Pesuruh Allah, Kekasih Allah, Penutup sekalian Nabi dan Insan yang sempurna menjadi ikon kepada Umat Manusia. Salam juga ke atas para Sahabat, tabiien dan tabiq tabiien yang telah berjuang dalam menegakkan panji-panji Allah SWT di muka bumi ini hinggakan nikmat Islam itu telah dirasai di seluruh pelosok dunia. Alhamdulillah...

Then, untuk entry kali ini apa yang hendak dikongsikan oleh Tuan empunya blog ini ialah berkaitan dengan Samurai dan Mujahid kerana bila diamati kedua2nya mempunyai hubung-kait yang sama cuma satu sahaja yang membezakan antara kedua2nya ini..Iaitu Akidah seorang Samurai dan Mujahid amatlah berbeza sekali tetapi cara dan perjuangan mereka saling berkait rapat. Saya melihat persamaan keduanya daripada aspek perjuangan mereka tetapi bukan berkaitan dengan akidah mereka maka andai tersilap apa yang dikatakan maka silalah perbetulkannya saya dengan lapang dada menerimanya..Insya Allah...Tetapi yang penting teguran biarlah berhemah.

Baiklah, saya akan mulakan aspek pemerhatian daripada perjuangan seorang Samurai di zaman Edo. Pada zaman ini Samurai merupakan salah satu tentera yang penting dalam organisasi ketenteraan boleh dikatakan mereka ini adalah tentera yang elit dan yang Gah dalam medan tempur. Mereka berjuang tanpa menghiraukan diri mereka kerana mereka hanya mengikuti arahan daripada Ketua atau Daimyo yang memegang pupuk pemerintahan kerana mereka merasakan ianya adalah suatu amanat yang wajib dilaksanakan. Seorang samurai apabila gagal dalam melaksanakan tugas atau lari daripada medan tempur mereka akan berasa malu tersangat-sangat dan langkah yang biasa dibuat untuk menebus malu ialah dengan Harakiri iaitu tikam diri sendiri atau bersiap-sedia untuk dipancung di atas kesilapan mereka bukan nak puji dorangnie lebih2 tapi kehebatan mereka di medan tempur.

Samurai turut menjadi simbol keberanian kepada masyarakat masa kini, kerana seorang Samurai apa bila mengetahui jumlah mereka hanyalah sedikit dibandingkan dengan musuh mereka tidak akan lari melainkan jika perlu untuk lari serta mereka taat kepada panglima mereka hingga ikut apa sahaja arahannya meskipun mereka wajib mengorbankan diri mereka untuk mempertahankan ketua mereka.

Cumanya, Merekanie biarpun nampak mati secara terhormat kerana mengorbankan diri di medan perang demi Daimyo atau ketua. Mereka still mati.....urrmmm..Katak.... sebab mereka tidak mempunyai akidah ..ada memang ada tetapi akidah mereka tidak kepada Allah SWT tetapi kepada Dewa-dewi, Yokai dan sebahagiannya. Tapi, still mereka mati katak...Namun, bukan itu yang hendak diambil jadi ikhtibar tetapi Keberanian mereka dalam berjuang. Tapi, Alhamdulillah first time jumpa Samurai Islam di zaman moden ini siap diberi pangkat syeikh gie..meskipun beliau bukanlah seorang samurai tetapi kerana beliau adalah orang jepun maka Samurai tetap menjadi gelaran..he3...

Baiklah, mari dilihat dari aspek perjuangan seorang Mujahid di Zaman Rasulullah SAW dan Zaman ini(Palestin dan Syria). Dalam Zaman Rasulullah SAW para Mujahid turut serta dalam mempertahankan Syiar Islam bersama Rasulullah SAW daripada dimusnahkan oleh pihak kafir Quraisy Mekah. Mereka adalah suatu angkatan tentera yang memburu Syahid. kematian lebih mereka cintai berbanding kehidupan..Subahan Allah betapa hebatnya semangat juang seorang Mujahid. Mereka menjalankan perintah Allah SWT untuk turun berjihad apabila agama, maruah, dan negara diserang oleh pihak musuh ataupun jalan terakhir untuk menyebarkan Islam bila mana sesebuah negara lebih rela untuk berperang dengan Tentera Islam berbanding berada dibawah naungan pemerintahan Islam.. dan seorang mujahid andai lari daripada medan perang tanpa sebarang keuzuran mereka tidak perlu membunuh diri atau sebagainya tetapi cukuplah laknat Allah SWT menimpah mereka sehingga mereka bertaubat...

Mujahid menjadi simbol atau impian bagi setiap umat Islam untuk menjadi seperti mereka.. Kerana rela berkorban jiwa dan raga semata-mata untuk mempertahankan agama Allah SWT. Mereka tidak gentar berada di medan tempur kerana mereka dikira Syahid dan Jannatul Firdaus menanti mereka nun disana. Akidah seorang mujahid tidak akan mudah goyah kerana hati-hati mereka sudah disangkar. bila mana untuk memisahkan hati mereka daripada sangkar hanya dengan mati. Tetapi, bagi kita Insan2 yang banyak kekurangan..Hati kita cuma dipagari sahaja dan bila2 masa sahaja anasir-anasir luar dapat merobohkan pagar tersebut dan memusnahkan hati kita dari dalam secara halus..Wanauzubillah... Contoh terdekat untuk melihat seorang Mujahid itu macammana lihat sahaja di Dada akhbar dan kaca tv..(ehh...tak bleh percaya sangat sebab dorang akan kata pengganas...bukan mujahid karang salah faham plak)..jadi Youtube dan blog2 tertentu ada memaparkan  kehidupan seorang mujahid dan selection untuk menjadi mujahid bukanlah semudah yang disangka tetapi perlu melalui proses penapisan dari segi akidahnya, akhlaknya, amalan wajib dan sunatnya..dsbgnya...Subahan Allah...rasa2nya diri ini memang sudah terkeluar daripada pencalonan untuk menjadi mujahid...(T_T)...

Akhir Kalam, ini adalah pandangan saya sebagai seorang Insan yang lemah dan serbah kekurangan andai ada yang silap atau salah atau perlu penambahan silalah jangan malu untuk menegur bagi saya memperbetulkannya semula. Tetapi, teguran biarlah berhemah dan beradab.. Renungan bersama...maaf andai ada pihak yang tersinggung dengan entry ini..Yang baik datangnya daripada Allah SWT dan Yang buruk datangnya daripada kelemahan diri saya sendiri..Wuallahuallam...

Sunday, 23 December 2012

~DETIK YANG GEMBIRA BUAT KAKAKKU~


Alhamdulillah, Untuk entry kali ini saya hendak bercerita tentang saat yang berbahagia buat kakak yang tercinta yang telah pun berjaya diijab kabulkan pada tarikh 21/12/12 di Perkasa Hotel Keningau akibat tidak boleh dibuat di Masjid Al-Takwa kerana hari jumaat dikhuatiri dapat mengganggu para jemaah yang datang awal ke masjid untuk beribadah. Alhamdulillah, segalanya berjalan-lancar meskipun ada beberapa kekangan yang kamu sekeluarga perlu hadapi.. Tapi, semuanya dapat kami hadapi dengan bantuan daripada Allah SWT melalui kesenangan dalam kami melaksanakan tugasan masing2..

Bermula daripada Menghantar kad jemputan, Umi saya kata dia tak nak mengharapkan orang lain dalam urusan menghantar kad jemputan perkahwinan melainkan keluarga terdekat kerana umi saya takut jika kad tersebut tidak sampai ke tangan empunya badan. Maka, anaknya inilah yang akan membantunya dalam bab menghantar kad jemputan.. Alhamdulillah ada hikmah disebalik semunya yang berlaku. Dalam saya melakukan tugasan itu, saya dapat berjumpa dan berkomunikasi dengan orang lain sebab saya tak pandai berkomunikasi dengan baik sebenarnya. Silap haribulan dapat pelempang batman turun ke hati...ha3..baiklah bermula dengan kesenangan dalam menghantar kad jemputan.. seterusnya kesilapan menghantar kad...tak tau mana satu rumah empunya badan..sehingga diri terasa penat sangat.. segala fizikal, mental dll bergerak.. Dalam keadaan penat begini pun saya masih gembira melihat senyuman manis umi tercinta... meskipun menyimpan pelbagai kerisauan dan masalah dalam fikirannya tapi masih mampu tersenyum...(^_^)..itulah kehebatan seorang ibu.

Seterusnya, bab membuat cendera mata kepada para tetamu.. dalam lingkunan 1000 kotak tau lebih bagi diisi gula2 dalamnya...Fuuhhh..mula2 memang happy buat..tapi, lama2 ha3...tapi apa2 pun syukurlah, keluarga semua turun padang untuk membuat cendera mata dan mula mengeluarkan perangai pelik masing2...ha3... termasuk diri inilah...ha3....

Sepanjang persiapan, tiba2 umi saya berkata.. "Umi macam tak percaya, anak umi yang sulung akan berumah-tangga, seolah-olah baru sehari kakak kamu dalam dakapan umi"..lebih kurang gtulah..trus sebak saya mendengarnya tapi, gembira pun ada sedih pun ada...Gembiranya, Kakak saya telah pun temui jodohnya.. Insya Allah..melalui penglihatan mata kasar saya...Abang Ipar saya Insya Allah..Baik2 orangnya..dan mampu membimbing kakak saya ke Jannah..Amin Ya Rabbal Al-lamin.

Malam sebelum perkahwinan kakakku yang tercinta, tiba-tiba dalam hati kecilku berbisik " Seperti aku tak percaya, bahawasanya seorang insan yang ku sayang, sentiasa memberikan ku kata2 semangat, sentiasa bergurau senda dengan ku, sudah pun berjumpa dengan imamnya..Alhamdulillah...Rasa seperti baru sehari kecil dan membesar,..."  dan saya berharap kakak saya akan mendapat barakah dan sentusa dalam kerahmatan Allah SWT bersama suaminya yang tercinta...Amin Ya Rabbal Al-lamin..

Pada hari kakakku diijab kabulkan.. Antara part yang paling aku suka dan sedih..segalanya bercampur-baur..ialah pabila ayah ku berdialog " ..... saya harap kamu menerima anak saya seadanya, tolonglah bantu dia dalam semua perkara, jangan cuba mencari kekurangannya tetapi cubalah memperbaiki kekurangannya..." macam tulah lebih kurangnya..

Dan....Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar pada hari persandingannya meskipun terdapat serbah kekurangan dalam majlis itu tapi Insya Allah masih dapat diterima oleh para hadirin yang menghadiri majlis perkhawinan kakak dan abang ipar saya... Dan sebelum saya meninggalkan majlis untuk bertolak balik ke terengganu saya sempat melihat keceriaan jelas terpancar dimuka kedua-dua orang tua saya..kakak2 saya.. serta sepanjang dalam perjalanan ke terminal lapangan terbang sempat untuk berkenal-kenalan dengan sahabat kakak kedua saya...dan bergurau senda..ha3...

K..sedutan2 yang berjaya diambil ketika dalam persiapan dan majlis perkhawinan kakak saya yang tercinta...

Memasang Cenderahati untuk para hadirin

Nie Gula2 namanya...

Pasangan Sweet si Cendera hati...

Ada makna tersirat disebalik susunan ini...he3...

Senyuman Abah tercinta sebelum Majlis bermula

Ceramah Free dari Tok Kadi...

Penyerahan Tugas....Daripada Abah yang tercinta...

Tue Mas Kahwin Namanya....

Ambil Gambar dari sebelah pihak perempuan...(saya)..inilah nasib
si Tukang gambar...(T_T)

Pihak Lelaki dan pompuan ambil gambar

Nie Papan tanda namanya..
"Aku terima nikahnya......" sekali lafaz ja.."Sah??" saksi.."Sah...sah...sah.."

Bacaan Doa selepas Kejayaan melafaz akad nikah dengan sekali lafaz

Barakallah ke atas kakak dan abg ipar ku..Moga rumahtangga kalian sentiasa
mendapat Rahmat dan Barakah daripada Allah SWT..Amin Ya Rabbal Al-lamin...

 Sekian Sahaja...^_^.. Coretan daripada insan yang bergelar anak dan adik

Dari:- IBNU JAAFAR


Thursday, 13 December 2012

~KENIKMATAN DISEBALIK KESUSAHAN~


Alhamdulillah, Segala Pujian hanya untuk Ar-Rahman Dialah yang berhak disembah Tuhan yang Satu tidak ada yang setanding daripadanya. Selawat ke atas junjugan Nabi Muhammad SAW Insan yang Sempurna tanpa ada sedikit kekurangan pun disisi Allah SWT.


Entry kali ini, ana just nak kongsi tentang apa yang ana faham berkaitan Kenikmatan Disebalik Kesusahan mengikut pengalaman ana dan ia bukan sesuatu yang mudah untuk kita hadapi tapi, satu perkara yang perlu kita semua tahu bahawasanya Allah SWT tidak akan menguji seseorang hambanya melainkan dengan tahap kemampuan hambanya itu sendiri. Jadi, Alhamdulillah ana mengalaminya sendiri namun, malang bagi diri ini kerana lambat untuk menyedari bahawa nikmat Allah SWT tue sebenarnya terselit disebalik Kesusahan yang dirasa.

Contoh yang terdekat ana boleh bagi ialah penyakit kulit yang ana alami, kemalangan yang ana rasa depan UMT dan dekat Tunas Manja. ok, cukup. itu semua dengan izin Allah SWT buat hamba-Nya agar segera tersedar dari lamunan untuk kembali kepangkal jalan. Senang cita bila kita senang ada kita ingat Allah??.. Bila kita susah baru ingat dengan Allah SWT.. Astaghfirullah al-azim..lempang pipi sendiri sakit tak sakit, baru ingat Allah SWT. Tapi, ada gak Insan yang tika dia senang dan susah dia tetap ingat Allah SWT kerana keyakinannya kepada Allah SWT sangat tinggi, tinggi menggunung namanya dan ini sebagai tamparan hebat kepada kita semualah yang hanya ingat Allah SWT bila kita dalam kesusahan. 

Namun, paling penting...Apa yang penting..KERJASAMA...meh sini pelempang sebijik... Nak Wonder Pet sangat.(Gurauan Sahaja) apa yang penting ialah kita jangan sesekali putus asa kepada Allah SWT kerana sedar tak sedar ada kenikmatan yang terselit dalam kesusuhan yang kita alami. Penyakit Kulit yang ana alami satu sem tak baik (dekat2 6 bulan) lama tue, ana dapat merasakan nikmat tangan yang Allah SWT berikan ini hanya pinjaman semata-semata dan bila-bila masa Allah SWT boleh tarik nikmat ini dan betapa nikmatnya Kesihatan yang Allah SWT berikan kepada diri ini namun, diri mula lagha...bila ditarik nikmat itu baru tersedar untuk mengingati Allah SWT. Satu Pelempang dasyat hinggap di muka turun ke hati.

Then, Waktu ana kemalangan dekat UMT ketika beria sangat nak wat selekoh tajam tanpa menghiraukan keselamatan dan mungkin salah satu puncanya kerana lupa membaca doa yang akhirnya membawa kepada motor hilang kawalan dan langgar divider jalan raya, terbang ala-ala Superman. Syukurlah cuma calar sedikit di kaki dan tangan dan yang tak best Majoriti kereta yang lalu-lalang "BUKA CERMIN" dan "LIHAT"... ingat orang wat stuntman ke??..Mujurlah Allah SWT menghantar bantuan dengan kehadiran dua orang hamba Allah SWT yang bila mana kita lihat dengan kasarnya merekanie cam budak motorlah tapi pada hakikatnya mereka lebih baik daripada kita kerana mereka bantu orang yang dalam kesusahan. Mereka datang membantu ana dan terus hantar ke klinik.Nah!! Satu lagi pelempang batman hinggap di pipi jatuh ke hati. Alhamdulillah semuanya baik sahaja. Ini juga merupakan satu tarbiah daripada Allah SWT agar kita ingat bahawa kematian bila2 ja bleh menjemput kita dan jangan menghukum seseorang dari luaran sahaja dan sal Tunas Manja itu kereta langgar motor kawanlah time tue ana membonceng. Alhamdulillah, tiada kehilangan nyawa dilaporkan semuanya baik2 sahaja... itu pun juga tarbiah daripada Allah SWT.


Akhir Kalam, daripada seorang hamba Allah SWT yang serbah kekurangan penuh dengan kefaqieran dalam bab ilmu ana mohon maaf andai menyentuh sensitiviti pihak2 tertentu.. Tiada niat untuk saja melempang2 tapi lempangan itu sebenarnya telah disetkan untuk membuat U-turn agar ana merasa kesakitan itu semula supaya dapat memperbaiki diri dari semasa ke semasa Insya Allah. Yang baik itu datangnya daripada Allah SWT dan Yang buruk itu datang daripada diri ana yang penuh dengan kedaiffan. Wuallahuallam.


Friday, 7 December 2012

~PALESTINE TOMORROW WILL BE FREE~



Alhamdulillah, setelah sekian lama ana tidak menulis tinta emas dalam blog ini.. Akhirnya, Allah SWT memberikan ilham untuk ana menulis apa yang terbuku dalam hati ana selama ini. Terlebih-lebih dahulu ana panjatkan kesyukuran kepada Allah SWT dan Selawat ke atas baginda Nabi Muhammad SAW. Insya Allah.. Entry kali ini yang hendak dikongsikan ialah tentang Palestine...k Insya Allah.

Saudara-saudari sekalian bila menyebut tentang Palestine, apa yang terfikir di dalam minda kita... Palestine merupakan Bumi Para anbiah, tempat para syuhadah dan tempat terletaknya kiblat pertama umat Islam iaitu di Jerusalam tempat Masjidil al-Aqsa bertapak dan telah menjadi jajahan takluk kepada Zionis Laknaktullah.. Hari ini, tiap kali kita menikmati hari-hari yang aman dan damai dalam kita beribadah kepada Allah SWT. Berpuluh, beratus, malah beribu Anak-anak Palestine terbunuh..Apa Salah mereka???


Palestine Tomorrow Will Be Free...

Allah SWT telah menganugerahkan kepada mereka satu kenikmatan yang besar kerana mereka telah terpilih untuk menjadi Mujahid-mujahid yang akan mempertahankan Agama Allah... Syiar Allah.. meskipun Ramai yang telah gugur Syahid... Namun, akan lahir yang baru bagi menggantikan Mujahid yang telah Syahid.. Subahan Allah.. Bagaimana hebat pun usaha Rejim Zionis Laktullah untuk memusnahkan Mujahid-mujahid dengan membunuh anak-anak kecil yang akan menjadi penerus kepada perjuangan menentang musuh Islam dan mereka membunuh Isteri-isteri, ibu-ibu kepada para Mujahidin daripada melahirkan pejuang Islam.. percayalah, Allah SWT tidak akan membenarkan ianya berlaku..Subahan Allah..

Bila ana mendengar ada individu-individu yang bertitle ustaz mengatakan tiada Jihad di Bumi Palestine sebab Mujahid-mujahid yang gugur di Palestine tidak dikira mati syahid kerana bilangan musuh 2 kali ganda daripada tentera Islam dan Mujahid-mujahid di Palestine tidak mempunyai persediaan daripada segi ketenteraan... Wuallahuallam... Tapi, yang pelik bin ajaibnya.. Artis bai...artisss... tak pergi ngaji pondok...tak ngaji ilmu agama secara mendalam...Tapi, mereka ada kesedaran dan cakna tentang apa yang berlaku di bumi Palestine hingga mereka sanggup pergi ke Gaza meskipun mereka tahu akan risikonya... itu pun, masih lagi ada individu-individu yang mengkritik mereka hanya kerana berbeza pandangan politik...Wuallahuallam..

Apa yang ada pada diri kita... duduk dalam negara yang aman dan damai..sedangkan anak-anak di Palestine bermandi darah..kehilangan ibu yang mereka cintai..Ayah yang mereka sayangi.. adik-beradik yang mereka kasihi... Tapi, mereka sikit pun tidak bersedih..kerana mereka tahu keluarga mereka semuanya telah pergi bertemu dengan Allah SWT telah menjadi salah satu daripada tetamu Allah SWT yang dimuliakan....Alhamdulillah...Tapi, diri kita ini tak payah cakaplah masing-masing tahu bagaimana diri-sendiri...

Ana tahu, ana sebenarnya tidak layak untuk berkata tentang apa yang berlaku di Palestine kerana ana tidak berada di sana untuk melihat dengan mata kasar ana tentang keperitan yang dialami oleh Rakyat Palestine...ana tidak berada di sana untuk merasakan apa yang dirasakan oleh Rakyat Palestine..ana hanya mampu manjadi penonton di FB, Kaca TV, Youtube dan sebagainya...Tapi, dengan entry ini sahaja dapat ana jadikan sebagai medan untuk memberikan pandangan dan apa yang dirasakan...Insya Allah...Wuallahuallam..


Dan ana tertarik dengan puisi yang telah dicipta oleh Ustaz Azhad Idrus..

Derita Kita, Derita Mereka -Ustaz Azhar Idrus-

Derita kita….
Derita kita menanti majunya negara,
Derita kita kerana jualan di kedai yang kurang memberangsangkan,
Derita kita belum dapat bantuan subsidi,
Derita kita kerana anak tidak lulus periksa,
Derita mereka apabila anak-anak mereka menjadi kubu daripada ditembusi oleh peluru-peluru yahudi yang merobek kulit mengeluarkan isi perut anak-anak kecil yang tidak berdosa, itulah derita para ibu yang berada di bumi GHAZA…
Para ibu di negara kita,
Derita belum sempat membeli gelang baru,
belum sempat membeli rantai baru, belum sempat menempah siap pakaian baru, samakah kita dengan mereka?

Bumi GHAZA,
2012 menjadi tontonan cerita perang dalam television setiap umat Islam yang jumlahnya berbilion-bilion…
Wahai Ghaza,
Kami saudara kamu, seagama denganmu,
kami lelaki-lelaki sekuatmu juga,
kami memohon ampun kepadamu wahai Ghaza,
kami memohon ampun kepadamu wahai Syria,
kerana kami tidak menghantar kereta-kereta kebal kami yang hanya kami gunakan pada hari kemerdekaan..
Minta maaf wahai rakyat Palestin, Syria,
kami ada tentera tapi kami tidak mampu pergi kepada kamu,
Mohon kemaafan banyak-banyak,
kami hanya menjadi penonton di mana darah-darah anak-anakmu, isteri-isterimu jatuh titisan demi titisan di atas bumi yang sangat suci,
Wahai Ghaza,
walaupun kami tidak dapat pergi dengan jasad,
terimakanlah juga roh kami untuk bersemadi bersama para syuhada’mu,
Wahai Syria,
walaupun kami tidak sempat untuk berperang bersamamu,
terimalah nyawa kami untuk terus menguatkan jasad-jasad kamu,
melawan segala yang menjadi musuh Allah, al-Yahudu wal Bashar,
Wahai Ghaza, wahai Palestin, wahai Syria,
maafkan kami, terimakanlah doa daripada kami dan sudilah kiranya roh-roh kami bersemadi bersama jasad-jasadmu…


Dalam waktu yang singkat buat kehidupan kita meskipun tidak mampu untuk pergi ke Palestine untuk berjihad biarlah kita memberi sumbangan kepada Rakyat Palestine bagi membantu mereka semua berjihad...Biarlah doa kita semua sentiasa berjalan tanpa henti untuk Rakyat Palestine..Insya Allah ada hikmahnya... 

Akhir Kalam, tiap-tiap ayat yang tertulis di entry ini bukanlah 100% betul tetapi masih ada kecacatan dan kelemahannya..Dan ana memohon maaf sekiranya telah menyentuh sensitiviti pihak-pihak tertenu.. ana juga berharap agar kita semua cakna dalam masalah Palestine dan bersatu..bukan berpecah belah... Sekadar renungan bersama...Yang baik datang daripada Allah SWT dan Yang buruk itu disandarkan ke atas kelemahan diri ana yang penuh dengan kedhaiffan...Wuallahuallam...


Sunday, 28 October 2012

~TIADA ISTILAH BERPUTUS ASA~




Alhamdulillah, Kita semua masih lagi diberi satu nikmat yang tidak terhingga tinggi nilainya iaini Islam. Oleh Allah SWT, maka marilah bersama kita panjatkan kesyukuran kita kepada Al-Khaliq yang telah memberikan kita pelbagai nikmat yang terselit seribu Pengajaran dan Hikmah. Inilah yang dikatakan Ohsem....

Orait, back to the topic... Dalam Kehidupan kita yang serbah lengkap ini tidak ada kurangnya walaupun sekecil zarah kerana semuanya telah Allah SWT lengkapkan untuk kita meneruskan kehidupan kita di muka bumi ini untuk BERIBADAH kepada Allah dan menjadi KHALIFAH di muka bumi Allah. Namun, dalam kita melayari layar kehidupan kita tidak akan pernah sekalipun kita terlepas daripada sebarang musibah dan cobaan yang diberikan oleh Allah SWT kepada Hamba-hambanya dengan tidak lain dan tidak bukan dengan mengikut kemampuan hamba-hambanya. Jadi ini memang biasalah....

So, dalam kita menghadapi Ujian/Musibah/Cobaan daripada Allah SWT. adakalanya kita akan berasa Down, hilang semangat, rasa diri ini tak layak lagi untuk hidup(kecil-kecil tak nak mati, bila besar menyusahkan orang)..Sampai begitu sekali kita rasa... Ini bukanlah bermakna kita menggunakan Ujian yang diberikan oleh Allah SWT sebagai satu landasan untuk mencipta satu alasan untuk kita berputus asa. Tidak sesekali... Dalam Kehidupan kita ini tidak ada Istilah untuk berputus asa...meskipun kita melihat ajal telah hampir dengan kita Ibarat kita naik motor tiba2 ada kereta muncul mengejut dari tepi kita dengan peratus untuk kita mengelak hampir 0 kita tidak boleh berputus asa dengan hanya kata redha tetapi kita perlu mencari alternatif yang lain selagi kita mampu...Insya Allah ada hasilnya...

Anda Jatuh???...ingin berputus asa???...

Contoh yang lain, dapat sahaja dilihat daripada Satu Permainan Bola Sepak... Kita melihat apabila suatu squad telah dibelasah teruk dengan 3-0...5-0...atau 6-0.. Adakah kita melihat mereka akan terus hentikan permainan dan akui kekalahan mereka....wohooo....Silap bro... Mereka tetap melawan balik dan macari pelbagai alternatif untuk mengejar mata atau untuk membuat Counter-Attack bagi mendapatkan Jaringan.. Usah menjadi seperti seorang Samurai( Ana suka samurai).. tapi, satu sahaja yang ana tak suka dengan Samurai...iaitu mereka bila gagal melakukan sesuatu tugas mereka akan membuat Harakiri(Tikam diri dengan Samurai)..Ibarat mereka merasakan mereka tidak layak untuk hidup di atas muka bumi ini... tue namanya Sandi(Teruk tahap Gaban)

Hatta, dalam hadis Nabi sendiri pun tentang penaklukan Kota Constantinople(Istanbul) yang akan jatuh di tangan Umat Islam. Para Sahabat Nabi, Khalifah2 Umayyah, Abbasiah dan Uthmaniah.. Tidak pernah berputus asa untuk menawan Kota Constantinople(Istanbul).. Meskipun mereka gagal berkali-kali... dengan pelbagai cara pelbagai alternatif dan sebagainya... Namun, masih turut mendapat result yang sama.... Tapi, mereka tidak berputus asa..Sehinggalah dengan Izin Allah SWT... Raja Sebaik2 Raja, Tentera Sebaik2 Tentera dan Rakyat Sebaik2 Rakyat...Raja yang masih muda dan gagah serta seorang yang Alim iaitu Sultan Muhammad Al-Fateh, berumur 21 tahun telah mengotakan dan membenarkan Hadis Rasulullah SAW dengan Izin Allah beliau telah berjaya menawan Kota Constantinople setelah 43 hari mengepung Kota tersebut tanpa berputus asa dan sentiasa mencari jalan untuk masuk ke dalam benteng musuh...
Takda pun berputus asa bukan...gitu walau tidak begitu.....

Sultan Muhammad Al-Fateh..Penakluk Kota Constantinople(Istanbul)
tidak ada Istilah berputus asa dalam menakluk Constantinople

Dengan ini, tidak ada alasan bagi kita semua untuk berputus asa bila dirasakan semua jalan buntu kerana pasti ada jalan yang penyelesaian yang lain...  Cuma perlu ada usaha, tidak boleh setengah-setengah....
Harus Tekad.....Insya Allah... Bak kata Maher Zain...."You feel so helpless you can't see which way to go don't despair  and never lose hope cause Allah always by you side" atau selebihnya bleh dengar dalam lagu Maher Zain "Insha Allah" sebab lagu tue banyak mengajar kita untuk tidak berputus asa walau apa pun yang terjadi...Alhamdulillah...

Akhir Kalam, Semua yang terjadi pasti ada hikmahnya....Insya Allah... So, tak perlu kita berputus asa meskipun kita merasakan Dunia ini gelap kerana pasti ada Cahaya yang akan membimbing kita...Makanya, sama-samalah kita tanam dalam diri kita untuk tidak mudah berputus asa...Kerana Allah sentiasa bersama kita melainkan kita yang menjauhkan diri kita kepada-Nya..Wuallahuallam....

Meskipun merasakan diri berada dalam kegelapan Pasti adanya Cahaya yang akan Membimbing kita

Tuesday, 23 October 2012

~MENGAPA KITA JATUH??~


Alhamdulillah, setelah hampir berbulan lamanya tak update entry. Syukurlah, akhirnya mendapat gak Ilham daripada yang Yang Maha Mengetahui untuk meneruskan penulisan ana dalam entry kali ini. Ana turut bersyukur kerana blog ana belum lagi ada labah-labah datang untuk membuat sarang he3.. Maaflah sekadar untuk berjenaka. Baiklah, back to the Topic. Mengapa Kita Jatuh???...Mengapa..Mengapa dan Mengapa...Pernah tak kita tanya diri kita, 

Orait, Ana terfikir dalam kita berlayar dengan layar bahterah kehidupan kita, Sering-kali ketika mana kita hampir mengapai  Suatu Kejayaan yang kita idam-idamkan tiba-tiba sedar tak sedar, mahu tak mahu kita telah jatuh terbengkalai sehingga membuatkan kita berasa sedih, keciwa(kecewa), hatta merasakan bahawa dunianie sudah tak bermakna lagi kerana segala yang kita usahakan akhirnya, Hilang begitu sahaja..
Sedih tak Sedih begitu...(T_T)

Kita tak ingin kita jatuh tersungkur, kita tak ingin jatuh tercium tanah, Dan kita tak ingin jatuh tercium tanah siap-siap muka terkena gi taik kucing...euwwww....Tapi, mengapa tidak semasa kita jatuh tersungkur kita mengambil suatu hikmah daripadanya untuk dijadikan ikhtibar dalam diri kita. Mengapa Kita Jatuh???.. Kerana bukannya Allah SWT saja-saja buatkan hambanya jatuh tersungkur ketika mana hambanya hampir menggapai kejayaan. Tapi, untuk hambanya mengambil pengajaran daripada terjatuh untuk bangun semula belajar daripada kesilapan untuk memperbaiki diri untuk menjadi seorang hamba yang bersyukur dan berjaya di dunia dan di akhirat.

