Friday 7 October 2011

CINTA ATAS DASAR NAFSU ATAU KERANA ALLAH SWT



Ya Allah..Ya Tuhanku.. Sesungguhnya Kau Maha mengetahui apa yang tersimpan dalam hatiku Ya Allah...apa yang tersembunyi di lubuk hatiku Ya Allah... Hidup ku telah jauh terpesong dari landasan untuk mencari keredhaan Mu Ya Allah... Aku sering menyokong para sahabat ku untuk bercinta pada hakikatnya aku cemburu Ya Allah... aku juga ingin menjadi seperti mereka mempunyai kekasih..yang dapat menjadi tempat mengadu dan mendapatkan kasih sayang... selain mendapat kasih sayang daripada ibubapaku... Aku sering cuba sedaya upaya untuk mendapatkan cinta seorang Muslimah Ya Allah...aku sanggup menghabiskan masaku hanya untuk mendapatkan cintanya Ya Allah... Teruknya aku Ya Allah....

Ya Allah.. Sesungguhnya hatiku tidak dapat ku tetapkan Ya Allah... bila ku berada disini dan berjumpa dengan seorang Muslimah yang menepati ciri-ciri idaman hatiku... Aku mencintainya...aku ingin mendapatkannya... Namun, bila ku berada disana..dan terjumpa lagi yang lain..aku ingin mendapatkannya juga.... begitulah lumrah hatiku yang tidak tetap pendirian... Ya Allah...sesungguhnya...aku mencintai seorang wanita kerana apa... aku mencintai si dia...dan si dia...dan si dia...sehinggakan...sikapku ini boleh menghancurkan diri aku di masa akan datang..Ya Allah...betapa lemahnya..diri ku...hinanya..diri ku Ya Allah...

Ya Allah... sesungguhnya atas dasar cinta apa ku mencintai seseorang Muslimah... aku sendiri tidak mengenal kehendak hatiku...aku sendiri tidak tahu apa yang hati aku inginkan...aku sendiri tidak tahu mengapa hatiku tidak tetap pendiriannya... sering berubah-ubah dan hatiku ini amatlah tercelah.Ya Allah....adakah aku mencintai seseorang Muslimah hanya kerana aku ingin memuaskan nafsuku yang sememangnya..tidak akan puas sehinggalah aku meninggalkan dunia ini...adakah aku mencintai seorang Muslimah.. hanya ingin mendapatkan pujian dari rakan-rakanku...kerana aku malu sekiranya..aku tidak mendapat kekasih..seperti sahabat-sahabat yang lain...

Ya Allah... Hatiku berkata aku mencintai seorang Muslimah kerana aku ingin dia menjadi suri di hatiku...Ya Allah..sesungguhnya... aku mencintai seseorang Muslimah sekiranya dengan niat ingin menjadikannya..seorang suri di hatiku...sebenarnya...aku silap Ya Allah... kerana andaikan ku benar-benar ingin menjadikannya isteriku... aku akan mencuba dengan pelbagai cara yang betul Ya Allah.. seperti bercakap dengan ibubapanya... berjumpa dengan ibubapanya... tidak takut sekiranya..dia mempunyai abang dan kakak.. Ya Allah.. sesungguhnya hatiku sangat lemah untuk berbuat sedemikian..aku hanyalah seorang lelaki.. yang pengecut.. dan memang sahlah aku hanya ingin memuaskan nafsuku... Ya Allah..ampunkanlah dosaku ini Ya Allah...

Ya Allah...agak sukar untuk aku menemui cinta yang sememangnya hanya kerana Mu Ya Allah....agak sukar aku mencari... agak sukarku ketemu... Ya Allah... Kau Maha mengetahui apa yang hati aku inginkan... Ya Allah... Maafkan aku kerana sering meminta-minta cinta dari seorang Muslimah atas dasar nafsuku... Aku memohon maaf kepada Muslimah-muslimah yang membuatkan hati aku terpikat... dan sering berusaha untuk mendapatkan kamu..maafkanlah aku.. kerana aku masih gagal untuk mendidik nafsuku..Maafkanlah..aku.. Ya Allah.... tenangkanlah hatiku...lembutkanlah hatiku..untuk menolak cinta berlandaskan nafsuku....

Ya Allah... aku bersyukur kepada Mu.. kerana telah mengirimkan aku seorang sahabat yang sering memberikan aku peringatan tanpa berasa jemu.. Walaupun, kata-katanya pedas tetapi apa yang dikatakan.. memang betullah ada dalam diriku.. Ya Allah..aku memohon kepada Mu..agar kekalkanlah..sahabat ini untuk sering mendampingi aku.. untuk memperbetulkan sikapku Ya Allah.... Ya Allah...bantulah diri ku yang sangat lemah ini..ini untuk mencari CINTA yang sebenar-benarnya... cinta kerana mu.. bukan kerana hawa nafsuku... Ya Allah.. aku berdoa kepada Mu agat sekiranya Istikharah Cintaku...menemukan aku seorang muslimah...yang serbah kekurangan untuk menetapkan hatiku untuk mencintainya...kerana aku ingin mencintai seorang Muslimah hanya kerana Mu Ya Allah...

Ya Allah, Sesungguhnya..engkaulah perancang yang terbaik... aku yakin.. bahawa setiap perkara yang berlaku ke atas diriku.. pasti ada hikmahnya cuma aku belum lagi dapat mencari hikmahnya.Ya Allah.... Terima Kasih..kerana masih memberikan aku Cinta Mu.. yang tidak pernah putus...tetapi aku tidak bersyukur..dan aku sering menganggap ia tidak wujud...Ampunkan dosa-dosaku Ya Allah... Aku juga bersyukur kerana masih memberikan aku mendapatkan cinta daripada Ibubapaku yang tersayang terima Kasih Ya Allah...

" RINTIHAN DARI SEORANG HAMBA ALLAH YANG BERGELOMANG DOSA"


No comments: