Thursday 10 November 2011

7 JENIS CINTA DALAM AL-QURAN


Kebanyakkan Remaja Zaman sekarang tidak memahami apakah itu erti cinta sebenarnya...apakah ia pengorbanan sebenarnya.. Insya Allah disini ana ada menulis beberapa Jenis Cinta berdasarkan al-Quran.

Dalam al-quran telah menerangkan 7 pengertian yang berbeza antaranya adalah:

1.CINTA AL-MAWADDAH (PENUH KASIH MEMBARA)
Cinta al-Mawaddah adalah sejenis cinta yang membara dan mekar. Orang yang Memiliki Cinta jenis mawaddah, mereka selalu ingin berdua, enggan berpisah dan akan selalu memuaskan dahaga Cintanya. Ia ingin memonopoli atau ingin menguasai Cintanya, Sehingga cinta yang lain tidak kelihatan. Kebiasaan Cinta seperti ini adalah cinta seorang hamba yang Soleh Kepada Allah SWT atau Cinta di antara Suami Isteri yang baru Berkahwin . Sentiasa akrab dan Intim...

2.CINTA AR-RAHMAH (PENGORBANAN)
Cinta ar-Rahmah adarlah cinta yang penuh kasih Sayang, lembut, sedia berkorban dan sedia untuk melindunginya. Orang yang memiliki cinta jenis rahmah ini lebih mementingkan orang yang dicintanya berbanding diri sendiri. Baginya apa yang penting adalah kebahagiaan kekasih atau orang yang dicintai itu bahagia meskipun dia harus menderita. Dia tahu akan kekurangan kekasihnya dan selalu memaafkan kesalah kekasihnya...

Termasuk juga cinta rahmah adalah cinta antara orang yang mempunyai talian darah terutama cinta kedua ibu bapa kepada anak dan sebaliknya. Dalam al-Quran kerabat disebut sebagai al-arham, dzawi al-arham, yakni orang-orang yang memiliki hubungan kasih secara fitri yang berasal dari hubungan kasih syang ibu(rahim dari perkataan rahmah). Sejak janin seorang anak sudah diliputi oleh suasana psikologi kasih dalam satu ruang yang  disebut rahim.

Dengan ini, orang yang memliki hubungan pertalian darah dianjurkan utnuk selalu bersilaturahim dengan kata lain menyambung tali kasih sayang. Suami isteri yang diikat oleh cinta mawaddah dan rahmah Automatik mereka saling setia zahir batin di dunia dan akhirat.
Cinta al-Mawaddah dan ar-Rahmah ini dipetik daripada surah ar-Rum ayat 21:

 وَمِنۡ ءَايَـٰتِهِۦۤ أَنۡ خَلَقَ لَكُم مِّنۡ أَنفُسِكُمۡ أَزۡوَٲجً۬ا لِّتَسۡكُنُوٓاْ إِلَيۡهَا وَجَعَلَ بَيۡنَڪُم مَّوَدَّةً۬ وَرَحۡمَةً‌ۚ إِنَّ فِى ذَٲلِكَ لَأَيَـٰتٍ۬ لِّقَوۡمٍ۬ يَتَفَكَّرُونَ(21) 
 
 Maksudnya: Dan antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari janismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya dan dijadikan-Nya antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.

3.CINTA KULFAH (MENDIDIK) 
 Cinta yang disertai kesedaran mendidik kepada hal-hal yang positif meskipun sulit seperti ibu bapa yang menyuruh anaknya menyapu dan membersihkan biliknya sendiri meskipun ada pembantu. Menerusi didikan itu akan lahir pekerti yang rajin dan berdikari. Jenis cinta Kulfah disebut di dalam al-Quran ketika menyatakan bahawa Allah SWT tidak membebani seseorang kecuali sesuai dengan kemampuannya dan bertujuan mendidiknya agar menjadi manusia yang mandiri (berdikari).
Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 286:

  لَا يُكَلِّفُ ٱللَّهُ نَفۡسًا إِلَّا وُسۡعَهَا‌ۚ   
Maksudnya: Allah tidak membebani seseorang kecuali sesuai dengan kemampuannya.

4.CINTA al-MAILU (TIDAK KERUAN)
 Cinta yang bermusim dan tak keruan. Ia berlaku dalam situasi tertentu yang melibatkan pihak kedua dan ketiga. Sifat cinta ini adalah sementara membara, sehingga telah tertimbus seluruh perhatian terhadap hal-hal yang lain. Cinta jenis ini di dalam al-Quran disebut dalam konteks orang yang berpoligami di mana ketika sedang jatuh cinta kepada isteri yang muda (an tamilu kulla al mail), lebih cenderung mengabaikan kepada yang lama. Hal ini dipetik daripada surah an-Nisa' ayat 129:

وَلَن تَسۡتَطِيعُوٓاْ أَن تَعۡدِلُواْ بَيۡنَ ٱلنِّسَآءِ وَلَوۡ حَرَصۡتُمۡ‌ۖ فَلَا تَمِيلُواْ ڪُلَّ ٱلۡمَيۡلِ فَتَذَرُوهَا كَٱلۡمُعَلَّقَةِ‌ۚ
Maksudnya: Dan pastilah kamu tidak akan mampu berlaku adil antara isteri-isteri kamu sekali pun kamu berusaha dengan sunguh-sungguh, maka jangan pula kamu cenderung seorang daripadanya (yang kamu cintai) dengan sepenuh kecintaan dan meninggalkan yang lain tergantung sendirian.

5.CINTA ASY-SYAGHAF (MABUK ASMARA) 
Cinta ini adalah cinta yang sangat mendalam, membuta-tuli dan memabukkan (mengasyikkan). Orang yang mengidap cinta jenis Asy-syaghaf tidak ubah seperti orang gila, lupa diri dan hampir-hampir tidak menyedari apa yang dilakukannya. Al-Quran menggunakan perumpamaan cinta syaghaf ketika mengisahkan bagaimana cinta Zulaikha ( isteri pembesar Mesir) kepada anak angkat bujangnya, Nabi Yusuf A.S. Cinta ini telah mendesak Zulaikha untuk berbuat Zina dengan anak angkatnya. Tapi Allah SWT menyelamatkan Nabi Yusuf A.S dari godaan ibu angkatnya.
Merujuk kepada surah Yusuf ayat 30:

۞ وَقَالَ نِسۡوَةٌ۬ فِى ٱلۡمَدِينَةِ ٱمۡرَأَتُ ٱلۡعَزِيزِ تُرَٲوِدُ فَتَٮٰهَا عَن نَّفۡسِهِۦ‌ۖ قَدۡ شَغَفَهَا حُبًّا‌ۖ إِنَّا لَنَرَٮٰهَا فِى ضَلَـٰلٍ۬ مُّبِينٍ۬ (٣٠)  

Maksudnya: Berkata sekumpulan perempuan di bandar itu bahawa, " Sesungguhnya isteri raja telah menggoda anak bujangnya dengan dirinya sendiri. Dia telah terkena kemabukan cinta, kami melihatnya (Isteri Raja) berada di dalam kesesatan yang nyata."

6.CINTA RA'FAH (DAYUS)  
Cinta Ra'fah adalah jenis cinta yang menimbulkan rasa kasih yang dalam sehingga mampu mengalahkan norma-norma kebenaran andai katanya ibu bapa yang sangat kasih akan anak mereka sehingga tidak sanggup membangunkannya untuk solat dan membelanya meskipun ternyata anak mereka bersalah. Begitu juga Suami yang sangat kasih pada isterinya sehingga sanggup membiarkan isterinya berbuat dosa. Ini adalah Cinta DAYUS. Al-Quran ada menyebut perumpamaan ini ketika mengingatkan manusia agar jangan kerana Cinta Ra'fah menyebabkan orang tidak menegakkan hukum Allah SWT, dalam hal ini menjurus dalam  hukuman bagi penzina.
Firman Allah SWT dalam surah an-Nur ayat 2:

  ٱلزَّانِيَةُ وَٱلزَّانِى فَٱجۡلِدُواْ كُلَّ وَٲحِدٍ۬ مِّنۡہُمَا مِاْئَةَ جَلۡدَةٍ۬‌ۖ وَلَا تَأۡخُذۡكُم بِہِمَا رَأۡفَةٌ۬ فِى دِينِ ٱللَّهِ إِن كُنتُمۡ تُؤۡمِنُونَ بِٱللَّهِ وَٱلۡيَوۡمِ ٱلۡأَخِرِ‌ۖ

Maksudnya: Penzina wanita dan penzina lelaki itu wajib disebat setiap seorang sebanyak seratus sebatan dan jangan pula kamu merasa belas kasihan terhadap keduanya dalam melaksanakan agama Allah sekiranya kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kiamat.

7.CINTA SHOBWAH (SYAHWAT) 
Cinta jenis ini ialah cinta syahwat yang buta dan cinta yang mendorong perilaku terjebak tanpa sanggup mengelak walau sedikit pun. Al-Quran menyeput perumpamaan ini ketika mengisahkan bagaimana Nabi Yusuf A.S berdoa agar dipisahkan dengan Zulaikha yang setiap hari menggodanya hinggakan Nabi Yusuf A.S memohon dimasukkan ke dalam penjara kerana jika tidak ditakuti lama kelamaan Nabi Yusuf A.S akan tergelincir dalam perbuatan yang bodoh(Maksiat/Zina)
Merujuk kepada surah Yusuf ayat 33:


قَالَ رَبِّ ٱلسِّجۡنُ أَحَبُّ إِلَىَّ مِمَّا يَدۡعُونَنِىٓ إِلَيۡهِ‌ۖ وَإِلَّا تَصۡرِفۡ عَنِّى كَيۡدَهُنَّ أَصۡبُ إِلَيۡہِنَّ وَأَكُن مِّنَ ٱلۡجَـٰهِلِينَ (٣٣)

Maksudnya: Wahai Tuhanku penjara itu lebih aku cintai kepada apa yang diserukan oleh (Zulaikha) atas
 diriku kepada perbuatan itu (Zina), jika engkau tidak hindarkan aku daripada ajakan mereka pasti aku akan terjebak ke dalamnya dan termasuk di kalangan orang yang bodoh.


Antara ketujuh-tujuh jenis cinta ini..rasanya diri kita berada di nombor yang keberapa renung-renungkan duhai remaja Islam.

Al-Quran itu panduan.
Sekecil perkara ada dalamnya.
Cinta? Terang dan Jelas Firmannya.


sumber dipetik daripada buku KOMPAS CINTA Daripada A.Ubaidillah Alias..dan di ubah sedikit..

2 comments:

Anonymous said...

mohon copy

Ibnu Jaafar said...

Silakan...