Maka, janganlah bersikap buruk kepada Ar-Rahman. Tapi, sentiasalah berhusnuszon dengan Allah SWT kerana Allah tidak memberikan suatu Ujian melainkan dengan kemampuan hamba-hamba-Nya. Baiklah, dengan ini marilah kita simpulkan bahawa kita jatuh bukan bermakna kita telah tewas. Tapi, untuk kita belajar dan mengkaji ( Mengapa kita Jatuh, Bagaimana kita hendak bangun Semula, Cara yang terbaik untuk mengelakkan diri kita tersungkur selama-lamanya)..Barulah kita boleh upgrade diri kita dari semasa ke samasa untuk menjadi OHSEM...K.. Insya Allah...Wuallahuallam.

Diri ini Belum Tewas meskipun telah jatuh tersungkur tapi
Diri ini tewas bila jatuh tapi tidak mahu bangun Semula

Thursday, 6 September 2012

~MENCINTAI ATAU DICINTAI~


CINTA KEPADA ALLAH SWT MEMBAWA KEPADA REDHA ALLAH SWT
 Alhamdulillah,..Insya Allah entry untuk kali ini ana nak bagi pandangan ana tentang dua kalimah ini iaitu Mencintai atau Dicintai,. Terlebih dahulu, ini hanya pandangan ana. Dan ana bukanlah Angel atau dengan bahasa yang lebih mudah ana bukan seorang Insan yang perfect tahap gaban ok. Ana juga Insan biasa yang tidak lari daripada kesilapan. So, jika dalam entrynie ada yang antum tak puas hati atau ana melakukan silap ana mohon maaf dan ana nak antum semua perbetulkan di mana kesilapan yang telah ana lakukan. Jangan dicaci ataupun dihina..tapi, Tegur dengan penuh Hikmah..Insya Allah semuanya akan baik-baik saja...Insya Allah (^_^)

Baiklah, Let Start it.. Pada mulanya apakah itu Cinta, apa maksud cinta yang telah tertanam dalam mind set kita sejak kita botak hingga tumbuh rambut...maksudnya dari kecil hingga besarlah...he3...Mengikut pengalaman antum semua termasuk ana sekalilah..rasa2nya lau ditanya sal Cinta apa jawapan yang akan diberi?? K..Nie Jawapan Legend yang ana pernah dengar dan pernah guna tak taulah lau antum semua pernah dapat atau faham jawapan legend yang berbeza dengan ana... nie jawapan legend yang ana bagi... CINTA ITU BUTA...(jadi lau cinta tue buta conform awal2 tersesat jalan. .haiya...ha3)..CINTA ITU DEMI MENDAPATKANNYA SANGGUP KU REDA LAUTAN BERAPI..(Nampak sangat tipu bebenor...cuba berenang dari lautan hindi hingga lautan china tanpa bantuan orang lain..Ko Mampu..Puiih..conform tak mampu takat berenang kat swimming full takat paras pinggang tak payalah...) Lagi apa gi jawapan legend...ahhh... tak ingatlah...dah.. Tak apalah, 2 pun jadilah...Mungkin antum da gi jawapan-jawapan yang baik untuk Cinta...Maybe...Insya Allah...

BERSUJUDLAH KEPADA ALLAH SWT
Ok,. dan satu gi persoalan yang ana nak timbulkan ialah yang mana lebih baik (Mencintai atau Dicintai)... Nie Persoalan yang ditimbulkan oleh Seorang Pensyarah Ana di U.. Lau fikir balik, mestilah kita pilih Dicintai..tapi, napa kita pilih Mencintai atau Dicintai..apa alasannya??..Baiklah.. Sebelum ana menukar pilihan  jawapan ana kepada Mencintai ana pada mulanya memilih untuk dicintai...Sebabnya,  ana terfikir jika kita mencintai..seseorang tak kah boleh membawa kepada (SS)..Super Spontan???...No...tapi, Syok Sendiri sebab kita mencintai si dia tapi dia tak mencintai kita ..lau cam2 ana pilihlah untuk dicintai....He3..senang Cerita..(^_^)..tapi  rupa2nya ana silap..(-_-)/.. kenapa kita nak dicintai.. kita nak dicintai oleh orang dengan keadaan kita yang tak baik...tak nak berubah kepada kebaikkan..merasakan diri kita ini orang yang baik...perfect..jadi kita nak dicintai orang tanpa melihat dimana kekurangan yang perlu kita baiki..tapi hanya mengharapkan orang boleh terima kita seadanya...ehh..yakah..rasa-rasanya orang nak terima dengan perangai kita yang "Gedik sangat nak dicintai"...urm..alamatnya kiamat pun lum tentu kita akan dicintai orang....Cuba Try...

Tapi, kita perlu ada sifat untuk Mencintai... ehh..napa plak... Ha3...kenapa..ya..kenapa ya...(^_^)..Mudah aja... Dalam Quran banyak menyebut tentang Hablum Minannas..Setiap Manusia itu saling Kasih-mengasihi... Contohnya bleh cek sendiri dalam al-Quran Insya Allah... Kita ambil Overoll dalam Surah Nuh..Di mana, Nabi Nuh AS..Berdakwah kepada Umatnya selama 950 tahun untuk menyembah Allah SWT agar umatnya tidak diazab oleh Allah SWT.. Boleh kaji dengan lebih Lanjut Insya Allah...dalam hadis pun banyak lagi menyebut tentang Cinta..Insya Allah..Antaranya:-

MENCINTAI..MENERIMA KEKURANGAN YANG ADA PADA PASANGAN KERANA ALLAH SWT
“Sesungguhnya di antara hamba-hamba Allah itu ada beberapa orang yang bukan Nabi dan syuhada menginginkan keadaan seperti mereka, karena kedudukan di sisi Allah.
Sahabat bertanya, “Ya Rasulullah, tolong kami, beritahu siapa mereka?”
Rasulullah Saw. Menjawab, ”Mereka adalah satu kaum yang cinta mencintai dengan ruh Allah tanpa ada hubungan sanak saudara, kerabat di antara mereka, serta tidak ada hubungan harta benda yang ada pada mereka. Maka, demi Allah, wajah-wajah mereka sungguh bercahaya, sedang mereka tidak takut apa-apa di kala orang lain takut, dan mereka tidak berduka cita di kala mereka berduka cita.””
(H.R Abu Daud)


“Sesungguhnya Allah SWT pada hari kiamat berfirman, “Di manakah orang yang cinta-mencintai karena keagungan-Ku? Pada hari ini Aku akan menaungi dengan menunggu-Ku di hari yang tiada naungan melainkan naungan-Ku.”
(H.R Muslim)


“Tiga perkara, barang siapa memilikinya, ia dapat merasakan manisnya iman, yaitu:
1)      Cinta kepada Allah dan rasulnya melebihi cintanya kepada selain keduanya,
2)      Cinta kepada seseorang karena Allah, dan
3)      Membenci kekafiran sebagaimana ia tidak mau dicampakkan ke dalam api.”
(H.R Bukhari-Muslim)


Sumber darimana dapat??...nie aku tak celup dari mana2 ya..celup dari buku je yang berjudul.."LAH TAHZAN FOR BROKEN HEARTED MUSLIMAH" daripada ASMA NADIA...Siapakah dia itu..tak kenal..tak kenal..tak kenal..Jan Risau ana pun baru mengenali penulisnie...he3...http://id.wikipedia.org/wiki/Asma_Nadia boleh search linknie..nak kenali penulis dengan lebih lanjut Insya Allah..bleh membantu...

CARILAH CINTA YANG DIREDHAI ALLAH SWT
So, kita sepatutnya menjadi seorang Insan atau hamba Allah SWT yang ada sifat Mencintai, bukan Dicintai..Kerana jika antum semua ingin Dicintai maka ibarat antum menunggu bulan jatuh ke riba..boleh ke bulan jatuh ke riba..he3...Tapi, kita sebagai seorang Insan..Hamba Allah..seorang Da'ie..sesiapa pun kita mesti punya Sifat Mencintai kerana dengan sifat inilah yang akan memberi suatu kekuatan untuk merubah diri kita dari buruk kepada baik, bertungkus-lumus untuk mencintai sanggup mengorbankan Jiwa dan Raga...sanggup untuk menjadi benteng....serta sanggup buat apa sahaja..Tapi apa yang penting...Kerjaaaaasamaaaa!!!!...ehh silap he3..nie Wonder Pet punya ayat...ha3...apa yang penting ialah biarlah kita Mencintai sesuatu yang Membawa diri kita dekat kepada Allah dan Rasul.. Ibarat kita ada seorang Kekasih...kita sanggup lakukan apa sahaja demi mendapatkan Cintanya..Sama gak Cinta kita dengan Allah dan Rasul kita sanggup melakukan ibadah Wajib dan Sunat semata-mata menginginkan Cinta Allah..Menginginkan Redha Allah..begitu juga kita sanggup Berselawat kepada baginda Nabi Muhammad SAW dan mengikuti Sunnahnya kerana memohonkan Cinta baginda dan Redha Baginda..yang akan membawa kita kepada Cinta dan Redha Allah SWT..

Jadi, ana dapat simpulkan dalam entry ana kali ini ialah...Jadilah seorang hamba Allah yang Mencintai..kerana banyak manfaat yang kita dapat daripada sikap kita yang Mencintai ini..tapi, biarlah kita Mencintai kerana Allah SWT dan Rasulullah SAW...Insya Allah..kita akan mendapat redha Allah di dunia dan di akhirat...Sekadar renungan bersama..yang baik ambil sebagai ikhtibar dan yang buruk campak ke dinding simen lau campak kat dinding plawood takut2 dia melantul balik...he3...saja melawak..Wuallahuallam...

ALHAMDULILLAH...