Sunday 16 October 2011

~KAULAH SAHABATKU~


SAHABAT

tanpa kamu yang bergelar sahabat agak sukar untuk ana berdiri dengan sendirinya..di masa ana meningkat dewasa.. Ingin mengenal dunia.. mengenal siapakah Kebaikkan dan siapakah Kejahatan.. iya memang benar Ibubapalah yang telah memberi peluang ana melihat Dunia ini dengan Izin dan Kekuasaan Allah SWT.. Namun, ana sedar bahawa ana tidak akan menjadi kecil selamanya.. Ibubapa ana tidak akan sentiasa berada di sisi ana... Terima Kasih kepada Allah SWT kerana telah mengizinkan ana untuk mendapatkan Insan yang bergelar SAHABAT....


Namun, Sahabat yang bergelar SAHABAT agar sukar untuk ana mencari.. agar sukar untuk kita temui.. memang Sahabat senang dicari...senang ditemui...senang mendapatkannya...Tapi adakah sahabat yang kita temui ini adalah benar-benar Insan yang bergelar sahabat... adakah sahabat yang sering mendampingi kita memainkan peranannya sebagai sahabat... Berapa ramai insan yang digelar Sahabat cuba menghancurkan kita dari dalam... menikam kita dari belakang tanpa kita sedari... Merupakan musuh dalam selimut yang hanya menunggu masa untuk menconteng arang di muka kita..adakah ini yang digelar SAHABAT???

Ana ingin mencari seorang sahabat... Yang benar-benar dapat ana memanggilnya sabagai sahabat... yang sentiasa membawa ana ke arah kebaikkan... jalan yang diredhai Allah SWT...Fisabilillah... Membantu ana dikala, ana jatuh tersungkur...membantu ana untuk bangun semula..memjadi pembakar semangat ana untuk berjuang.. menegur diri ana sekirannya.. ana melakukan kesilapan... sentiasa membantu ana...dalam keadaan ana sedari atau tidak... menjadi Sahabat ana di DUNIA mahupun di AKHIRAT...Insya Allah.... Sahabat seperti inilah yang ana impikan...yang ana perlukan...


Alhamdulillah, ana telah dipertemukan Sahabat-sahabat yang sering membantu ana dan menasihati ana.. dalam membentuk diri ana.. yang sering tersungkur...di medan mencari keredhaan Allah SWT... ana bersyukur kerana Allah SWT... telah menghantarkan ana Sahabat-sahabat yang dapat memperbaiki landasan hidup ana... dan mereka juga yang telah membantu ana untuk menyusun semula koordinat dan kompas matlamat ana dalam mencari Ilmu... agar ana mampu berdiri di atas menjadi yang terbaik... SAHABAT andaikan kita telah dipisahkan dengan izin dan kuasa Allah SWT... marilah kita berdoa agar kita dipertemukan semula Di DUNIA...jika tidak biarlah di AKHIRAT...Insya Allah...

Akhir Kalam, Bila kita dalam keadaan yang gembira senang untuk kita temui SAHABAT. Namun, Bila kita bersedih.... Berapa ramai SAHABAT yang berada disisi kita..untuk menyambut tangan kita...untuk membantu kita bangun kembali... SIAPAKAH YANG BOLEH KU GELAR SAHABAT????


 
"SAHABAT........
..Andai hari ini ana terlalu gembira, sedarkanlah ana dengan amaran-amaran Allah
..Andai ana bersedih tanpa kata,pujuklah ana dengan tarbiah Pencipta
..Andai ana lemah tak berdaya,ingatkanlah ana dgn kehebatan syurga
...andai antara kita ada tembok yang memisahkan, bersamalah kita leraikannya segera...
....Andai pernah hatimu terluka, luahkanlah agar ana berubah...
& ...Andai esok ana lena tanpa terjaga...iringilah lena ana dengan kalungan doa n fatihah...berjanjilah SAHABAT..
Ukkhuwwah kita utk selamanya......Insya'Allah " 
 
 
‘Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati..’
“Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya.” (H.R al-Hakim)
 

No comments: